Senarai episod Si Capik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Si Capik ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang disiarkan di TV2,[1][2] dibintangi oleh Zachery Francis sebagai watak tajuk, Erry Putra, Sheera Iskandar dan Hetty Sarlene. Siri ini disiarkan dari 12 Mei 2009 sehingga 16 Ogos 2011 sebanyak 4 musim dan 104 episod yang mana setiap musim mempunyai 26 episod.[3]

Ringkasan siri[sunting | sunting sumber]

Musim Nombor
episod
Episod Tarikh siaran pertama Tarikh siaran terakhir
2009 1–26 26 12 Mei 2009 (2009-05-12) 3 November 2009 (2009-11-03)
2009–2010 27–52 26 10 November 2009 (2009-11-10) 4 Mei 2010 (2010-05-04)
2010 53–78 26 6 Julai 2010 (2010-07-06) 28 Disember 2010 (2010-12-28)
2011 79–104 26 22 Februari 2011 (2011-02-22) 16 Ogos 2011 (2011-08-16)

Episod[sunting | sunting sumber]

2009[sunting | sunting sumber]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
TajukTarikh keluaran asal
11"Episod 1"12 Mei 2009
Reza mendapat tawaran belajar di kolej selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang. Kecekalan bapanya yang kurang sihat mencari rezeki menguatkan semangat Reza untuk berjaya dalam pelajaran bagi mengubah nasib keluarganya.
22"Episod 2"19 Mei 2009
Reza cekal hadapi dugaan yang mendatang dan sentiasa bersemangat, dengan sokongan daripada Sherin, Farish dan Mira. Mereka bertiga sentiasa melindungi Reza daripada menjadi mangsa buli oleh pelajar kolej lain.
33"Episod 3"26 Mei 2009
Zahid cuti semester dari pelajarannya di England dan pulang ke Malaysia, namun Datuk Hazim kecewa dengan sikap anak sulungnya yang suka berfoya-foya dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
44"Episod 4"2 Jun 2009
Amir ingin mengajak Sherin bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan, tetapi Sherin belum buat sebarang keputusan lagi.
55"Episod 5"9 Jun 2009
Reza terus memantapkan dirinya sebagai pelajar cemerlang di kolej. Sherin kecewa dengan Amir kerana dia sering meminta wang daripadanya.
66"Episod 6"16 Jun 2009
Sherin membawa Reza, Farish dan Mira belajar di rumahnya sama-sama, namun tidak disukai oleh Datin Faridah. Reza berkeras tidak mahu belajar secara berkumpulan bersama Farish, Sherin dan Mira selepas ibu Sherin memandangnya semacam.
77"Episod 7"23 Jun 2009
Reza dan datuknya meluangkan masa mereka berjalan mengelilingi sekitar kawasan kampung. Zahid berjanji kepada ibu bapanya yang dia mahu menamatkan pelajarannya di United Kingdom sehingga berjaya memperoleh ijazah.
88"Episod 8"30 Jun 2009
Reza cuba mahu memberitahu kepada Farish bahawa Mira hanya mengajaknya keluar. Selepas pertengkaran antara mereka, Reza dan Farish tidak bertegur sapa. Sherin meminta Amir supaya tidak meminjam wang daripadanya lagi. Farish mengajak Mira untuk keluar bersamanya. Nora bertambah bingung apabila perniagaannya terjejas akibat sekumpulan samseng yang meminta wang perlindungan daripadanya. Reza cuba mahu menyelamatkan perniagaan ibunya, namun dibelasah oleh samseng itu.
99"Episod 9"7 Julai 2009
Farish membawa Mira ke taman untuk membincangkan sesuatu mengenai hubungan mereka. Datuk Hazim memberikan wang RM3000 kepada Sherin kononnya untuk membeli buku, namun sebenarnya dia mahu memberikan wang itu kepada Amir. Reza dan Farish kembali berdamai dan melupakan persengketaan di antara mereka. Sherin memberi amaran kepada Amir supaya jangan menganggunya lagi selepas Rozie, teman wanita Amir, menghubungi Sherin.
1010"Episod 10"14 Julai 2009
Sherin mengambil keputusan untuk berhenti belajar, tetapi dihalang oleh bapanya. Reza datang berjumpa dengan Sherin di sebuah kafe yang mana Sherin meluahkan isi hatinya kepada Reza. Sherin memberitahu kepada ibunya bahawa dia dan Reza hanya sebagai kawan. Pada petang itu, Reza, Farish, Sherin dan Mira keluar memancing bersama-sama bagi mengisi waktu lapang mereka. Datin Faridah tidak suka Sherin keluar bersama Reza. Pada masa yang sama, Datin Faridah memberi amaran kepada Reza supaya tidak meneruskan persahabatannya dengan Sherin. Ini membuatkan Reza tertekan.
1111"Episod 11"21 Julai 2009

Reza, Farish, Sherin dan Mira kini bekerja dalam sektor korporat, empat tahun selepas menamatkan pelajaran di universiti. Datuk Hazim dan Datin Faridah bimbang dengan Zahid yang masih tidak bekerja selepas tamat belajar di United Kingdom. Sekembalinya ke Malaysia selepas memperoleh ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan di Australia, Reza menghadiri temuduga di syarikat korporat swasta. Zahid masih belum terbuka hatinya untuk bekerja kerana belum bersedia malu tidak memiliki ijazah universiti. Mira bosan apabila keluarganya asyik bercakap tentang soal kahwin.

Reza gembira apabila mendapat tawaran bekerja di syarikat Etika Emas selepas sekian lama menunggu tawaran. Zahid masih mempertimbangkan tawaran bekerja dengan bapanya selepas dinasihati oleh Zarul, rakan karibnya ketika sama-sama belajar di England. Liza, teman wanita Zahid bertemu dengan mereka berdua selepas itu. Malik dan Nora gembira apabila Reza menerima tawaran kerja. Selepas berfikir panjang, Zahid akhirnya bekerja dengan bapanya menguruskan Jaya Holdings.
1212"Episod 12"28 Julai 2009

Reza bekerja di syarikat korporat swasta. Kehadirannya disambut baik oleh semua kakitangan Etika Emas, namun tidak disenangi oleh Mat, kakitangan senior syarikat korporat. Sherin keluar bersama dengan Razali meskipun belum dapat menyesuaikan dirinya dengan Razali. Reza mahu Mat serahkan rekod penghantaran barangan kepadanya untuk semakan, namun dimarahi oleh Mat. Reza dapat merasakan bahawa terdapat penyelewengan di dalam syarikat.

Catatan: Bermula dari episod ini, lagu "Hanya Kau Yang Mampu" nyanyian Aizat Amdan dimainkan semasa kredit akhir.
1313"Episod 13"4 Ogos 2009
Zahid menyesuaikan dirinya dengan persekitaran di Jaya Holdings. Pada petang itu, dia, ditemani oleh Zarul, berkunjung ke tapak projek bagi memantau perkembangan terkini. Hussein dan Shima datang melawat anak dan menantu mereka di Kuala Lumpur. Reza pulang ke rumahnya dan bertemu dengan datuk dan neneknya. Reza kemudian membawa datuknya keluar bersama. Farish meminta restu daripada ibu bapa Mira untuk berkahwin dengan Mira. Reza diberi amaran oleh Mat supaya tidak mengadu kepada bos tentang kegiatan penyelewengan dalam syarikat. Reza berjumpa dengan bosnya untuk menjelaskan situasi yang berlaku.
1414"Episod 14"11 Ogos 2009

Abu telah mengambil tindakan tegas terhadap Mat selepas Reza melaporkan kegiatan penyelewengan kepadanya. Mat kemudian ditangkap oleh polis kerana melakukan penyelewengan dalam Etika Emas. Abu berterima kasih kepada Reza kerana menyelamatkan Etika Emas daripada terus mengalami kerugian. Datuk Hazim mahu Zahid mendisiplinkan diri dan tidak bekerja sambil lewa, namun Zahid tidak pedulikan nasihat bapanya. Reza menerima perkhabaran gembira apabila bosnya mahu menaikkan beliau ke jawatan yang lebih tinggi di Etika Emas.

Datuk Hazim bertemu dengan Ali dan kontraktor binaan di tapak projek, dan dia terkejut apabila mendengar keluhan daripada Ali bahawa bahan binaan yang ditempah belum tiba ke tapak pembinaan. Datuk Hazim bimbang dengan keadaan syarikatnya yang semakin parah dan banyak projek pembinaan tergendala akibat sikap Zahid yang tidak bertanggungjawab. Reza dan Sherin keluar makan bersama.
1515"Episod 15"18 Ogos 2009

Malik dan Nora berharap supaya Reza menerima tawaran Datuk Hazim untuk bekerja di Jaya Holdings. Reza dan Sherin keluar makan bersama. Sherin memujuk Reza untuk bekerja di syarikat bapanya, namun Reza menolak secara baik kerana masih bekerja di Etika Emas. Reza amat menghargai tawaran daripada bapa Sherin. Zahid menengking kakitangan Jaya Holdings semasa mesyuarat, ini membuatkan Datuk Hazim kecewa dengan sikap anaknya. Reza membawa ibu bapanya ke klinik untuk bapanya menerima rawatan.

Datin Faridah kecewa suaminya ketepikan Zahid, tetapi Datuk Hazim bimbang Jaya Holdings akan lingkup jika Zahid tidak menggalas tanggungjawabnya dalam syarikat. Datin Faridah turut membantah keputusan suaminya untuk mengambil Reza bekerja dengannya. Reza masih belum bersedia untuk bekerja dengan Datuk Hazim walaupun dipujuk oleh ibu bapanya. Reza, Farish dan Mira keluar makan tengahari bersama, sekalipun tanpa Sherin. Datuk Hazim bercadang untuk mengambil seseorang yang berkelayakan untuk bekerja di Jaya Holdings, namun Zahid tidak mahu bapanya mengambil orang yang tidak serasi dengannya.

Zahid keluar bersama Liza dan melepaskan segala tekanannya sambil berhibur. Malik dan Nora gembira apabila Reza mengambil keputusan untuk bekerja bersama Datuk Hazim. Razali menghubungi Sherin dan mengajaknya untuk keluar bersama, tetapi dia menolak. Zahid membantah keputusan bapanya untuk mengambil Reza bekerja di Jaya Holdings sebagai penolong pengurus projek. Zahid terus meninggalkan pejabat selepas berselisih faham dengan bapanya.
1616"Episod 16"25 Ogos 2009

Zahid bertambah kecewa dan tertekan apabila bapanya mengambil Reza bekerja di Jaya Holdings. Razali kecewa kerana Sherin menolak permintaanya untuk mengajaknya keluar. Reza mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Etika Emas hanya selepas 5 bulan dan menerima tawaran bekerja dengan Datuk Hazim di Jaya Holdings, Datuk Hazim menawarkan jawatan penolong pengurus projek kepada Reza. Hussein dan isterinya, Shima menjalankan aktiviti harian mereka dengan membersihkan kebun pisang milik mereka.

