Sejarah Labuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau yang tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia. Kata 'Labuan' b erasal dari kata 'pelabuhan'. Semasa penjajahan British, ia dikenali dengan nama 'Pulau Victoria'.

Labuan dahulunya[ merupakan kawasan terpinggir daripada arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan majoriti orang Melayu (dari suku kaum Kedayan dan Brunei) serta minoriti kaum Cina ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990.

Pelbagai peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (Peace Park iaitu tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur tentera asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun dan juga Taman Burung Eksotik Labuan. Jabatan Muzeum Labuan mengenal pasti bahan-bahan sejarah dan artifak di Labuan untuk direkodkan dan dipamerkan untuk generasi akan datang.[1]

Antara pejuang penentang penjajah di zaman pemerintahan tentera Jepun di Pulau Labuan ini adalah Jumidar Buyong . Beliau merupakan seorang Panglima Perang Laut di dalam angkatan tentera laut diraja British dan ditempatkan di pengkalan utama tentera laut British di Pulau Victoria ( nama Pulau Labuan sewaktu pemerintahan British ). Nama beliau kemudiannya diambil sebagai nama sebuah jalan di Labuan sebagai memperingati sumbangan dan jasa beliau di dalam usaha membebaskan Pulau Labuan daripada cengkaman penjajah. Dipusarakan di Keramat ( 2 tugu besar ) di Labuan. Mungkin generasi sekarang tidak ramai yang mengetahui nama di sebalik jalan tersebut, namun generasi / pewaris beliau masih menetap di W.P Labuan hingga kini. ( Daripada buku salasilah keturunan / keluarga yang dimiliki oleh salah seorang pewaris / keluarga di Labuan )

Selain peninggalan sejarah zaman silam, W.P Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi pulau Labuan.

Labuan yang dahulunya hanya didiami oleh kaum nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan ( UMSKAL ).

Tunku Syarif Kedah merupakan tokoh orang Kedayan / Brunei yang penting di Labuan. Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Dr Low Kok On telah menulis buku 'Tradisi Lisan Keramat Tunku Syarif Kedah'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Masih Banyak Bahan Sejarah Di Labuan Belum Didokumentasikan