Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat
Ditubuhkan 1954
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah DEE6362
Lokasi  Malaysia Jalan Kelaboran16200, Tumpat,, [Kelantan Darul Naim, Malaysia
Laman web http://www.smktumpat.com
Telefon 6097257251
Faks 6097254685


Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat atau nama ringkasnya SMK Tumpat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kelaboran.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat memiliki 727 pelajar lelaki dan 972 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1699 orang. Ia mempunyai seramai 133 orang guru.2009

Pada tahun 2013,Pengetua baru telah diperkenalkan di SMK Tumpat yang bernama Tuan HJ. Wan Ali b. Mamat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Tumpat terletak di Kelaburan, Tumpat, Kelantan. Lokasinya bersebelahan dengan Hospital Daerah Tumpat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat adalah nama baru bagi Government English School Tumpat (GEST). Sekolah ini diwujudkan pada tahun 1957, bagi menampung murid-murid Special Malay Class yang telah pun bermula sejak tahun 1954 lagi. Sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah sekolah aliran Inggeris didirikan di setiap daerah. Sekolah-sekolah inilah kemudiannya menjadi asas kepada tertubuhnya sekolah-sekolah menengah di Kelantan.

Kesedaran awal masyarakat terutama di kalangan pemimpin dan warga bukan Melayu telah mempercepatkan penubuhan sekolah ini. Desakan yang dibuat kepada kerajaan pada masa itu akhirnya dipersetujui dan akhirnya lahirlah sebuah sekolah. Berdasarkan sumber-sumber pemimpin setempat dan kandungan majalah tahunan Laksamana, penubuhan GEST adalah atas inisiatif En Mohd Zin Awang bersama-sama pemimpin-pemimpin etnik di sekitar Tumpat. Boleh dikatakan kaum Cina, India, Siam selain majoriti Melayu adalah murid yang belajar di sini pada peringkat awal.

Pada peringkat awal penubuhan SMK Tumpat, murid-muridnya terdiri daripada peringkat rendah dan menengah yang ditempatkan di sebuah bangunan sahaja. Pada peringkat awal ini, guru-guru besarnya iaitu En Mohd Zin Awang (1954), En Sandanassamy (1955),En Benedict Fair (1957), En Megat Hussin (1958),dan En Yeo Gim Hoe (1959-1960) terpaksa mentadbir sesi persekolahan pagi bagi sekolah menengah dan sesi persekolahan petang bagi sekolah rendah.

Sistem sekolah gabungan ini berakhir pada 1 Januari 1961 apabila En K. Ragavan dilantik menjadi guru besar sekolah menengah sesi pagi dan En Khow Mang Hue selaku guru besar sekolah rendah pada sesi petang. Dengan pelantikan ini, En K. Ragavan adalah guru besar pertama dan pengasas generasi kedua Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat
Jalan Kelaboran
16200, Tumpat
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097257251
Fax = 6097254685

Pautan luar[sunting | sunting sumber]