Sekolah Menengah Sains Machang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Machang
Lokasi
 Malaysia Labok, 18500, Machang,, [Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah berasrama penuh
Ditubuhkan1983
Nombor sekolah6097878455
Kod sekolahDEA2191
Faks6097878830
Laman sesawang


Sekolah Menengah Sains Machang atau SMACH merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang baru dibuka dalam tahun 1983. Ia merupakan sekolah berasarama penuh yang kedua dibina di negeri Kelantan. Terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Kota Bharu dan 9 kilometer dari bandar Machang iaitu di suatu kawasan yang mempunyai persekitaran luar bandar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada tahun 1984. Pada masa itu, sekolah terdiri daripada sebuah Dewan Wawasan, 3 blok bangunan yang mempunyai 30 buah bilik darjah, 9 makmal Sains, 2 bilik ERT, 1 bilik pusat sumber, dan 1 pejabat, 1 blok makmal Kemahiran Hidup Bersepadu, 1 blok kantin, 1 gimnasium, 2 blok asrama puteri dan 4 blok asrama putera, 1 dewan makan, 1 blok pangsapuri guru, 1 blok wisma pekerja, sebuah rumah Pengetua dan sebuah rumah Timbalan Pengetua.

Kemudahan-kemudahan sukan terdiri dari padang permainan dan gelangang-gelanggang tenis, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, dan badminton. Lain-lain kemudahan adalah seperti bilik rawatan pergigian dan bilik rehat bagi pelajar-pelajar yang sakit.

Pengetua pertama dilantik ke sekolah ini ialah Tuan Haji Nik Amin bin Jaafar.tepi beliau tidak sempat memulakan sekolah ini kerana beliau telah bertukar lebih awal dan diganti oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Omar pada 16 Mei 1983. Kumpulan pelajar yang pertama terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan satu telah melapurkan diri pada 16 julai 1983 dan pelajar-pelajar tingkatan 4 melapurkan diri pada 14 Ogos 1983. Jumlah keseluruhan pelajar pada tahun 1983 ialah 382 orang iaitu 253 pelajar putera dan 129 pelajar puteri. Bilangan guru pada masa itu ialah 46 orang dan kakitangan lain serarnai 35 orang.

Astaka sekolah ini telah dirasmikan dengan acara warna-warni oleh YAB Datuk Wira Abdul Rahman bin Haji Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada tahun 1987.

Majlis perasmian perletakan batu asas Masjid lbadul Rahman telah dirasmikan oleh YB Datuk Ahmad Rastom, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 18 Ogos 1988.

Pada 2006, sebuah dewan terbuka telah dibina di tapak Taman Mesra Alam. Bangunan makmal komputer baru juga telah siap dibina pada 2007. Ini akan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk akses kepada teknologi komunikasi maklumat.Pada awal 2000, 1 blok bangunan teknologi telah dibina dan mula digunakan.

Projek-projek sumbangsih juga didirikan hasil daripada sumbangan pelajar-pelajar tingkatan lima setiap tahun.

Dek kerana persekitaran sekolah dikatakan turut mempengaruhi proses P&P,maka inisiatif untuk memperindahkan lagi kawasan SMACH telah diambil.Persekitaran sekolah telah dihias indah dengan pelbagai hiasan. Kini persekitaran SMACH kelihatan lebih indah.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Sejak ditubuhkan pada tahun 1983 itu, sekolah telah berkembang maju dari setahun ke setahun. Dalam usia yang muda itu, sekolah ini pernah berjaya memasuki peringkat akhir bahas PPM pada tahun 1984 dan bidang akademik juga terus mencatatkan prestasi yang baik dan cemerlang. Didoakan agar prestasi yang baik ini akan terus berkekalan dan terus meningkat dari masa ke semasa.

Sekolah Menengah Sains Machang telah menganjurkan Pesta Perdana ke 18 buat kali pertamanya dengan penuh kejayaan pada 27 Mei hingga I Jun 1991. Perasmian dilaksanakan oleh Datuk Dr. Haji Isa Ramli, Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, mewakili Menteri Pendidikan Malaysia.

Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH) telah menjadi Naib Johan Kelantan selama 2 tahun berturut-turut bagi Pertandingan Bolasepak Piala ADD bagi tahun 1991 dan 1992. Pasukan bolasepak SMACH juga telah menajdi Naib Johan Zon Timur bagi Pesta Piala Perdana Menteri 1994, seterusnya mewakili zon timur ke peringkat kebangsaan. Kejayaan SMACH ini adalah hasil usaha Jurulatih pasukan Cikgu Che Will Che Sof.