Mereka gembira mendengar berita yang cucu kesayangan mereka, Reza bekerja dengan Datuk Hazim. Datuk Hazim mahu Zahid menerima Reza bekerja di Jaya Holdings dengan hati yang terbuka. Zahid meluahkan perasaan kecewanya kepada ibunya tentang keputusan bapanya mengambil Reza bekerja di Jaya Holdings. Reza memulakan hari pertamanya bekerja di syarikat milik Datuk Hazim dan dapat menyeusaikan dirinya dengan persekitaran baharu di Jaya Holdings. Zahid bimbang Reza akan mempengaruhi bapanya dan menggugat kedudukannya di Jaya Holdings.
1717"Episod 17"1 September 2009
Zahid menuduh Reza kononnya dia melobi Datuk Hazim. Reza kecewa kerana data tapak projek hilang dari komputernya. Datuk Hazim kecewa anaknya, Zahid mengabaikan projek kendalian Jaya Holdings sehingga mengakibatkan penyelewengan. Datin Faridah tidak suka suaminya yang dilihat suka melebih-lebihkan Reza. Reza dan Mira keluar memancing, dan ini membuatkan Farish dan ibu bapa Mira merasa curiga.
1818"Episod 18"8 September 2009
Farish dan Mira merancang untuk berkahwin, namun Mira belum bersedia dan ini membuatkan Farish kecewa. Reza menuju ke tapak projek dan mendengar keluhan daripada kontraktor binaan. Zahid bimbang kerana Reza akan melaporkan kepada Tuan Hazim mengenai punca pendapatan kontraktor. Razali menghadiahkan cincin kepada Sherin sebagai tanda ikhlas. Reza, Zahid dan Zarul berbincang mengenai tapak projek terbengkalai.
1919"Episod 19"15 September 2009
Sherin bertemu dengan Reza di pejabatnya dan bertanya khabar. Dia menunjukkan kepada Reza, cincin yang diberikan oleh Razali kepadanya. Zahid kecewa kerana bapanya sering melebih-lebihkan Reza dan merancang sesuatu untuk menjatuhkan Reza. Mira mengajak Reza makan tengahari di rumahnya, walaupun ibu bapa Mira kurang bersetuju. Farish cuba menghubungi Mira, namun panggilannya tidak dijawab.
2020"Episod 20"22 September 2009
Reza, Farish dan Mira terkenangkan kehidupan mereka semasa menuntut di kolej. Reza dan beberapa kontraktor binaan memantau tapak projek yang sedang dalam pembinaan. Menyedari kelemahannya hampir terbongkar, Zahid membuat sesuatu untuk mendapatkan kembali kedudukannya di Jaya Holdings. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Reza didatangi oleh sekumpulan 3 lelaki tidak dikenali, lalu dibelasah sehingga parah. Kehadiran Zarul menyelamatkan keadaan dan mengubungi Datuk Hazim, memaklumkannya bahawa Reza telah dipukul. Zahid berjaya melaksanakan rancangannya untuk menjatuhkan Reza.
2121"Episod 21"29 September 2009
Reza bekerja seperti biasa biarpun masih trauma akibat dibelasah. Sherin memerhatikan gelagat Razali berfoya-foya dengan perempuan lain.
2222"Episod 22"6 Oktober 2009
Reza dan Mira keluar bersama, namun gelagat mereka diperhatikan oleh Farish. Datin Faridah kecewa suaminya melebihkan Reza daripada anaknya sendiri. Reza menerima panggilan daripada seseorang tidak dikenali, tanpa disedarinya bahawa Zarul telah membuat panggilan tersebut untuk kenakannya atas arahan Zahid. Razali bertemu dengan Sherin untuk menjelaskan bahawa wanita yang bersamanya pada malam itu ialah kawan biasa. Reza dan Mira bercerita tentang kehidupan mereka.
2323"Episod 23"13 Oktober 2009
Reza dan Mira melangsungkan perkahwinan mereka, namun ditentang oleh Farish. Reza sedar bahawa ia hanyalah mimpi. Hubungan Sherin dan Razali kembali pulih dan mereka kelihatan sering keluar bersama.
2424"Episod 24"20 Oktober 2009
Zahid bimbang tentang kepincangan di tapak projek. Reza bertemu dengan Farish untuk menjelaskan perkara sebenar, tetapi Farish menuduh dan menghinanya. Datuk Hazim mahu Reza atasi masalah yang berlaku di tapak projek. Zahid bengang apabila dia mengetahui bapanya mahu menaikkan pangkat untuk Reza. Datin Faridah tidak bersetuju dengan keputusan suaminya untuk melantik Reza ke jawatan yang lebih tinggi di Jaya Holdings.
2525"Episod 25"27 Oktober 2009
Zahid berjumpa dengan Reza berhubung dengan kepincangan di tapak projek. Datuk Hazim kecewa dengan tindakan anak lelakinya yang melakukan penyelewengan dalam syarikat. Zahid kemudian menyalahkan Reza dan menuduhnya dengan tuduhan tidak berasas. Reza mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Jaya Holdings, namun Sherin memintanya untuk tidak berhenti. Sherin kecewa dengan sikap Razali yang berlaku curang terhadapnya. Sherin bertemu dengan Reza dan menceritakan kepadanya mengenai nasibnya akibat kecewa dalam bercinta. Pada masa yang sama, Sherin menaruh perasaannya terhadap Reza.
2626"Episod 26"3 November 2009
Razali bertemu dengan Sherin untuk menjelaskan bahawa wanita yang bersamanya tempoh hari ialah sepupunya, namun Sherin tidak mempercayainya dan mereka membawa haluan masing-masing. Hubungan Farish dan Reza kembali pulih selepas sekian lama mereka berperang mulut kerana Mira. Sherin memberitahu kepada ibunya bahawa dia ikhlas mencintai Reza, namun ibunya membantah. Datin Faridah memberi amaran kepada keluarga Reza supaya jangan bermimpi mengambil Sherin sebagai menantunya. Sherin mengaku kepada Reza bahawa dia amat mencintainya. Datuk Hazim merestui hubungan cinta Sherin dan Reza, namun dibantah keras oleh Datin Faridah dan Zahid.

2009–2010[sunting | sunting sumber]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
TajukTarikh keluaran asal
271"Episod 27"10 November 2009

Zahid memberi amaran keras kepada Reza supaya tidak berkahwin dengan Sherin, namun Reza tetap meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan Sherin. Mira bertambah runsing setelah mengetahui Reza dan Sherin akan melangsungkan perkahwinan mereka dalam tempoh yang terdekat, sambil terkenangkan kenangan lamanya bersama Reza. Reza dan Sherin telah melangsungkan perkahwinan mereka, namun ibu dan abang Sherin, Datin Faridah dan Zahid bermasam muka terhadap Reza di hari persandingan mereka.

Mira membawa dirinya pergi jauh setelah mengetahui Reza telah bernikah dengan Sherin. Zahid menaruh kebenciannya terhadap Reza yang kini menjadi adik iparnya, biarpun dinasihati oleh Zarul supaya tidak bermusuh dengan Reza. Datin Faridah berkeras enggan menerima Reza sebagai ahli keluarga mereka. Hal ini menyebabkan Datuk Hazim kecewa dengan sikap isterinya yang suka menghina Reza kerana kekurangan dirinya. Reza dan Sherin kini hidup bahagia setelah mereka diijab kabulkan sebagai suami isteri.
282"Episod 28"17 November 2009
Nora kembali berniaga selepas sebulan dan kini dibantu oleh suaminya, Malik. Farish bertemu dengan Mira untuk bertanya khabar. Reza dan Sherin merancang untuk menimang cahaya mata.
293"Episod 29"24 November 2009
Nora dan suaminya, Malik berniaga untuk mencari wang lebih dan ia membuahkan hasil apabila kuih-muih mereka mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Datuk Hazim, besan mereka, memerhatikan mereka dari jauh. Reza, Sherin, Farish dan Mira menikmati makan malam di sebuah kafe. Zahid dan Zarul memantau perkembangan terkini di tapak projek. Malik bertemu dengan Datuk Hazim untuk bertanya khabar. Datuk Hazim menawarkan peluang pekerjaan kepada besannya, namun Malik belum membuat keputusan. Reza membelikan selendang untuk ibu mertuanya, namun tidak diendahkan oleh Datin Faridah.
304"Episod 30"1 Disember 2009
Reza membawa Sherin bertemu dengan ibu bapanya. Mira masih terkenangkan kenangan lamanya bersama Reza. Mira mengalami kecederaan di kaki semasa berjoging bersama Farish.
315"Episod 31"8 Disember 2009
Zahid berkenalan dengan Nurul semasa minum di Station 1 Cafe. Datuk Hazim menjemput ibu bapa Reza ke rumahnya, namun Datin Faridah membantah keras. Datuk Hazim mengadakan mesyuarat tergempar, namun anaknya Zahid tidak dapat hadir; dia kemudian mengarahkan Zarul supaya menyerahkan dokumen kerja Zahid kepada Reza untuk disiapkan.
326"Episod 32"15 Disember 2009

Mira masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan di kakinya. Farish pula terkenangkan kenangan manisnya bersama Mira. Liza meminta bantuan daripada Zarul untuk mencari Zahid, namun Zarul enggan masuk campur. Reza dan Sherin keluar bersama, namun diperhatikan oleh Razali. Datuk Hazim memberi mandat kepada Reza untuk menguruskan kerja yang tertangguh. Zahid merasakan dirinya tidak dihargai di Jaya Holdings. Farish menjenguk Mira di rumahnya untuk bertanya khabar.

