Sa'amah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sa'amah
Ibu Sa'amah
Kelahiran
Sa'amah

1916
Meninggal dunia20 Disember 1974 (berumur 57–58)
DikebumikanMakkah, Arab Saudi
Nama lainIbu Saamah
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1948–1969
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
PasanganRahmat Ali
Anak-anakAbas Rahmat, Rahmah Rahmat, Abdul Rahman Rahmat, Ainon, Shahrol, Ribut, Idayu, Mohd Said

Sa'amah Artian atau juga dieja sebagai Saamah dan dikenali dengan panggilan Ibu Saamah merupakan salah seorang pelakon filem Melayu tahun 1940-an dan 1950-an. Sa'amah dilahirkan pada 1916 dan berasal dari Medan. Beliau berhijrah ke Singapura pada 1938 bersama rombongan bolero dalam Kumpulan Pagoda sebelum memulakan penglibatan dalam bidang perfileman pada 1948.

Sa'amah terlibat dengan wayang bangsawan pada usia muda dan kemudiannya menjadi pelakon filem di Malay Film Productions (MFP) di Singapura. Beliau merupakan seorang pelakon terkenal di studio Malay Film Production Ltd dan antara lakonan yang paling diingati ialah filem Bujang Lapok (1957) apabila memegang watak sebagai ibu kepada seniman Allahyarhamah S. Shamsuddin. Beliau telah berlakon dalam lebih 100 buah filem dan filem terakhir beliau ialah Sial Wanita yang diterbitkan oleh Studio Cathay Keris pada tahun 1969.

Sa'amah pernah berkahwin dengan Rahmat Ali yang merupakan seorang peniup trompet dan pemuzik profesional Singapura, dan mempunyai zuriat iaitu antaranya Abdul Rahman dan Rahmah. Saamah mempunyai 10 orang anak.

Beliau meninggal dunia di tanah suci Makkah, Arab Saudi akibat serangan semput pada 20 Disember 1974 lebih kurang jam 3.30 pagi ketika dalam ibadah Haji. Beliau turut dikebumikan di sana.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Di antara filem-filem lakonan Sa'amah termasuk,

  1. Anjoran Nasib
  2. Antara Senyum dan Tangis
  3. Miskin
  4. Sedarah
  5. Putera Sangkar Maut
  6. Panggilan Pulau
  7. Empat Isteri
  8. Kipas Hikmat
  9. Penarek Becha
  10. Hang Tuah
  11. Semerah Padi
  12. Ribut
  13. Seruan Darah
  14. Batu Durhaka
  15. Bujang Lapok
  16. Hantu Jerangkung
  17. Anak Pontianak
  18. Hantu Kubor
  19. Sri Menanti
  20. Darah Muda
  21. Sri Tanjung
  22. Si Tanggang
  23. Sri Andalas
  24. Nujum Pa' Blalang
  25. Samseng
  26. Singapura Dilanggar Todak
  27. Panji Semerang
  28. Lubalang Daik
  29. Budi dan Dosa
  30. Dupa Cendana
  31. Bidasari
  32. Sayang Si Buta
  33. Jebak Maut
  34. Sial Wanita
  35. Ibulah Syurga

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]