Rondaan Operasi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditubuhkan untuk melaksanakan undang-undang maritim negara serta mengkoordinasi operasi mencari dan menyelamat di Zon Maritim Malaysia yang meliputi keluasan 64,000 km persegi, sesuai dengan tanggungjawab dan fungsi Maritim Malaysia dalam pelaksanaan misinya iaitu “untuk menjaga dan memelihara keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara di Zon Maritim Malaysia serta menyelamat nyawa dan harta benda semasa kecemasan di laut”. Isu keselamatan pelayaran, rompakan di laut, penyeludupan, pendatang tanpa izin dan aktiviti jenayah yang lain yang melanggar undang-undang maritim akan menggugat kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

Rondaan operasi penguatkuasaan maritim Malaysia dilaksanakan secara berterusan oleh aset-aset Maritim Malaysia seperti kapal, bot dan pesawat udara di Zon Maritim Negara. Di samping itu, aset-aset Maritim Malaysia di setiap 5 Wilayah sentiasa diletakkan di dalam siap sedia untuk diaturgerak dalam operasi mencari dan menyelamat di Zon Maritim Malaysia dan laut lepas. Rondaan operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • 1. Operasi Satria Utara - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di utara perairan Selat Melaka iaitu daripada perairan Sungai Bernam hingga ke utara perairan di sempadan negara dengan Thailand.
  • 2. Operasi Satria Selatan - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di selatan perairan Selat Melaka iaitu daripada perairan Sungai Bernam hingga ke selatan perairan sempadan negara dengan Singapura.
  • 3. Operasi Perkasa Selatan - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di selatan perairan Laut China Selatan iaitu daripada selatan perairan Pulau Tioman hingga ke selatan di perairan sempadan negara dengan Singapura.
  • 4. Operasi Perkasa Timur - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di perairan Laut China Selatan iaitu daripada selatan perairan Pulau Tioman hingga ke utara di perairan sempadan negara dengan Thailand.
  • 5. Operasi Permai - Sekurang-kurangnya dua buah vesel Maritim Malaysia sentiasa berada di laut melaksanakan rondaan di perairan Sarawak iaitu daripada perairan Tanjung Datu hingga ke utara meliputi Laut China Selatan ke persempadanan zon ekonomi eksklusif (EEZ) negara.
  • 7. Operasi Pengawasan Maritim - Pesawat udara Maritim Malaysia yang terdiri daripada helikopter dan kapal terbang akan melaksanakan rondaan pengawasan udara di ruang udara perairan negara di samping siap sedia untuk tugas operasi mencari dan menyelamat.