Sejarah Putrajaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pertumbuhan bandar raya Kuala Lumpur yang begitu pesat sebagai pusat pentabiran kerajaan persekutuan dan perdagangan meyebabkan ia mejadi begitu sesak dan tidak mempunyai ruangan yang cukup untuk perkembangan lanjut. Atas alasan itu, kerajaan persekutuan mencari tapak baru dan Kerajaan Selangor bersetuju menjual sebuah kawasan bernama Prang Besar dalam daerah Sepang.

Jadi pada 19 Oktober 1995, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan yang ketiga, selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Ia dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al Haj.