Reza mahu berbincang sesuatu dengan Zahid, tetapi Zahid enggan melayannya. Ibu bapa Reza datang melawat ke rumah Datuk Hazim, namun kehadiran mereka tidak disukai oleh Datin Faridah. Sherin kecewa dengan sikap ibunya. Reza dan Zarul hairan kerana Zahid tidak hadir ke tapak projek di mana mereka perlu berbincang mengenai masalah yang berlaku di tapak projek. Hal ini mengejutkan Datuk Hazim sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon daripada menantunya.
337"Episod 33"22 Disember 2009
Reza menerima lampu hijau daripada bapa mertuanya untuk tangani masalah di tapak projek pembinaan. Sherin kecewa dengan sikap abangnya yang suka menghina dan mengutuk Reza. Nurul memasang agendanya untuk membolot harta milik Zahid, malah sanggup berkahwin dengannya. Liza terpaksa menanggung derita akibat hamil luar nikah dan dia mahu Zahid bertanggungjawab. Datuk Hazim gembira kerana syarikat Jaya Holdings miliknya telah menerima pengiktirafan. Zahid dan Liza diserang oleh Liza di kelab malam. Mira masih sukar untuk melupakan Reza.
348"Episod 34"29 Disember 2009
Liza mahu Zahid bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepadanya. Farish masih mengharapkan agar Mira berkahwin dengannya. Zahid mengeluh kerana dianaktirikan di syarikat bapanya. Mira berjumpa dengan Reza untuk meminta pandangan dan nasihat tentang hubungannya dengan Farish. Datin Faridah dan Zahid hilang selera makan setiap kali mereka melihat Reza di dapur. Reza mahu berbincang dengan abang iparnya berhubung dengan masalah di tapak projek pembinaan, namun Zahid enggan melayannya. Zahid menjadi gementar selepas Liza mengugutnya untuk bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka. Mira meminta Farish untuk tidak bercakap lagi tentang kahwin.
359"Episod 35"5 Januari 2010

Zahid bengang apabila bapanya dan pengurusan kanan Jaya Holdings menerima cadangan Reza. Reza cuba sedaya upaya untuk menyatukan Farish dan Mira agar mereka disatukan sebagai suami isteri kelak. Nurul memberi amaran kepada Liza supaya tidak lagi menganggu Zahid. Sherin mengambil keputusan untuk membawa suaminya, Reza tinggal berasingan, namun Reza tidak mahu isterinya membuat keputusan terburu-buru. Liza datang menyerang Zahid di pejabatnya, Zahid kemudian menyerahkan cek tunai kepada Liza dan memintanya supaya tidak lagi menganggunya.

Datuk Hazim meminta Reza supaya mempercepatkan projek pembinaan dan mempengerusikan mesyuarat kerana bapa mertuanya ke Putrajaya untuk menghadiri mesyuarat khas di sana. Farish meminta ibu bapa Mira supaya memujuk Mira untuk berkahwin dengannya. Sewaktu dalam perjalanan pulang, kereta Farish berselisih dengan kereta Mira, yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Datuk Hazim kecewa dengan sikap isterinya, Datin Faridah yang membantah keputusan Sherin dan Reza untuk berpindah.
3610"Episod 36"12 Januari 2010
Mira masih sukar melupakan Reza meskipun telah mengetahui bahawa Reza sudah berkahwin. Zahid menyalahkan Reza atas kepincangan yang berlaku di Jaya Holdings. Reza melawat ibu bapanya tanpa pengetahuan Sherin yang ketika itu sedang tidur. Farish cuba sedaya upaya untuk memujuk Mira supaya berkahwin dengannya, tetapi Mira masih berdegil.
3711"Episod 37"19 Januari 2010

Reza berjumpa dengan Farish untuk mendengar luahan dan perasaan yang dialami oleh Farish. Mira berasa letih apabila ibu bapanya mendesaknya untuk berkahwin secepat mungkin. Zarul datang berjumpa dengan Zahid yang sedang asyik bermain snuker bersama Nurul dan mengingatkannya tentang kerja, namun dia dimarahi oleh Zahid. Reza mengadakan mesyuarat dengan Ali dan Hairee untuk berbincang tentang perkembangan di tapak projek. Zahid menyerahkan satu cadangan untuk syarikat ceburi perniagaan baharu kepada bapanya, namun ditolak oleh bapanya. Zahid kecewa kerana bapanya menolak cadangannya.

Zahid memberi amaran keras kepada Reza agar dia tidak mencabar kesabarannya dan dia mengugut Reza untuk menyusahkannya dalam keadaan memaksa. Sherin sayu melihat keadaan suaminya yang sering dihina oleh ibunya dan abangnya. Hussein tetap berkeras untuk ke Kuala Lumpur dan berkunjung ke rumah keluarga mertua cucunya walaupun dinasihati oleh isterinya, Shima. Sherin terserempak dengan bekas teman lelakinya, Razali sewaktu mahu ke kafe. Razali terus mengekori Sherin sehingga ke kafe. Kecewa dengan Razali yang menghina Reza, Sherin bertindak mencurahkan air ke arah Razali. Reza berjumpa dengan Mira untuk bertanya khabar dan berborak kosong. Nora mula membuat persiapan untuk berniaga pada esok harinya. Farish sentiasa berharap agar Mira terbuka pintu hati untuk berkahwin dengannya satu hari nanti.
3812"Episod 38"26 Januari 2010

Datin Faridah dan Zahid mengelak Reza setiap kali mereka terserempak dengannya, ini membuatkan Datuk Hazim dan Sherin kecewa. Keesokan harinya, Hussein berangkat ke KL untuk bertemu dengan Nora dan Malik. Zahid mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh adik iparnya, Reza dan kakitangan Jaya Holdings. Reza meminta abang iparnya supaya mempercepatkan projek pembinaan yang terlepas daripada jadual asalnya, namun Zahid mengambil tindakan terburu-terburu dengan menangguhkan projek tersebut dan hanya boleh diteruskan pada hujung tahun.

Razali datang mengganggu Sherin dan meperlekehkan keadaan fizikal Reza, tetapi Sherin tidak melayan kerenah Razali dan terus meninggalkan Razali. Datuk Hazim kecewa dengan tindakan Zahid yang melewatkan jadual projek pembinaan. Pada malam itu, sewaktu dalam perjalanan pulang, Reza didatangi oleh Razali dan menahannya seperti samseng jalanan. Razali mempersoal kepada Reza kenapa Sherin memilihnya sebagai suaminya, Reza berkata kepada Razali bahawa Sherin mencintainya. Kecewa dengan sikap Razali yang memperlekehkannya, Reza menumbuk Razali dan terus Reza terus beredar pulang.

Reza juga terkejut apabila isterinya, Sherin memberitahunya yang dia diganggu oleh Razali. Sherin memberitahu bapanya bahawa Reza ingin membawa datuknya melawat ke kediaman mereka, namun tidak disukai oleh Datin Faridah. Reza balik ke rumahnya dan kepulangannya disambut baik oleh datuknya. Zahid, yang ditemani oleh Nurul, bertaruh main snuker bersama Rizman, namun berlaku pergaduhan antara mereka berdua gara-gara tindakan Rizman bermain taktik kotor.
3913"Episod 39"2 Februari 2010

Zahid tidak berpuas hati kerana dia kalah di tangan Rizman semasa bertaruh main snuker. Mereka berdua bergaduh sesama sendiri. Nurul menghubungi Zarul dan memintanya segera datang. Pergaduhan mereka dileraikan oleh beberapa pemain snuker yang menyaksikan kejadian itu. Zahid dan Rizman kemudian ditahan oleh polis dan disoal siasat. Zahid dibebaskan dengan ikat jamin, sementara Rizman masih ditahan reman. Zahid bernasib baik kerana bapanya tidak tahu-menahu tentang insiden itu.

Datin Faridah tetap pada pendirian tidak mahu melayan datuk Reza apabila datuk menantunya datang ke kediamannya biarpun dinasihati oleh Datuk Hazim. Reza dan Mira keluar makan bersama, tanpa disedari mereka, Razali memerhatikan gelagat mereka dari jauh. Hussein tidak sabar-sabar untuk berkunjung ke kediaman keluarga Datuk Hazim. Reza pulang lebih awal kerana mahu membawa datuknya ke kediaman mertuanya. Nora risau jika bapanya akan dilayan teruk oleh Datin Faridah dan Zahid, tetapi ditenangkan oleh Malik. Datuk Hazim juga balik awal untuk menyambut kedatangan datuk Reza. Kedatangan Hussein disambut baik oleh Datuk Hazim, Reza dan Sherin. Selepas minum teh bersama-sama, Datuk Hazim membawa Hussein berjalan-jalan di sekitar kediamannya.
4014"Episod 40"9 Februari 2010

Hussein dibawa berjalan ke kediaman Datuk Hazim dan terpesona dengan suasana persekitaran di kediamam keluarga mertua cucunya. Reza dan Sherin turut bersama mereka. Selepas menunaikan solat Maghrib bersama-sama, Datuk Hazim membawa datuk Reza makan malam bersama, turut disertai oleh Reza dan Sherin. Hussein mahu balik lebih awal kerana letih, namun Datuk Hazim, Reza dan Sherin memintanya untuk tinggal di sini kerana terlalu awal untuknya pulang.

Datuk Hazim kecewa dengan layanan isterinya terhadap datuk Reza. Sherin tersinggung dengan sikap ibunya yang menghina datuk Reza. Hussein mengambil keputusan untuk pulang ke kampung kerana kecewa dengan layanan isteri dan anak lelaki Datuk Hazim terhadapnya walaupun dipujuk oleh anaknya, Nora dan menantunya, Malik supaya tinggal di rumah mereka untuk beberapa hari lagi. Reza berasa terkilan dan sedih dengan layanan ibu mertua dan abang iparnya terhadap datuknya. Hussein balik ke rumahnya keesokan harinya, Shima berasa hairan kenapa suaminya balik awal. Hussein dan Shima keluar menjalankan aktiviti harian mereka. Dalam keadaannya yang sedang termakan hati dengan perangai keluarga Datuk Hazim, Hussein menebang pokok pisang bagi melepaskan tekanan yang dihadapi. Reza keluar makan bersama Mira. Reza berjumpa dengan Farish dan berjanji dengannya untuk berbuat apa sahaja untuk menyatukan Farish dan Mira. Mira terkenangkan saat-saat indahnya bersama Reza.
4115"Episod 41"16 Februari 2010

Reza bertambah runsing memikirkan layanan ibu mertua dan abang iparnya terhadap datukya. Mira berasa resah setiap kali dia terkenangkan Reza. Reza mengaku kepada Sherin yang dia keluar bersama Mira setelah isterinya bertanya kepadanya tentang tujuan suaminya keluar bersama Mira. Nurul mengajak Zahid untuk berkahwin dengannya, namun Zahid menolak. Reza menghubungi neneknya yang dia mahu balik ke kampung berjumpa dengan datuk dan neneknya.

