Segambut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Segambut terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Di sini terletaknya kondominium bertaraf tinggi Mont Kiara dan Sri Kiara, kawasan bertaraf tengah Taman Sri Segambut dan Bandar Manjalara, serta kawasan pedalaman Segambut Dalam dan Kampung Sungai Penchala.

Kawasan Parlimen Segambut dibuka pada tahun 1994 dan pernah menjadi satu kerusi selamat Barisan Nasional. Datuk Dr Tan Kee Kwong dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memenangi kerusi ini sebanyak 3 kali. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008, Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ma Woei Chyi, menggantikannya untuk bertanding di sini, tetapi kalah kepada Lim Lip Eng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Terdapat 59,690 pengundi di kawasan pilihan raya ini, hampir separuh darinya berketurunan Cina. Kawasan seperti Taman Bukit Maluri dan Taman Sri Sinar mempunyai peratus besar pengundi Cina manakala kawasan seperti Segambut dan Taman Bunga, pengundi Melayu.

Kawasan perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Kampung Pasir Segambut
  • Segambut Dalam
  • Segambut Luar
  • Segambut Tengah
  • Segambut Bahagia
  • Segambut Damai
  • Segambut Permai
  • Segambut Tambahan
  • Taman Sri Segambut
  • Taman Segambut
  • Segambut Garden
  • Bukit Segambut
  • Taman Bukit Maluri
  • Kampung Sungai Udang
  • Bukit Lanjan
  • Taman Kok Doh
  • Taman City Kanan
  • Taman Sri Sinar
  • Kampung Kasipillay
  • Taman Bunga
  • Kampung Sungai Pencala
  • Medan Damansara
  • Bukit Kiara
  • TTDI Selatan
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Utara
  • Bandar Manjalara
  • Bukit Damansara
  • Sri Hartamas

Rujukan[sunting | sunting sumber]