Richard Fleischer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Richard Fleischer
Fail:RFleischerImage.jpg
Portrait
Kelahiran Richard O. Fleischer
8 Disember 1916(1916-12-08)
Brooklyn, New York
Meninggal dunia 25 Mac 2006 (umur 89)
Woodland Hills, California
Pekerjaan Pengarah filem
Tahun aktif 1943–1987
Pasangan Mary Dickson
(1943–kematian Fleischer)

Richard O. Fleischer (8 Disember 1916 – 25 Mac 2006) ialah seorang pengarah filem yang berbangsa Amerika Syarikat.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Fleischer lahir di Brooklyn, sebagai anak kepada Max Fleischer, seorang juruanimasi dan penerbit filem terkenal, dan Essie Goldstein.[1] Beliau mulai menceburi bidang perfileman sebagai pengarah filem animasi ringkas yang diterbitkan oleh bapanya, termasuk siri Betty Boop,Popeye dan Superman.

Pada tahun 1942, beliau mulai menceburi bidang filem aksi sebenar di studio RKO, di mana beliau mengarah filem pendek, dokumentari, dan kompilasi filem bisu yang bertajuk Flicker Flashbacks. Beliau memenangi Anugerah Akademi selaku penerbit filem dokumentari Design for Death (1947) yang dicipta bersama Theodor Geisel (Dr. Seuss), yang berkisarkan kuasa-kuasa kebudayaan yang mendorong peluasan empayar Jepun melalui Perang Dunia Kedua.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Fleischer mengarah filem cetera pertamanya pada tahun 1946. Filem-filem terawalnya merupakan karya film noir yang mendebarkan seperti Bodyguard (1948), The Clay Pigeon (1949), Follow Me Quietly (1949),Armored Car Robbery (1950), dan The Narrow Margin (1952). Pada tahun 1948, Fleischer juga mengarahkan So This Is New York, sebuah filem komedi sinis yang diadaptasikan dari novel Ring Lardner dan dibintangi Henry Morgan.

Pada tahun 1954, beliau dilantik oleh Walt Disney (bekas pesaing bapanya sebagai penerbit kartun) untuk mengarah 20,000 Leagues Under the Sea yang dibintangi Kirk Douglas. Lama-kelamaan, beliau menjadi terkenal kerana membuat filem cetera besar-besaran yang sering memanfaatkan efek khas seperti Barabbas (1961), Fantastic Voyage (1966), Doctor Dolittle (1967), dan Tora! Tora! Tora! (1970).

Beliau telah mengarah banyak filem aksi dan pengembaraan seperti Violent Saturday (1955), Bandido (1956) yang dibintangi Robert Mitchum, The Vikings (1958), dan Mr. Majestyk (1974). Fleischer turut mengarah sebuah trilogi filem yang berkisarkan pembunuh bersiri terkenal serta bertumpu pada tema capital punishment: Compulsion (1959), The Boston Strangler (1968) dan 10 Rillington Place (1971). Beliau mengarah Soylent Green (1973), sebuah kisah bahana overpopulation dan pencemaran. Ada sesetengah karyanya yang dianggap sebagai berkontroversi dan provokatif, seperti Che! (1969), iaitu biopik Che Guevara, dan melodrama hubungan antara kaum di rantau Selatan Dalam dalam Mandingo (1975).

Fleischer menjadi pengerusi Fleischer Studios, yang kini mengelola pelesenan Betty Boop dan Koko the Clown. Pada Jun 2005, beliau mengeluarkan memoir kerjaya bapanya dalam Out of the Inkwell: Max Fleischer and the Animation Revolution.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau menghembuskan nafas terakhir dalam tidur pada usia 89 tahun, setelah hampir setahun mengalami masalah kesihatan.

Sebuah autobiografi Fleischer, Just Tell Me When to Cry (1993), mengisahkan pelbagai pancaroba yang dialami beliau bersama para pelakon, penulis dan penerbit.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kemenangan
Pencalonan
Pencalonan tanpa diminta

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Filmreference.com
  2. Goble, Alan. The Complete Index to World Film, since 1885. 2008.Index home page.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]