Samsung Galaxy Note

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Samsung galaxy note)
Lompat ke: pandu arah, cari
Samsung Galaxy Note
(Model: GT-N7000)
Samsung Electronics
Siri Siri Note
Rangkaian (GSM/GPRS/EDGE): 850, 900, 1800, and 1900 MHz
UMTS: 850, 900, 1900, and 2100 MHz
HSPA+: 21 Mbit/s;
HSUPA: 5.76 Mbit/s;
Evolusi Jangka Panjang "Long Term Evolution-LTE"
Pendahulu Samsung Infuse 4G
Rencana berkait Samsung Galaxy S II
Samsung Galaxy Tab 10.1
Samsung Galaxy Note 10.1[1]
Jenis Skrin sentuh telefon pintar
Dimensi 146.85 mm (5.781 in) H
82.95 mm (3.266 in) W
9.65 mm (0.380 in) D
Berat 178 g (6.3 oz)
Sistem pengendalian Sistem pengendalian Android 2.3.6 (Gingerbread) dengan TouchWiz UI 4.0
CPU 1.4 GHz dual-core ARM Cortex-A9 SoC processor; Samsung Exynos 4210 (GT-N7000) / 1.5Ghz Qualcomm Snapdragon 8255T (GT-N7003)
GPU ARM Mali-400 MP (GT-N7000)/Adreno 205(GT-N7003)
Ingatan 1 GB RAM
Muatan storan 16/32 GB ingatan kilat
Media boleh alih microSD (up to 32 GB)
Bateri Li-ion 2500 mAh
Input Multi-touch skrin sentuh, headset controls, penderia hampir jarak dan penderia cahaya suram, 3-axis giroskop, magnetometer, akselerometer, barometer, aGPS, GLONASS and stereo FM-radio, S Pen (Stylus)/Pen UX
Paparan 1280x800 px, 13.46 cm (5.3 in) at 285 ketumpatan piksel ("Pixel densiti-ppi") XGA Lebar ("WXGA") HD Super AMOLED PenTile[2]
Kamera belakang 8 Mpx 3264x2448 dengan fokus automatik, 1080p 30 kadar bingkai ("fps") rakaman video HD Penuh, dan pegun. Flash LED tunggal.
Ketersambungan 3.5 mm TRRS; Wi-Fi (802.11a/b/g/n); Wi-Fi Direct; Bluetooth 3.0; Micro USB 2.0; Optional Near field communication (NFC); USB Host (OTG) 2.0
Lain-lain Exchange ActiveSync, integrated messaging Social Hub, Readers Hub, Music Hub, Game Hub and Samsung ChatOn



Samsung Galaxy Note adalah sebuah telefon pintar yang menggunakan Sistem pengendalian Android juga sebuah komputer tablet, mula dipasarkan pada bulan Oktober 2011. Telefon ini berjaya menarik perhatian pengguna disebabkan keunikan paparan 5.3 incinya yang berada di pertengahan antara telefon pintar dan komputer tablet. Ia juga dilengkapi dengan pen stylus dikenali dengan nama 'S Pen'. Samsung agak berjaya dengan idea stylusnya yang pernah juga pernah digunakan oleh peranti terdahulu seperti PDA. Penggunaan S pen dengan ciri-ciri membuat nota, seperti mana nama Galaxy note itu sendiri menyerlahkan sisi lain penggunaan smartphone.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Galaxy Note diumumkan oleh Samsung ketika "Internationale Funkausstellung Berlin" 2011 di Berlin]]. Ia dibebaskan kepada umum bermula di Jerman pada akhir Oktober 2011, dengan negara lain sejurus selepas itu.[3] Menjelang akhir November, ia terdapat dikebanyakan pasaran utama, termasuk Asia Timur, Europe dan India.

Pada Disember 2011, Samsung mengumumkan bahawa 1 juta Galaxy Notes dihantar dalam tempoh kurang dari dua bulan, dan bahawa Galaxy Notes akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula dari 19 Februari 2012 dari AT&T.[4] Pada awal Januari, unit awal, khusus bagi pengendali AT&T, dibekalkan kepada media, sebagai persediaan bagi terbitan awam di pasaran Amerika Syarikat.[5]

Saiz dan binaannya[sunting | sunting sumber]

Gambar skrin catatan pada Galaxy Note, menunjukkan gambar membandingkan saiz Galaxy Note dengan telefon pintar dan tablet yang lain (Aturan dari atas ke bawah: Sony Ericsson Xperia Play, Samsung Galaxy S II, HTC Titan, Samsung Galaxy Note, T-Mobile G-Slate, dan Samsung Galaxy Tab 10.1).

Galaxy Note, dengan skrin 135 mm (5.3 in), bersaiz antara telefon pintar seperti Galaxy S II dan tablet Galaxy Tab. PC World Australia berpendapat bahawa Samsung Galaxy Note terlalu besar sebagai telefon mudah alih sebenar, menyebut kesukaran menggunakannya sebelah tangan.[6] Techradar mempersoal pemasaran Samsung Galaxy Note kerana pengguna tidak dapat menyimpannya dalam poket kecil dan kelihatan hodoh apabila meletakkannya pada pipi mereka ketika berbual.[7] GigaOM menganggapnya sebagai perintis dalam segmen pasaran baru, sungguhpun Dell Streak yang berbentuk sama tetapi gagal, menggabungkan ciri terbaik kedua jenis peranti.[8] Pocket-lint mengulas bahawa Samsung Galaxy Note menunjukkan potensi sebagai konsol permainan.[9]

Sebagaimana telefon pintar dan tablen terkini, peranti ini dibina dalam format "kepingan" ("Slate"). Badannya dari plasting dengan bingkai logam.[10] Panel hadapan menggunakan kaca Gorilla,[11] kaca diperkukuh yang sering digunakan bagi peranti mewah sepertinya.


Samsung menghasilkan beberapa himpunan hiasan seperti penutup skrin di kepit (yang menggantikan penel belakang), docking station, dan pencaj bateri tambahan dan styluses.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Samsung announces Galaxy Note 10.1 at MWC
  2. Samsung Galaxy Note and Galaxy Nexus sport HD Super AMOLED - is the PenTile matrix bad for you?
  3. 3.0 3.1 "Samsung announces Galaxy Nexus and Note roll-out schedules". GSMArena. 2011-10-27. 
  4. Mat Smith (2011-12-29). "1 million Galaxy Notes shipped worldwide, US fans throw money at their screens". Engadget. Diperoleh pada 2011-12-30. 
  5. Myriam Joire (2012-01-09). "AT&T Galaxy Note with LTE hands-on at CES 2012 (video)". Engadget. Diperoleh pada 2012-01-19. 
  6. "Samsung Galaxy Note Android phone". PC World Australia. Diperoleh pada 2011-12-04. 
  7. Dan Grabham (2011-09-01). "Hands on: Samsung Galaxy Note review". techradar.com. Diperoleh pada 2011-09-27. 
  8. Kevin C. Tofel (2011-11-10). "Can Samsung’s 5.3″ Galaxy Note bridge phone and tablet use?". GigaOM. Diperoleh pada 2011-12-04. 
  9. Rik Henderson (2011-11-03). "Samsung Galaxy Note review". pocket-lint.com. Diperoleh pada 2011-12-04. 
  10. "Samsung Galaxy Note N7000 review: Power play". GSMArena. 2011-11-16. Diperoleh pada 2011-12-11. 
  11. "Corning Gorilla Glass - Full Product List". Corning. Diperoleh pada 2012-01-20. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]