Unit pemprosesan grafik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cip pemproses grafik NVIDIA 6600GT

Unit pemprosesan grafik (GPU) ialah cip yang bertugas untuk memproses data grafik yang dihantar oleh CPU sebelum dipaparkan ke monitor. Unit pemprosesan grafik boleh jadi sama ada terbina di dalam papan induk ataupun dipakejkan dalam bentuk kad tambahan. Unit pemprosesan grafik yang dipakejkan dalam bentuk kad tambahan dikenali sebagai kad grafik. Kad grafik disambungkan ke papan induk sama ada melalui slot PCI (sehingga tahun 1998), slot AGP (sehingga tahun 2005) ataupun slot PCI Express (piawaian terkini).

Lazimnya, unit pemprosesan grafik mempunyai 4 komponen utama:-

  1. Pemproses grafik - bertugas memproses data grafik. Pemproses grafik yang lebih berkuasa dapat memproses lebih banyak data grafik yang berat dan kompleks, terutamanya ketika bermain permainan komputer ataupun ketika melakukan kerja-kerja grafik berat.
  2. Ingatan grafik - ingatan capaian rawak yang dipasang pada unit pemprosesan grafik, berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara untuk diproses.
  3. Penukar digital-analog - menukarkan isyarat grafik digital dari kad grafik ke isyarat analog yang digunakan oleh monitor.
  4. Port VGA - menyediakan antaramuka dari kad grafik ke monitor, berfungsi menghantar isyarat akhir grafik yang telah diproses ke monitor.

Antara pengeluar utama unit pemprosesan grafik ialah NVIDIA dan ATI.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]