Farish mahukan kepastian daripada Mira tentang hubungan mereka, namun Mira menganggap Farish hanya sebagai kawan. Shima menenangkan suaminya, yang terlalu kecewa dengan insiden tempoh hari. Keesokan harinya, Reza dan Sherin balik ke kampung datuk dan neneknya. Datin Faridah merungut apabila Sherin dan Reza balik ke kampung tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Kedatangan Reza dan Sherin disambut baik oleh Hussein dan Shima. Mereka berdua kemudian berjalan meronda-ronda sekitar kawasan kampung, termasuk ladang datuk dan nenek Reza.

Sewaktu mahu keluar, Hussein menyangka dia telah 'kehilangan' motosikalnya, rupanya cucunya telah meminjam motosikalnya. Reza dan Sherin menikmati alam kehijauan dan bergambar bersama. Pada malam, Zahid dan Nurul berhibur di kelab malam. Reza dan Sherin meluangkan masa mereka bersama Hussein dan Shima. Mira mencari ketenangan di luar rumahnya sambil menghilangkan tekanan yang dialami, Farish berharap akan dijodohkan dengan Mira satu hari nanti.
4216"Episod 42"23 Februari 2010

Datin Faridah mengeluh apabila suaminya sering mencari kesalahan Zahid. Reza dan Sherin bermain bersama di kebun pisang sambil diperhatikan oleh Hussein dan Shima, mereka kemudian makan bersama. Zahid enggan menyiapkan kerja Reza semasa adik iparnya bercuti. Malang menimpa Sherin apabila dia digigit oleh lintah, Hussein mencabut lintah tersebut daripada kaki Sherin. Mereka kemudian pulang selepas seharian melepak di ladang pisang. Zahid berjumpa dengan bapanya yang ada hal penting untuk dibincangkan dengannya.

Nurul kecewa apabila Zahid menolak permintaannya untuk berkahwin dengannya. Reza dan Sherin bermandi-manda di sungai, diperhatikan oleh Hussein dan Shima. Keesokan harinya, mereka berdua pulang ke Kuala Lumpur kerana mereka akan bekerja pada hari esok. Kepulangan mereka disambut dingin oleh Datin Faridah, Sherin kecewa dengan apa yang ibunya kata. Datuk Hazim bimbang jika dia serahkan Jaya Holdings kepada Zahid apabila dia bersara nanti, anak sulungnya tidak dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab menguruskan syarikat. Pada malam itu, Zahid berjumpa dengan Nurul di apartmennya.
4317"Episod 43"2 Mac 2010

Liza cuba menghubungi Zahid untuk jelaskan situasinya, namun panggilannya tidak dijawab. Zarul juga gagal menghubungi Zahid, dan percaya yang dia berada di rumah Nurul. Keesokan harinya, mesyuarat agung Jaya Holdings diadakan tanpa Zahid. Zarul kelihatan gagap apabila Datuk Hazim bertanya kepadanya tentang Zahid. Hussein teringatkan kenangan manisnya bersama cucunya, Reza dan Sherin yang bercuti di kampung. Zahid terkejut apabila Zarul memberitahunya bahawa Liza sedang hamil anaknya. Sherin terbaca SMS Mira dalam telefon bimbit suaminya.

Zarul mahu Zahid selesaikan masalahnya bersama Liza dengan cara berhemah, namun Zahid percaya Liza mempunyai rancangannya untuk kenakannya. Keadaan di tapak projek bertambah kecoh apabila sekumpulan kontraktor binaan mengadakan mogok kerana tidak berpuas hati gaji mereka tidak dibayar oleh subkontraktor. Zahid dan Zarul datang menyelamatkan keadaan, namun keadaan terus menjadi huru-hara. Terkejut dengan situasi di tapak projek, Datuk Hazim mewakilkan Reza untuk campur tangan terhadap insiden itu.
4418"Episod 44"9 Mac 2010

Reza terpaksa campur tangan untuk mengatasi insiden pekerja mogok di tapak projek, tetapi dimarahi oleh Zahid. Reza telah mengotakan janjinya kepada sekumpulan kontraktor untuk membayar gaji kepada mereka. Datuk Hazim gembira kerana Reza berjaya menyelesaikan masalah di tapak projek dan mahu membawa isu ini dalam mesyuarat kemudian hari. Zahid memberi amaran kepada Reza supaya tidak menganggu kerjanya. Akan tetapi, Reza kecewa dengan abang iparnya yang tidak berpegang pada janji untuk membayar gaji penuh kepada subkontraktor.

Sherin keluar bersama rakannya, Fazura, namun dia bertembung dengan Razali, yang menegurnya, tetapi tidak dilayan oleh Sherin. Datuk Hazim kecewa dengan tindakan anak sulungnya, Zahid yang melakukan penyelewengan dalam Jaya Holdings selepas Reza membuka mulut tentang hal ini. Zahid mengakui kesilapannya kerana menggunakan wang syarikat untuk membayar gaji kepada subkontraktor. Datuk Hazim mengambil keputusan untuk menarik balik segala kuasa anaknya yang melibatkan syarikat dan ini membuatkan Zahid kecewa. Farish kecewa Mira tidak mahu meneruskan hubungan mereka seperti dulu. Sherin terkilan apabila mengetahui Mira menghubungi Reza dan terus mematikan telefon bimbit suaminya. Sherin mengesyaki suaminya berlaku curang terhadapnya.

Keesokan harinya, Reza keluar bersama Mira. Tanpa disedari mereka, Razali mengekori merereka dan mengambil gambar mereka berduaan dan makan bersama di sebuah restoran, dengan tujuan untuk memporak-perandakan rumah tangga Reza dan Sherin. Mira mengaku kepada Reza yang dia masih mencintainya, sekalipun mengetahui yang Reza telah beristeri. Razali berjumpa dengan Zahid untuk menjelaskan beberapa perkara tentang Reza dan Sherin. Reza berasa bingung apabila Mira masih mencintainya. Sherin kecewa dengan abangnya yang suka memperlekehkan suaminya.
4519"Episod 45"16 Mac 2010

Razali meneruskan rancangan jahatnya untuk menghuru-harakan rumah tangga Reza dan Sherin. Reza membawa Sherin keluar makan malam bersama. Sherin merasakan yang suaminya cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Sherin tersinggung apabila Mira menghubungi Reza sewaktu suaminya ke tandas. Termakan hati dengan sikap suaminya, Sherin hilang selera makan dan meninggalkan restoran. Ibu bapa Mira risau yang anak mereka masih mencintai Reza. Reza berjumpa dengan ibu bapanya keesokan harinya. Sherin masih merajuk dengan suaminya yang disangkanya berlaku curang.

Zahid bertekad untuk meihat rumah tangga Sherin dan Reza musnah. Zarul menasihatinya supaya tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga adiknya. Selepas gagal menghubungi Sherin, Razali bertindak menghantar gambar mesra bekas teman wanitanya dengan Reza kepada telefon bimbit Sherin. Mira dinasihati oleh ibu bapanya supaya melupakan Reza dan berkahwin dengan Farish. Krisis rumah tangga Reza dan Sherin bertambah tegang apabila Sherin menunjukkan gambar mesra suaminya dengan Mira kepada suaminya. Reza menafikan bahawa dia dan Mira menjalin hubungan. Dia menjelaskan kepada Sherin bahawa dia dan Mira hanya keluar makan bersama.

Liza memberi amaran kepada Zahid supaya dia menantikan kelahiran anaknya. Dalam keadaan panik, Zahid percaya yang Liza mempunyai agenda untuk kenakannya. Reza buntu memikirkan masalah yang dihadapi, ditambah pula dengan krisis rumah tangganya bersama Sherin. Datuk Hazim mengadakan mesyuarat yang dihadiri oleh kakitangan dan eksekutif Jaya Holdings. Datuk Hazim memberi arahan supaya tiada sesiapa yang dibenarkan terbabit dalam urusan melibatkan kewangan syarikat kerana dia tidak mahu insiden pekerja mogok di tapak projek berulang dan memutuskan supaya segala pembayaran gaji kepada pembekal dan subkontraktor harus melalui Reza. Zahid membantah keputusan bapanya.
4620"Episod 46"23 Mac 2010

Zahid kecewa kerana bapanya menyerahkan segala kuasa melibatkan urusan syarikat kepada Reza. Sherin merasa jauh hati dengan suaminya dan berasa dirinya dikhianati. Reza berjumpa dengan Farish dan meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya kepada Farish. Razali terserempak dengan Sherin, namun Sherin enggan melayannya. Zahid melepaskan kemarahannya kepada adik iparnya, dan berlaku pergaduhan antara mereka. Pergaduahan mereka dileraikan oleh Datuk Hazim dan kakitangan Jaya Holdings. Hussein merungut apabila sejak sebulan lalu, Reza dan Sherin tidak menghubungi mereka sejak mereka datang bercuti ke kampung.

Reza mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Jaya Holdings kerana tidak tahan dengan kerenah abang iparnya. Zahid dan ibunya bercakap tentang keburukan Reza. Reza berjumpa dengan ibu bapanya, berkongsi segala masalahnya dengan mereka. Malik tidak bersetuju dengan keputusan anaknya untuk berhenti kerja di Jaya Holdings. Sherin bertambah tertekan memikirkan situasi yang berlaku. Razali berpakat dengan Zahid untuk hancurkan rumah tangga Sherin dan Reza. Farish menelefon Mira untuk mengajaknya keluar untuk makan bersama pada esok hari. Nora tertekan dengan krisis rumah tangga anaknya dan menantunya. Keesokan harinya, Zahid berjumpa dengan bapanya.
4721"Episod 47"30 Mac 2010

Datuk Hazim mahu Zahid berbaik-baik dengan Reza dan bekerja bersama adik iparnya demi masa depan Jaya Holdings. Liza berjumpa dengan Zahid dan mahu dia bertanggungjawab ke atas situasi mereka. Selepas puas dipujuk oleh Liza, Zahid bertanggungjawab dalam situasi yang melibatkan mereka berdua. Liza mengajak Zahid untuk berkahwin dengannya sebelum anak yang dikandung oleh Liza dilahirkan. Sherin dan Mira berjumpa dan dia mahu Mira jelaskan perkara sebenar tentang hubungannya dengan Reza. Datuk Hazim tidak mahu isterinya bercakap tentang keburukan menantu mereka.

