Samaniyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Faravahar at Behistun.jpg
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting
Fail:Bukhara14.jpg
Makam Samani (antara 892 dan 943) di Bukhara, Uzbekistan.

Kerajaan Samaniyah (819–999)[1] (Parsi: سامانیان Samanian) adalah empayar Parsi di Asia Tengah dan Khorasan. Ia mendapat nama daripada pengasasnya iaitu Saman Khuda, seorang bangsawan Majusi yang memeluk Islam. Kerajaan ini adalah kerajaan tempatan Parsi asli yang terawal selepas kejatuhan Empayar Sassanid di tangan tentera Islam.

Era Samaniyah menandakan titik permulaan negara Tajik. Samaniyah memerintah selama 180 tahun dan wilayah mereka meliputi Khorasan, Ray, Iran, rantau Mawaraun Nahar, Tabaristan, Kerman, Gorgan dan Isfahan. Bangsawan Samaniyah mendakwa mereka adalah keturunan panglima Sassanid dan Maharaja Bahram Chobin bagi mendapatkan pengiktirafan daripada rakyat Parsi. Ibu kota mereka ialah Bukhara, Samarkand dan Herat.

Ketika zaman Samaniyah, Kebudayaan Parsi dihidupkan semula dan agama Islam disebarkan di wilayah-wilayah mereka. Negeri Samaniyah menjadi penaung kepada kebudayaan Islam Parsi dan menyebarkan kebudayaan hingga ke Asia Tengah. Penduduk-penduduk Samaniyah pula sedikit demi sedikit memeluk agama Islam. Menurut sejarahwan, kegigihan mubaligh Islam di Samaniyah, 200,000 keluarga Bangsa Turki berjaya diislamkan[2]. Pengiislaman beramai-ramai suku Turki ini akhirnya mempengaruhi kerajaan Ghaznawiyah, sebuah kerajaan Turki. Kerajaan Ghaznawiyah ini kemudiannya menggantikan kerajaan Samaniyah dan memerintah wilayah-wilayah Samaniyah.

Senarai Amir Samaniyah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Encyclopedia Britannica, Edisi dalam talian, 2007, Samanid Dynasty, PAUTAN
  2. Ibn Athir, jilid 8, m/s. 396

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]