Sahabat Alam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sahabat Alam Malaysia
صحابة عالم مليسيا
Sahabat Alam Malaysia.jpg
Jenis NGO
Ibu pejabat  Pulau Pinang
Penubuhan
Pengasas S.M. Mohammad Idris
Diasaskan 1977
Identiti
Orang penting S.M. Mohammad Idris (Pengasas/Presiden)
Fokus Alam sekitar
Matlamat Memperjuangankan kepentingan alam sekitar daripada ancaman manusia dan arus pembangunan negara
Laman sesawang foe-malaysia.org

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merupakan sebuah NGO di Malaysia yang ditubuhkan pada 1977 untuk memperjuangan kepentingan alam sekitar daripada ancaman manusia dan arus pembangunan negara. SAM telah menyertai Friends of the Earth International (FoEI) pada 1983, dan menerbitkan beberapa buku dan majalah berita. Peranan SAM meliputi kempen mengenai pencemaran, penggunaan tanah, penyah-hutanan, perikanan, tenaga, air, empangan, pertanian, hak orang asli dan perlancongan. Presidennya ialah S.M. Mohammad Idris dan bertapak di Pulau Pinang dan Sarawak.

Sungai Limau Hidrokarbon Hub[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Januari 2010, S.M. Mohammad Idris selaku presiden SAM amat gembira dengan sikap prihatin Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak meluluskan projek penapisan minyak Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) di Yan, Kedah. Laporan kesan alam sekitar (EIA) yang dikemukakan syarikat-syarikat terbabit tidak memenuhi Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Projek kerjasama antara Merapoh Resources Sdn Bhd, Hong Kong Beijing Star Ltd., Winson Investment Ltd. dan SK Engineering and Construction Ltd. dari Korea itu bernilai RM36 bilion.

Penambakan laut kawasan 680 hektar akan menyebabkan arus gelombang laut berubah .Ia akan memusnahkan pantai dan habitat ikan di Kuala Johor, Pengerang, Pulau Ubin di Johor serta Kelebang di Melaka. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]