Reza dimaklumkan oleh Farish bahawa Sherin berjumpa dengan Mira untuk mendapatkan kepastian tentang hubungannya dengan Mira. Sherin mahu Mira berterus-terang tentang hubungannya dengan Reza, namun Mira menafikannya. Zahid dan Liza berjanji untuk merahsiakan tentang situasi mereka daripada pengetahuan keluarga masing-masing. Reza dan Sherin masih tidak bertegur sapa. Mira dinasihati oleh ibunya supaya melupakan Reza. Farish berjumpa dengan Sherin untuk menjelaskan situasi sebenar.
4822"Episod 48"6 April 2010

Zahid mencari jalan untuk berkahwin dengan Liza selepas bertemu dengannya. Mira masih sukar untuk melupakan Reza, malah sering teringatkannya. Reza membawa Sherin keluar makan bersama dengan harapan untuk menjernihkan kembali hubungan mereka sebagai suami isteri. Razali memerhatikan gelagat mereka yang kembali bersama, sambil memendam perasaan kecewanya. Reza memberitahu Sherin bahawa hati dan perasaannya hanya untuknya dan bernekad untuk tidak lagi berhubung dengan Mira. Sherin memberi peluang kedua untuk suaminya. Datuk Hazim memikirkan apa yang sebenarnya telah berlaku setelah mengetahui terdapat seorang wanita sarat hamil datang ke pejabatnya, berjumpa dengan Zahid.

Reza dan Sherin berjumpa dengan ibu bapanya. Malik dan Nora gembira melihat rumah tangga anak dan menantu mereka kembali pulih. Datuk Hazim bimbang jika Zahid membuat sesuatu di belakangnya. Nurul berasa pelik kerana Zahid jarang berjumpa dengannya sejak kebelakangan ini. Reza dan Sherin mengambil keputusan untuk pulang selepas sehari suntuk berada di rumah keluarganya. Farish dan Mira memendam rasa, memikirkan hal masing-masing. Keesokan harinya, Datuk Hazim mengajak besannya, Malik keluar makan bersama. Razali mahu Zahid membuat sesuatu untuk memisahkan Reza dan Sherin. Liza kecewa kerana Zahid tidak menepati janjinya untuk berkahwin dengannya. Zahid berterus-terang kepada Liza untuk segerakan perkahwinan mereka secepat mungkin.
4923"Episod 49"13 April 2010

Farish dan Mira gembira rumah tangga Reza dan Sherin kembali pulih. Farish memujuk Mira supaya berkahwin dengannya, namun Mira masih bersikap jual mahal. Mira juga telah mengetahui yang Farish meminta bantuan Reza untuk menyatukan mereka berdua. Sherin menghargai niat suaminya untuk menyatukan Farish dan Mira. Datuk Hazim gembira melihat Sherin dan Reza bermesra bersama, tetapi tidak bagi Datin Faridah. Farish dan Mira berselisih faham tentang soal jodoh. Kecewa dengan sikap Mira, Farish meminta Mira supaya melupakannya buat selamanya. Dia terus meninggalkan Mira dan berpatah balik untuk membawanya pulang.

Farish meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya kepada Reza. Reza menasihati Farish supaya tidak mudah mengalah. Nurul kecewa Zahid memungkiri janjinya untuk mengikut Nurul keluar bersama. Liza kecewa Zahid tidak menepati janjinya untuk berkahwin dengannya. Datuk Hazim mahu Reza menyelesaikan kepincangan di tapak projek seberapa segera, dan Reza meminta Hairee untuk membantunya. Liza mengugut untuk membuka mulut tentang rahsia mereka kepada keluarga Zahid jika Zahid enggan menuruti kehendaknya. Pada suatu malam, Liza diculik oleh dua lelaki tidak dikenali yang dipercayai diupah oleh Zahid dan membawanya ke satu tempat yang sunyi. Mereka berdua membawa Liza ke tengah-tengah hutan. Liza merayu kepada mereka supaya melepaskannya, namun mereka enggan melepaskannya.

Datuk Hazim runsing memikirkan masalah yang berlaku dan berasa tidak sedap hati. Selepas membunuh Liza, penculik itu menanam mayatnya ke dalam lubang yang digali oleh mereka, dan meninggalkan kawasan hutan. Zahid menerima SMS yang dikirim oleh pembunuh upahannya. Zarul berasa aneh dengan gelagat rakan karibnya. Farish dan Mira memendam rasa, memikirkan hal peribadi masing-masing. Datuk Hazim sekeluarga bersarapan bersama, kecuali Zahid yang mahu keluar bekerja lebih awal. Zahid berjumpa dengan dua pembunuh upahannya dan memberikan wang kepada mereka. Zahid meminta mereka supaya merahsiakan hal ini daripada pengetahuan sesiapa. Malik dan Nora tidak lagi berniaga kerana premis tempat mereka berniaga akan dirobohkan tidak lama lagi. Malik menerima tawaran besannya untuk bekerja di Jaya Holdings.
5024"Episod 50"20 April 2010

Mira meminta Sherin dan Reza supaya tidak bersusah payah untuk menyatukannya dengan Farish. Farish bertambah runsing memikirkan apa yang berlaku antaranya dengan Mira. Sherin dan Reza menjadi buntu memikirkan hal Farish dan Mira dan mereka akan terus berusaha untuk menyatukan Farish dan Mira. Kemudian, Reza bertemu dengan bapa mertuanya dan dimaklumkan bahawa bapanya ditawarkan bekerja di Jaya Holdings. Di kediaman Datuk Hazim, suasana bertambah kecoh apabila Zahid menerima berita buruk bahawa bapa Reza bekerja di Jaya Holdings. Datin Faridah terkejut mendengar berita ini dan mempersoal tindakan suaminya membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Sherin tidak suka abangnya dan ibunya memperlekehkan suaminya dan keluarganya, namun dimarahi oleh Datin Faridah.

Reza pada mulanya tidak bersetuju bapanya bekerja di Jaya Holdings kerana memikirkan keadaan kesihatan bapanya. Datin Faridah tidak bersetuju dengan cara suaminya membantu keluarga Reza. Reza berasa serba salah dengan apa yang berlaku, namun ditenangkan oleh Sherin. Sewaktu keluar bersama Nurul, Zahid terdengar suara ghaib yang memanggil namanya, kemudian dia terlihat kelibat Liza yang berbaju putih dengan wajah yang menyeramkan. Dalam keadaan panik, Zahid terus balik ke rumah dan memikirkan adakah Liza sudah mati. Zahid datang ke pejabatnya seperti biasa. Datuk Hazim dan Reza menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Datuk Hazim berharap supaya isterinya, Datin Faridah dan anaknya, Zahid akan berubah dan menerima Reza dengan hati yang terbuka satu hari nanti. Sherin menghargai niat murni bapanya. Zahid menceritakan segala masalahnya kepada Zarul. Malik memulakan hari pertamanya bekerja sebagai penyelia tapak projek di Jaya Holdings. Zahid kecewa dengan tidak bersetuju bapa Reza bekerja di syarikat bapanya. Reza bekerja di bawah satu bumbung dengan bapanya biarpun pada mulanya dia kurang yakin dengan kemampuan bapanya.
5125"Episod 51"27 April 2010

Sherin kurang senang dengan kehadiran Razali yang sering menganggunya dan memintanya beredar. Malik dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baharu pada hari pertama dia bekerja di Jaya Holdings. Zahid menasihati Malik supaya menumpukan perhatian serius. Sherin mengadu masalahnya kepada suaminya tentang Razali. Farish dan Mira berselisih faham tentang perhubungan mereka. Reza berjumpa dengan Farish yang mana Farish meluahkan isi hatinya tentang hubungannya dengan Mira. Iskandar, abang kepada Liza, datang ke pejabat Jaya Holdings dalam keadaan melulu dan mahu berjumpa dengan Zahid. Apabila Iskandar bertanyakan tentang adiknya, Liza kepada Zahid, Zahid hanya berdiam dan tidak tahu menahu tentang Liza kerana hubungan mereka sudah lama berakhir. Iskandar kemudian membuat laporan polis.

Zahid terdengar lagi suara ghaib yang memanggil namanya dan ternampak bayangan Liza. Zahid kemudian memamcu pecut keretanya dan diganggu lagi oleh suara ghaib seorang wanita yang ketawakannya. Dalam keadaan ketakutan, Zahid berhenti di satu kawasan sunyi dan meninggalkan keretanya setelah terlihat bayangan Liza di belakangnya dan melarikan diri di kawasan hutan. Dia terus diekori oleh bayangan Liza. Zahid sedar yang dia hanya bermimpi. Zahid datang ke pejabat seperti biasa pada keesokan harinya, namun kurang senang dengan kehadiran Pak Malik, bapa Reza. Farish berjumpa dengan Mira untuk selesaikan masalah yang membelenggu mereka selama ini.
5226"Episod 52"4 Mei 2010

Hubungan cinta Farish dan Mira kembali pulih. Ibu bapa Mira gembira yang anak mereka telah banyak berubah. Farish kemudian memberikan sekuntum bunga mawar kepada Mira sebagai tanda persahabatan mereka. Razali terus menganggu Sherin, sekalipun Sherin tidak mahukannya lagi. Reza gembira kerana hubungan Farish dan Mira kembali baik dan tidak lagi bercakaran. Ibu bapa Mira bersyukur yang Mira telah terbuka hatinya untuk berkahwin. Apabila Sherin mengadu kepada suaminya yang dia diganggu oleh Razali, Reza hilang sabar dengan bekas teman lelaki isterinya. Reza kemudian meminta nombor telefon Razali kepada Sherin dan terus menghubunginya. Dia memberi amaran kepada Razali supaya berhenti menganggu Sherin.

Zahid tinggal di rumah Nurul, dalam keadaan tertekan. Nurul hairan dengan gelagat teman lelakinya. Sherin berasa risau setelah polis menghubungi rumahnya bertanyakan tentang abangnya. Zahid mengelak daripada berjumpa dengan pegawai polis berhubung dengan kes kehilangan Liza. Farish mahu Mira mengotakan janjinya untuk menjadi isteri solehah buatnya. Zahid bertemu dengan pemubunuh upahannya untuk mendapatkan kepastian tentang Liza. Datuk Hazim berasa serba tak kena tentang Zahid. Datin Faridah tidak suka suaminya menyanjung tinggi menantunya.

