Sari kata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Contoh kegunaan sari kata di TV.

Sari kata (Bahasa Inggeris: subtitles) ialah penyampaian dialog dalam bentuk teks dalam filem dan rancangan televisyen, biasanya dipaparkan di bahagian bawah skrin. Sari kata merupakan bentuk terjemahan bertulis bagi bahan yang berdialog bahasa asing, atau pemaparan dialog yang sama bahasanya, dengan sedikit maklumat tambahan untuk membantu penonton yang kurang upaya pendengaran mengikuti dialognya.

Adakalanya di festival filem, sari kata boleh dipaparkan di paparan berasingan di bawah layar untuk menjimatkan kos penghasilan salinan bersari kata semata-mata untuk tayangan sekali. Sari kata televisyen untuk golongan kurang upaya pendengaran dipanggil penyarikataan tertutup (closed captioning).

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga jenis penyampaian sari kata:

  • Keras (Hard): Teks sari kata digabungkan dengan bidang-bidang video asli tanpa boleh ditanggalkan lagi, oleh itu tidak perlunya kelengkapan atau perisian khas untuk memainkannya. Oleh itu, kesan-kesan peralihan dan animasi rumit dapat dilakukan, seperti lirik lagu karaoke yang pelbagai warna, muka taip, saiz, animasi (seperti bola melantun) dsb. untuk mengikuti lirik. Bagaimanapun, sari kata ini tidak boleh ditutup, oleh itu tidak bolehlah untuk menyediakan sari kata pelbagai bahasa.
  • Prapapar (Prerendered): Bidang video berasingan yang bertindih atas video asal ketika dimainkan. Sari kata prapapar digunakan dalam DVD (terkandung dalam fail yang sama dengan strim video). Kita boleh menutup sari kata ini atau menukarnya ke bahasa lain, asalkan pemain dapat menyokong keupayaan sedemikian untuk memaparkannya. Begitu juga, sari kata ini dikodkan sebagai imej dengan kadar bit dan bilangan warna minimum; cuma kekurangan perasteran fon berantialias. Selain, agak sukar untuk mengubah sari kata ini, tetapi wujudnya bantuan perisian OCR seperti SubRip, untuk menukarkannya ke bentuk "lembut".
  • Lembut (Soft): Arahan berasingan, biasanya berbentuk teks berbubuh cop masa untuk dipaparkan ketika dimainkan. Memerlukan sokongan pemain, dirumitkan lagi dengan pelbagai format fail sari kata yang tidak serasi dengan satu sama lain (tetapi boleh saling ditukarkan). Sari kata lembut agak senang dihasilkan dan diubah, oleh iut sering digunakan untuk fansub. Mutu pemaparan teks tertakluk pada pemain, tetapi selalunya lebih bagus berbanding sari kata prapapar. Selain itu, sesetengah format menimbulkan masalah pengekodan teks untuk pengguna akhir, khususnya jika sistem tulisan bahasa-bahasa lain dipaparkan serentak (seperti tulisan Rumi dan Cina).

Sari kata vidoe digital juga tergolong sebagai dalaman (internal) jika dibenamkan dalam pemuat fail video tunggal bersama strim audio dan video, ataupun luaran (external) jika dimasukkan dalam fail berasingan (biarpun kurang senang, tetapi mudah untuk disunting atau diubah).

Jadual perbandingan
Ciri-ciri Keras Prapapar Lembut
Boleh dipasang tutup Tidak Ya Ya
Pelbagai sari kata (seperti bahasa) Ya
(Tetapi semuanya dipaparkan pada masa yang sama)
Ya Ya
Boleh sunting Tidak Ya
(Tetapi sukar)
Ya
Keperluan pemain Tiada Kebanyaakn pemain menyokong sari kata DVD Biasanya memerlukan perisian khas, melainkan undang-undang tempatan mewajibkan pengedarannya
Tampakan visual, warna, mutu fon Rendah ke Tinggi, tertakluk pada leraian/mampatan video Rendah Rendah ke Tinggi, tertakluk pada pemain dan format fail sari kata
Peralihan, karaoke dan kesan-kesan khas lain Tertinggi Rendah Tertakluk pada pemain dan format fail sari kata, selalunya rendah
Pengedaran Dalam video asal Strim video berkadar bit rendah berasingan, biasanya dimultiplekskan Fail sari kata atau arahan strim yang agak kecil, dimultiplekskan atau diasingkan
Overhed tambahan Tiada, cuma sari kata yang dibubuh dengan mengekodkan semula video asal boleh menjejaskan mutu imej keseluruhan, apalagi teks bersisi jelas boleh menimbulkan artifak di kelilingnya Tinggi Rendah

Format sari kata[sunting | sunting sumber]

Perisian pemain video[sunting | sunting sumber]

Jadual perbandingan
Nama Sambungan Jenis Gaya teks Metadata Pemasaan Ketepatan pemasaan
AQTitle .aqt Teks Tidak Tidak Bidang Mengikut bidang
JACOSub .jss Teks Ya Tidak Masa Berlalu 10 milisaat
MicroDVD .sub Teks Tidak Tidak Bidang Mengikut bidang
MPEG-4 Timed Text .ttxt
(atau diadun dengan strim A/V)
XML Ya Tidak Masa berlalu 1 milisaat
MPSub .sub Teks Tidak Ya Masa berurut 10 milisaat
Ogg Writ N/A
(diadun dengan strim audio/video)
Teks Ya Ya Butir-butir berjujukan Mengikut strim bit
Phoenix Subtitle .pjs Teks Tidak Tidak Bidang Mengikut bidang
PowerDivX .psb Teks Tidak Tidak Masa berlalu 1 saat
RealText .rt HTML Ya Tidak Masa berlalu 10 Millisaat
SAMI .smi HTML Ya Ya Bidang Mengikut bidang
Structured Subtitle Format .ssf XML Ya Ya Masa berlalu 1 milisaat
SubRip .srt Teks Tidak Tidak Masa berlalu 1 milisaat
Gloss Subtitle .gsub HTML/XML Ya Ya Masa berlalu 10 milisaat
(Advanced) SubStation Alpha .ssa atau .ass (advanced) Teks Ya Ya Masa berlalu 10 milisaat
SubViewer .sub Teks Tidak Ya Masa berlalu 10 milisaat
Universal Subtitle Format .usf XML Ya Ya Masa berlalu 1 milisaat
VobSub .sub + .idx Imej N/A N/A Masa berlalu 1 milisaat
XSUB N/A
(dibenamkan dalam penyimpan .divx)
Imej N/A N/A Masa berlalu 1 milisaat

Masih ada banyak lagi format yang tidak biasa digunakan, kebanyakannya berasaskan teks dan bersambungan .txt.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]