Pada tahun 1998, sekolah ini telah dipilih sebagai sebuah sekolah perintis bestari di antara 88 buah yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan.

Pada tahun 2006, pasukan bola keranjang lelaki SMACH menjadi naib johan HKSBPZT manakala pasukan hoki SMACH muncul juara Kejohanan Hoki SBP peringkat Zon Timur dan juga peringkat kebangsaan yang kali pertama diadakan. Pasukan hoki SMACH telah menjadi juara Zon Timur semenjak 2006 sehingga 2009. Manakala di peringkat kebangsaan, pasukan hoki SMACH muncul juara pada tahun 2006,2008 dan 2009.

Pada tahun 2014 dan 2017, Pasukan Wind Orkestra SMACH telah diangkat sebagai Johan keseluruhan untuk Festival Wind Orchestra SBP dan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pasukan ini juga konsisten mengekalkan anugerah emas pada pertandingan Festival Wind Orchestra SBP dengan meraih anugerah emas dari 2009 sehungga 2019.Di samping itu, pasukan ini juga telah diberikan penghormatan untuk membuat persembahan di Dewan Filharmonik PETRONAS pada tahun 2017. Pasukan ini juga telah banyak mengumpulkan pingat kecemerlangan daripada pelbagai pertandingan di dalam mahupun luar negara seperti Silver Awards daripada Singapore International Band Festival (SIBF 2014), Gold Awards daripada Malaysia International Music Arts Festival (MIMAF 2015) dan Malaysia International Wind Orchestra Festival (MIWOF 2016) dibawah pimpinan Tuan Noriman Raja Senik.Baru-baru ini, pasukan wind orchestra SMACH telah berjaya memperoleh anugerah emas pada Festival Kesenian Muzik Sekolah Menengah (MSMF 2023) yang diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.

Kejayaan dalam akademik turut tidak dinafikan.Terkini,SMACH mencatat kejayaan manis apabila keputusan PMR 2007 melonjak naik dari 77.7% kepada 82.9%.Lebih manis apabila peratusan ini meletakkan SMACH di tempat pertama negeri Kelantan,dan tempat kedua seluruh SBP. Begitu juga dengan keputusan SPM 2009 yang turut menyaksikan purata 1.57 berjaya menempatkan SMACH di tempat pertama di negeri Kelantan dan sejurus selepas itu SMACH dianugerahkan dengan gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan berikutan kejayaan di dalam akademik dan kokurikulum.

Pada tahun 2019,calon SPM 2018 iaitu batch Sagacious Infernus berjaya memecahkan rekod sekolah apabila berjaya mencapai keputusan 1.55 yang meletakkan Sekolah Menengah Sains Machang medapat tempat ke sembilan SBP dan ke 12 kebangsaan. Kejayaan ini menempatkan SMACH di tempat pertama negeri Kelantan mengatasi Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra dengan perbezaan purata sebanyak 0.10

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

"Berusaha, Berilmu, Berbakti"

Indah permai sekolahku,
Diri megah tunggak jaya,
Inilah tempat bertemu,

Mengisi ilmu di dada,
Berusaha berilmu berbakti,
Itulah pegangan kami,
Sumbangan bakti kami curahkan,
Demi nusa dan bangsa,

Berusaha dengan kudrat dan iradat,
Dengan satu tekad yang wajar,
Berpegang teguh tempuh rintangan,
Kegigihan satu amalan,


Ayah ibu dan pendidikku,
Restui usaha kami,
Kami buktikan pada semua,
Kami harapan negara,

SMACH KITA' smach kita, smach kita, kampus putih tercinta, belajar bersukan pastikan berjaya, untuk nusa bangsa dan agama

kecemerlangan tujuan kita, kecemerlangan tujuan kita, menuju cita-cita mulia, calon pembangun bangsa, malaysia maju jaya

(marilah kita berseru, kesatu arah dan tujuan, di bawah panji-panji smach kita, sasaran 100 ikrar sakti kita, pt3 spm terbukti)

smach kita cemerlang, smach kita cemerlang, smach kita!!!!

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah (Sains) Machang
Labok
18500, Machang
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097878455
Fax = 6097878830

Pautan luar[sunting | sunting sumber]