Zahid mahu dua lelaki tersebut merahsiakan kes Liza daripada pengetahuan umum, terutamanya polis. Reza datang menjenguk ibu bapanya dan makan malam bersama-sama. Zahid kemudian berjumpa dengan Nurul di sebuah restoran. Nurul kemudian bertanyakan kepada Zahid tentang Liza, namun Zahid menjelaskan kepada Nurul yang dia dan Liza tiada apa-apa hubungan lagi. Nurul kecewa Zahid mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil serius tentang soal kahwin.

2010[sunting | sunting sumber]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
TajukTarikh keluaran asal
531"Episod 53"6 Julai 2010

Farish dan Mira berasmara di taman pada waktu tengah malam, namun mereka dicekup oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mereka disyaki berkhalwat. Ibu bapa Mira terkejut mendengar berita penangkapan anaknya dengan Farish. Zahid dan Razali berkomplot untuk menghancurkan rumah tangga Sherin dan Reza. Zahid mahu Razali teruskan agendanya untuk memporak-perandakan mereka. Mira berasa malu dengan apa yang berlaku semalam. Datuk Hazim mewakilkan Reza untuk mengadakan mesyuarat kerana bapa mertuanya tidak dapat hadir kerana urusan lain. Zahid enggan menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh adik iparnya walaupun dipujuk oleh Zarul.

Biarpun masih malu dengan insiden ditangkap khalwat tempoh hari, Farish dan Mira masih tetap meluangkan masa bersama. Reza memujuk abang iparnya untuk menghadiri mesyuarat itu, namun Zahid tetap dengan pendiriannya. Zahid kemudian dipanggil oleh Inspektor Mohan untuk diambil keterangan berhubungan kes kehilangan bekas teman wanitanya, Liza. Farish dan Mira bersetuju untuk berkahwin secepat mungkin. Zahid menafikan yang dia terbabit dalam kes kehilangan dan pembunuhan Liza semasa disoal siasat oleh Inspektor Mohan. Reza terkejut kerana abang iparnya tidak membenarkan sesiapapun mempengerusikan mesyuarat tanpanya. Reza kemudian mengadu hal itu kepada bapa mertuanya. Reza bercakap dengan ibunya melalui telefon. Datuk Hazim membincangkan sesuatu dengan menantunya. Perbualan mereka didengari oleh Datin Faridah.
542"Episod 54"13 Julai 2010

Zahid dan Nurul berhibur di kelab malam. Nurul merayu kepada Zahid supaya tidak minum terlalu banyak arak kerana pada ketika itu, Zahid dalam keadaan mabuk. Datin Faridah masih bersikap emosional dan tidak suka suaminya terlalu melebihkan Reza daripada anak mereka sendiri. Sherin dan Reza menerima perkhabaran gembira apabila Mira dan Farish akan melangsungkan perkahwinan mereka dalam tempoh terdekat. Pada masa yang sama, mereka bergurau senda dan bermesra bersama. Mira berdebar-debar menantikan hari bahagianya bersama Farish. Dia kemudian menelefon dan bercakap dengan Farish sambil terkenangkan memori indah masing-masing.

Farish berjumpa dengan Reza dan meluahkan rasa terujanya kepadanya. Reza menasihati rakan karibnya supaya tidak mensia-siakan Mira. Iskandar berjumpa dengan Zahid dan memaksanya untuk mengaku, namun Zahid menafikan yang dia bertanggungjawab atas kehilangan Liza. Iskandar dapat merasakan bahawa Zahid terlibat dalam kes kehilangan adiknya. Datuk Hazim bimbang dengan perangai Zahid yang semakin menjadi-jadi dan risau jika anaknya terbabit dalam kes jenayah. Zahid pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan ini membuatkan Datuk Hazim dan Datin Faridah kecewa dengan sikap anak lelaki tunggal mereka.

Keesokan harinya, Zahid berjumpa dengan Reza semasa adik iparnya sedang makan di sebuah restoran. Zahid menuduh Reza dengan pelbagai tuduhan tidak berasas, akan tetapi, Reza tidak mahu abang iparnya memburukannya. Reza kemudian bertanya kepada Zahid tentang kehilangan teman wanitanya, Liza. Zahid menegaskan yang dia tiada kaitan dengan kehilangan Liza. Iskandar meneruskan pencarian adiknya, Liza. Semasa mahu mencari adiknya, Iskandar ternampak seorang wanita yang mirip adiknya, namun Iskandar tersilap orang dan meminta maaf kepada wanita itu.

Sherin dan Mira berjalan-jalan sambil bersembang tentang kehidupan masing-masing. Sherin kelihatan terkesima apabila suaminya mahu dia bertudung dan hanya berdiam sahaja. Malik kecewa dengan sikap Zahid yang berkasar dan biadap terhadapnya dan ditenangkan oleh Hairee. Zahid mengadu segala masalahnya kepada ibunya. Keesokan harinya, Malik berjumpa dengan anaknya di pejabat. Reza tidak mahu bapanya mengambil keputusan secara terburu-buru untuk berhenti kerja di Jaya Holdings. Zahid tertekan dengan situasi yang dihadapinya.
553"Episod 55"20 Julai 2010

Farish dan Mira keluar bersama dan bercakap tentang soal kahwin. Farish tidak suka Mira bercakap tentang Reza. Reza memikirkan banyak dugaan yang terpaksa dilaluinya. Reza, Farish dan Mira terkenangkan kenangan manis mereka semasa zaman kolej. Air mata Mira bergenang setiap kali dia teringatkan Reza. Berang kerana ditinggalkan oleh Sherin dahulu, Razali membalas dendam terhadap bekas teman wanitanya dengan menghantar kiriman SMS kepadanya dengan tujuan untuk memburukkan mereka suami isteri.

Reza naik angin dengan tindakan Razali yang menganggu isterinya dengan menghantar SMS. Keesokan harinya, Razali menerima SMS berupa amaran daripada Reza. Razali tidak gentar dengan amaran Reza. Walaupun dinasihati oleh Sherin supaya tidak melayan kerenah Razali, Reza tetap mahu mengambil tindakan keras terhadapnya bagi menjaga maruah isterinya. Reza kemudian menghubungi Razali dan memberi amaran kepadanya supaya berhenti menganggu Sherin. Reza bertindak menarik alas meja dan pecahkan cawan kerana bengang dengan sikap Razali. Zahid, Zarul dan Nurul selesai makan malam di restoran. Zahid kemudian meminta Zarul meninggalkannya bersama Nurul. Iskandar berjumpa dengan Zahid dan mendesaknya untuk bertanggungjawab atas kehilangan Liza. Malik terasa hati dengan sikap biadap Zahid. Nora menasihati suaminya untuk tidak pedulikan dengan sikap anak lelaki besan mereka. Zahid masih dihantui oleh mimpi ngerinya.

Keesokan harinya, Razali bertemu dengan Zahid di kafe. Reza ditimpa kecederaan semasa berjoging bersama Sherin pada pagi itu. Zahid mahu Razali selesaikan sendiri masalahnya dengan Reza, namun Razali mahu Zahid terbabit sama dalam agenda mereka. Farish bercakap dengan Mira melalui telefon dan bercakap panjang tentang hari pernikahan mereka yang akan tiba. Iskandar meneruskan pencarian adiknya, Liza. Zahid menafikan yang dia terlibat dalam kes kehilangan bekas teman wanitanya semasa bapanya menyoalnya. Iskandar kecewa polis tidak mengambil tindakan terhadap Zahid dan mendesak Inspektor Mohan menahannya. Razali tetap meneruskan agendanya untuk menghancurkan rumahtangga Sherin dan Reza. Reza terbaca SMS yang dikirim oleh Razali dalam telefon bimbit isterinya. Apabila Sherin bertanya kepada suaminya, Reza hanya berdiam dengan wajahnya bertukar kemerahan.
564"Episod 56"27 Julai 2010

Mira masih berdebar-debar menantikan hari bahagianya. Reza tetap berkeras mahu mengambil tindakan terhadap Razali dan tidak mahu isterinya diganggu oleh Razali. Zahid meminta pekerja-pekerjanya supaya melaporkan segala kepincangan yang berlaku di tapak projek kepadanya, bukannya kepada Reza. Tanpa disedari oleh Razali, Reza mengekorinya dari arah belakang. Sherin cuba menghubungi Reza, namun suaminya tiada di pejabat. Sherin percaya suaminya berjumpa dengan Razali. Reza terus menerpa Razali dan menumbuknya. Reza memberi amaran terakhir kepada Razali supaya berhenti menganggu isterinya. Bagaimanapun, Razali tidak gentar dengan amaran Reza. Dia kemudian mengadu kepada Zahid dan Datin Faridah.

Sherin kemudian datang ke pejabat suaminya. Reza meluahkan perasaan kecewanya kepada isterinya bahawa dia berasa menyesal kerana berkahwin dengan Sherin. Sherin menasihati suaminya supaya tidak menyesal dengan perkahwinan dan tidak cepat mengalah. Nasihat isterinya sedikit sebanyak menyedarkan Reza dan mereka bertekad untuk pertahankan rumah tangga mereka. Mereka berdua kemudian makan tengah hari bersama. Sherin memberi amaran kepada Razali supaya tidak lagi menganggunya. Datuk Hazim tidak mahu isterinya mencari kesalahan Reza. Farish menasihati Reza supaya tidak melayan kerenah bekas teman lelaki Sherin. Mira merenung gambar Reza yang disimpan dalam diari peribadinya sambil terkenangkan kenangan manisnya bersama Reza.

Keesokan harinya, Farish dan Mira berkahwin. Perkahwinan mereka dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat, termasuk Reza dan Sherin. Reza dan Sherin terus pulang ke rumah mereka selepas menghadiri majlis perkahwinan sahabat karib mereka. Esoknya, Hussein dan isterinya, Shima keluar menjalankan aktiviti harian mereka. Reza mahu Hairee memantau segala perkembangan di tapak projek. Razali tertekan setelah diberi amaran oleh Reza tempoh hari. Dia kemudian menelefon Zahid dan mahu berjumpa dengannya. Farish dan Mira kini hidup bahagia setelah mereka diijab kabulkan sebagai suami isteri. Sherin perhatikan ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya. Reza menjelaskan kepada isterinya bahawa ini berkaitan dengan soal kerja.
575"Episod 57"3 Ogos 2010

Zahid menyalahkan kontraktor atas kepincangan yang berlaku di tapak projek. Nora bertegur sapa dengan Datin Faridah, namun Datin Faridah enggan melayannya. Nurul terkejut apabila abang Liza, Iskandar mengekorinya. Iskandar kemudian bertanya kepada Nurul tentang masalah antara Zahid dan Liza, namun Nurul enggan masuk campur. Razali mengeluh kerana belum menemui petanda yang Reza dan Sherin akan berpisah, Zahid menasihati Razali supaya bersabar walaupun mengambil masa terlalu lama. Datuk Hazim mahu menantunya, Reza memantau setiap projek pembinaan yang sedang berjalan dan bertindak secepat mungkin.

Hairee kecewa Zahid menuduhnya kononnya dia menjadi 'hantu' kepada Reza. Hairee menjelaskan yang dia hanya menjalankan tugasnya dengan membantu Reza. Reza dan Sherin bermandi-manda kolam renang bersama-sama. Nurul berjumpa dengan Zahid dan menecritakan kepadanya yang dia diganggu oleh Iskandar. Hairee menasihati Reza supaya bersabar dalam berhadapan dengan kerenah abang iparnya. Datuk Hazim meminta Reza supaya meneruskan mesyuarat tanpa kehadiran Zahid. Mira menerima kejutan daripada suaminya, Farish yang datang ke pejabatnya. Zahid kecewa bapanya membenarkan Reza mempengerusikan mesyuarat. Datin Faridah kecewa suaminya melebihkan Reza berbanding Zahid.

Razali tertekan setelah Reza menyerangnya tempoh hari. Zahid bertengkar dengan Reza di pejabat. Reza berterus-terang kepada abang iparnya yang dia tidak pernah berfikiran negatif terhadap abang iparnya. Datuk Hazim mahu berbincang secara hati ke hati dengan anaknya, namun Zahid tidak mahu. Reza berasa serba salah. Reza bengang apabila bapanya dihalau keluar dari pejabat oleh abang iparnya. Malik menjelaskan perkara sebenar kepada anaknya kerana tidak mahu Reza salah faham. Reza menepis Sherin semasa isterinya mahu mengajaknya makan malam bersama di rumah. Malik berasa sedih dan terhina dengan sikap anak sulung besannya. Zahid dan Nurul bermain snuker dan Iskandar memerhatikan mereka dari jauh. Datuk Hazim kecewa anaknya bersikap kurang ajar terhadap bapa Reza. Keesokan harinya, Reza berjumpa dengan abang iparnya.
586"Episod 58"10 Ogos 2010

Reza memberi amaran kepada abang iparnya supaya tidak bersikap biadap terhadap bapanya. Bengang kerana Zahid menghina keadaan fizikalnya, Reza bertindak mencurahkan air minumannya ke muka abang iparnya. Malik mendengar perbualan Zarul dan Hairee tentang keburukan Zahid. Datin Faridah tersenyum melihat hubungan dingin Sherin dan Reza. Mereka berdua masih tidak bertegur sapa. Tanpa disedari oleh Zahid dan Nurul, Liza telah muncul kembali dan masih hidup. Liza memerhatikan mereka berdua. Mira dan Farish berkunjung ke taman di mana mereka sering keluar melepak bersama. Farish mula mengesyaki sesuatu yang kena pada isterinya, apatah lagi yang isterinya masih tidak dapat melupakan Reza.

Sherin telah hilang selera makan setelah ternampak suaminya duduk bersamanya. Reza cuba memujuk isterinya, namun Sherin masih merajuk. Kemudian, Sherin menerima nasihat dan teguran daripada bapanya. Datin Faridah dan Zahid bercakap buruk tentang Reza. Perbualan mereka didengari oleh Sherin. Razali gembira menerima perkahabaran daripada Zahid bahawa terdapat petanda yang Reza dan Sherin akan berpisah. Reza dan Sherin berdamai dan hubungan mereka suami isteri kembali pulih. Nurul ternampak Liza semasa dia berada di kedai kasut. Mira menulis segala yang terbuku di hatinya di dalam diarinya. Zahid bingung setelah menyedari Liza masih hidup.

Mira tidak mahu suaminya ungkit kisah-kisah lamanya. Liza berasa tertekan dengan apa yang pernah dialaminya dahulu dan teringat pada hari dia diculik oleh dua lelaki yang diupah oleh Zahid. Zahid masih dihantui oleh mimpi buruknya. Keesokan harinya, Datuk Hazim terkejut yang Zahid menerima komisen 20% peratus daripada subkontraktor yang dilantik, mengakibatkan semua projek pembinaan di bawah seliaan Zahid tergendala. Pada masa yang sama, Inspektor Mohan bertemu dengan Zahid untuk mengambil keterangan daripadanya tentang kehilangan Liza.
597"Episod 59"17 Ogos 2010

Zahid tidak mahu Inspektor Mohan terus mengaitkannya dengan kehilangan bekas teman wanitanya, Liza. Hussein dan isterinya, Shima membuat persiapan untuk ke Kuala Lumpur. Selepas disoal siasat oleh Inspektor Mohan, Zahid berjumpa dengan bapanya. Datuk Hazim berasa malu dan kecewa dengan sikap Zahid yang mengambil dan meneima rasuah dalam Jaya Holdings. Zahid mengakui kesilapannya. Datuk Hazim bertindak menampar anaknya kerana marah dengan tindakan Zahid mengambil komisen daripada subkontraktor yang dilantik. Reza terpegun dengan penampilan muslimah Sherin.

Zahid keluar bersama Nurul ke kelab malam. Nurul berterus terang kepada Zahid yang dia berjumpa dengan Liza, namun Zahid tidak percaya. Reza dan isterinya, Sherin bersarapan bersama bapa mertuanya. Datuk Hazim gembira dengan penampilan terbaharu Sherin. Datin Faridah kurang senang dengan penampilan terbaharu anaknya. Farish menyalahkan Mira kerana kelewatan mereka datang kerja. Fikiran Zahid bercelaru memikirkan masalahnya di tempat kerja dan masalahnya dengan teman wanitanya sehingga sanggup tidak datang ke pejabat. Zahid memberitahu Zarul yang dia tidak dapat datang ke pejabat kerana urusan lain.

Datuk Hazim berasa kesal dengan sikap anaknya yang melakukan penyelewengan dalam Jaya Holdings. Reza berasa pelik dengan situasi syarikat. Datuk Hazim mahu Reza bertanggungjawab terhadap semua projek pembinaan yang sedang berjalan. Hussein dan Shima selamat sampai ke rumah anak dan menantu mereka, kemudian Hussein menghubungi cucunya untuk bertanya khabar. Farish dan Mira makan tengahari bersama. Reza dan Sherin keluar berjalan-jalan, namun Reza terasa sensitif dengan sesetengah orang yang memandang rendah dengan penampilan fizikalnya, Sherin cuba menenangkan suaminya.

Tanpa pengetahuan Datuk Hazim, isterinya Datin Faridah berjumpa dengan bomoh untuk menghancurkan rumah tangga Sherin dan Reza kerana terlalu bencikan menantunya. Sherin amat menghargai ketabahan suaminya yang tidak pernah menyimpan perasaan dendam. Datin Faridah berharap semuanya berhasil dengan bantuan bomoh. Reza teringat kata-kata isterinya. Sewaktu ketiadaan Sherin dan Reza, Datin Faridah menyelinap masuk ke dalam bilik mereka dan melakukan agenda jahatnya untuk memisahkan mereka. Reza dan isterinya datang ke rumah keluarganya untuk makan malam bersama mereka. Inspektor Mohan mahu Iskandar terus bersabar kerana polis masih menyiasat kehilangan adiknya, Liza. Iskandar terus mendesak polis supaya mengambil tindakan ke atas Zahid dan yakin bahawa dia yang terlibat. Liza semakin runsing memikirkan yang keluarganya sedang mencarinya.
608"Episod 60"24 Ogos 2010

Iskandar mahu Zahid berterus-terang dan tidak sembunyikan apa-apa tentang kehilangan Liza, namun Zahid enggan melayan. Iskandar mengugut untuk menghebahkan berita kehilangan adiknya kepada media jika Liza masih belum dapat dijumpai. Selepas singgah ke rumah keluarganya untuk makan malam bersama, Reza dan isterinya, Sherin terpaksa pulang lebih awal ke banglo keluarga isterinya. Sherin berkecil hati dengan sikap ibunya yang memperlekehkan keluarga Reza. Datin Faridah tidak suka Sherin rapat dengan keluarga Reza, terutama datuk dan nenek Reza kerana mahu menjaga status dan kedudukan keluarganya sebagai orang berada. Datuk Hazim bingung dengan isterinya yang memaksa Sherin dan Reza balik awal. Sherin merancang untuk membawa suaminya dan keluarganya bercuti ke Putrajaya.

Zahid menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Liza. Zahid panik setelah Liza menghubunginya. Liza ternampak abangnya, Iskandar yang sedang mencarinya. Sherin terhidu bau yang kurang menyenangkan dalam biliknya dan menjumpai 'barang' di bawah katilnya. Datin Faridah mahu pastikan rancangannya untuk memisahkan Sherin dan Reza berjaya. Zahid bertambah runsing setelah Liza menghubunginya beberapa hari yang lalu. Sherin cuti kerja selama sehari. Pada masa yang sama, dia bersemuka dengan ibunya dan mahukan penjelasan. Zarul dan Ida merasa sesuatu yang aneh pada Zahid. Sherin kecewa dengan tindakan ibunya berjumpa dengan bomoh untuk menghancurkan rumahtangganya bersama Reza dan membuat tuduhan melulu kononnya suaminya dan keluarganya merancang untuk merampas harta bapanya.

Zahid terus berada dalam kekalutan selepas dihubungi lagi oleh Liza. Sherin merasakan hati dan perasaannya semakin tawar pada ibunya dan kesal dengan tindakan ibunya meminta bantuan bomoh. Sherin merenung gambar perkahwinannya sambil terkenangkan memorinya bersama suaminya. Zarul berasa pelik dengan perangai Zahid yang kelihatan gelisah. Datuk Hazim mahu Reza teruskan kerjanya kerana tidak mahu terlalu berharap kepada Zahid. Datuk Hazim tidak melihat yang anak sulungnya akan menerajui Jaya Holdings dan mahu menantunya melakukan persediaan dari sekarang. Zahid mendengar perbualan bapanya dan adik iparnya.
619"Episod 61"31 Ogos 2010

Hairee berasa senang hati kerana banyak projek pembinaan berjalan tanpa sebarang masalah sejak Pak Malik bekerja sebagai penyelia tapak projek di Jaya Holdings. Reza teringat kata-kata bapa mertuanya. Mira menghubungi Sherin untuk bertanya khabar. Sewaktu membeli-belah, Nurul terserempak dengan Liza. Zahid bingung sejenak setelah mengetahui Liza masih hidup. Datuk Hazim menasihati isterinya supaya tidak terlalu memanjakan Zahid. Zahid berjumpa dengan Nurul dan menceritakan hal sebenar kepadanya. Iskandar berjaya menemui adiknya, Liza di restoran Boston.

Zahid terkejut apabila Nurul memberitahunya yang Liza telah melahirkan anaknya. Iskandar mahu Liza ikut bersamanya pulang ke kampung, tetapi Liza mahu selesaikan masalahnya di KL. Reza mahu Hairee memantau segala perkembangan di tapak projek. Zahid bertengkar dengan bapanya. Reza bercadang untuk membawa keluarganya bercuti ke Putrajaya. Sherin menyokong keputusan suaminya. Zahid mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Jaya Holdings, namun Datin Faridah tidak mahu anak sulungnya membuat keputusan terburu-buru. Keesokan harinya, Reza bersama isterinya, Sherin dan keluarganya bersantai di Putrajaya.

Zahid berasa gelisah memikirkan masalah di tempat kerja mahupun masalahnya dengan Liza. Datin Faridah menyalahkan suaminya kerana membelakangkan Zahid. Reza, isterinya dan keluarganya menjamu selera di restoran Putrajaya Seafood. Nurul tersempak dengan Liza di hadapan Maybank. Nurul yakin Liza mempunyai agenda jahatnya untuk memerangkap Zahid. Selepas sehari suntuk bercuti di Putrajaya, Reza dan Sherin mengambil keputusan untuk pulang ke banglo keluarga mertuanya. Zahid tidak betegur sapa dengan bapanya.
6210"Episod 62"7 September 2010

Zahid menerima panggilan tidak berjawab. Nurul percaya panggilan telefon itu datang daripada Liza. Zahid kecewa bapanya tidak mahu menjawab panggilannya. Tidak lama selepas menerima panggilan telefon daripada Liza, Zahid terkejut yang Liza telah muncul di depan matanya selepas 3 bulan. Liza menceritakan perkara sebenar dan dia tidak mahu Zahid lepas tangan. Datin Faridah menyalahkan suaminya kerana keenggananya menjawab panggilan Zahid. Liza mengugut untuk membongkar pengkhianatan Zahid kepada polis, namun Zahid merayu kepada Liza supaya tidak memanjangkan hal mereka kepada polis. Liza kemudian mengenakan syarat kepada Zahid.

Keesokan harinya, Reza bertemu dengan beberapa buruh binaan, dengan dibantu oleh bapanya dan Hairee. Zahid bengang apabila Reza tidak menghormati kedudukannya dalam Jaya Holdings dengan membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Zarul cuba menasihatinya, namun Zahid tetap mahu mengajar Reza. Reza kemudian menghubungi bapa mertuanya untuk dapatkan kepastian tentang ketidakpuasan hati abang iparnya tentang keputusan yang dibuatnya. Datuk Hazim menasihati Zahid supaya menjaga tata tertib di tapak projek. Zahid kemudian bertindak kasar terhadap Reza yang cuba mahu meminta maaf daripadanya, kemudian terus meninggalkan tapak projek dalam keadaan marah. Datuk Hazim kecewa dengan sikap Zahid yang bersikap kasar terhadap Reza selepas dimaklumkan oleh Hairee.

Reza dan Hairee terus pulang ke pejabat. Reza dinasihati oleh bapanya supaya tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Zahid dan Zarul kemudian ke restoran untuk makan tengahari. Kemudian, Sherin datang ke pejabat suaminya untuk bertanya khabar. Sherin bersimpati dengan nasib yang menimpa suaminya dan kecewa dengan abangnya yang bertindak di luar kawalan terhadap suaminya. Sherin mengajak suaminya untuk tinggal berasingan, namun Reza tidak bersetuju dengan keputusan isterinya dan akan terus tinggal di banglo keluarga mertuanya. Datin Faridah kecewa suaminya terlalu menekankan Zahid dan menyerahkan kuasa kepada Reza secara bulat-bulat. Datin Faridah kemudian menyalahkan suaminya dan Sherin kerana sering menangkan Reza. Datuk Hazim kecewa dengan sikap isterinya yang suka memanjakan Zahid setiap kali Zahid melakukan kesalahan.

Nora kecewa dengan tindakan Zahid memukul Reza dan mahu berjumpa dengan Zahid. Malik menasihati isterinya untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Zahid tertekan dengan masalah yang dihadapinya. Datin Faridah terjatuh dari tangga. Sherin terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya, lalu membantu ibunya, seterusnya menghubungi suaminya yang ketika itu sedang makan di restoran. Datuk Hazim terkejut dengan insiden yang menimpa isterinya dan terus pulang ke rumahnya. Nora dan Malik juga terkejut dengan kejadian berlaku kepada besan mereka. Datin Faridah, ditemani oleh suami, anak-anak dan menantunya, pulang ke rumah selepas menerima rawatan di hospital. Datuk Hazim menasihati isterinya supaya banyakkan berehat. Zahid mematikan telefonnya sewaktu Liza menghubunginya. Malik dan Nora lega kerana besan mereka dalam keadaan sihat. Datuk Hazim mahu Reza dan Zahid menamatkan persengketaan mereka. Reza merayu kepada abang iparnya supaya mereka ipar duai berdamai, namun Zahid enggan berbaik dengannya.
6311"Episod 63"14 September 2010

Liza mengugut Nurul yang Zahid akan menjadi miliknya selepas berkahwin dengannya. Nurul bertambah tertekan sejak itu. Mira meluangkan masanya beriadah bersama ibu dan bapanya. Farish berjumpa dengan Reza. Reza cuba mahu membantu ibu mertuanya yang terjatuh semasa mahu masuk ke dalam lif rumah, namun Datin Faridah enggan melayannya. Nurul memberitahu Zahid yang dia tidak mahu terperangkap dalam masalahnya dengan Liza, namun Nurul mahu Zahid tunaikan segala janjinya kepadanya dahulu. Datin Faridah mahu buat keputusan samada lebih sayangkan anak atau menantu. Mira terjumpa diari lamanya dan terkenangkan memori lamanya bersama Reza.

Sherin gembira yang ibunya semakin pulih daripada kecederaan di kaki akibat terjatuh dari tangga tempoh hari. Hairee bercadang untuk mengajak semua kakitangan Jaya Holdings supaya memboikot Zahid, namun Reza tidak bersetuju kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Liza menghubungi Zahid dan mahu menyelesaikan masalahnya dengannya bersama-sama. Zahid berjumpa dengan Liza di Station 1 Cafe dan mereka mula berbincang tentang masalah mereka. Liza kemudian mengugut untuk membongkar tentang rahsia mereka kepada ibu bapa Zahid, jika Zahid enggan menuruti kehendaknya. Datin Faridah mahu Sherin membuka balutan di kakinya yang cedera, tetapi tidak mahu Reza membantunya.

Nurul terus mendesak Zahid supaya tunaikan janjinya untuk berkahwin dengannya. Farish dan Mira menikmati hari-hari bahagia mereka sebagai suami isteri sejak berkahwin. Mira merancang untuk mengajak Sherin bersama suami mereka masing-masing untuk bersantai pada hujung minggu. Zahid mengamuk setelah terbaca surat yang dikirim oleh bapanya. Surat itu antara lain menyebut tentang keputusan penting yang melibatkan syarikat hanya diputuskan oleh bapanya dan Reza. Zahid bertindak menyalahkan Reza kerana bapanya menyerahkan semua kuasa kepadanya. Reza tidak tahu menahu tentang surat tersebut.
6412"Episod 64"21 September 2010

Datin Faridah terus memulaukan Reza selagi dia menjadi suami kepada Sherin. Zahid geram apabila bapanya menyerahkan kuasa syarikat kepada Reza secara bulat-bulat. Datuk Hazim mencadangkan kepada Sherin supaya tinggal berasingan bersama Reza. Sherin berasa sedih kerana ibu dan abangnya memulaukan suaminya, namun ditenangkan oleh bapanya. Datin Faridah terus mendapatkan khidmat bomoh untuk menghancurkan rumah tangga Sherin dan Reza tanpa pengetahuan suaminya. Reza mengeluh kerana ibu mertua dan abang iparnya masih bencikannya dan berdoa supaya mereka akan menerimanya satu hari nanti.

Datuk Hazim naik angin apabila Zahid mengambil cuti kerja selama seminggu tanpa memberitahunya terlebih dahulu selepas Zarul memaklumkan kepadanya. Zahid dan Liza menuju ke Kuantan, Pahang untuk menjenguk anak mereka, Syamil di kampung. Nurul bengang apabila Zahid tidak menjawab panggilannya. Datuk Hazim dipersalahkan oleh isterinya kerana tidak berlaku adil kepada Zahid sehinggakan anak lelaki mereka mengambil cuti panjang. Datin Faridah percaya Zahid merajuk. Zahid dan Liza sampai ke kampung pada malam, dan terus menjenguk Syamil yang dijaga oleh ibu saudara Liza, Mak Limah. Liza mendakap Syamil sambil diperhatikan oleh Zahid. Reza merungut kepada Sherin apabila ibu mertuanya menyalahkannya kerana menjadi punca Zahid merajuk, lalu terus meninggalkan rumah untuk melepaskan stres. Sherin merayu kepada ibunya supaya tidak menyakitkan hati Reza lagi. Selepas dipujuk oleh isterinya, Reza terus balik ke rumah selepas puas melepaskan stres.

Selepas menjenguk Syamil di kampung, Zahid dan Liza terus menuju ke sempadan untuk menguruskan pernikahan mereka. Nurul masih gagal menghubungi Zahid. Reza tetap dengan pendirian untuk tidak berpindah walaupun dipujuk oleh Sherin. Zarul masih gagal menghubungi Zahid, dan dia terserempak dengan Nurul yang terus-menerus bertanyakan tentang keberadaan Zahid. Mira menghubungi Sherin untuk bertanya khabar dan mempelawanya untuk berkelah bersama-sama dengan Farish dan Reza pada hujung minggu ini. Farish bersetuju dengan keputusan isterinya untuk mengajak Reza dan Sherin untuk berkelah bersama. Datin Faridah masih gagal menghubungi Zahid dan merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Zahid daripadanya.
6513"Episod 65"28 September 2010

Reza, Sherin, Farish dan Mira meluangkan masa mereka dengan berkelah dan memancing bagi mengisi waktu lapang mereka di hujung minggu. Datuk Hazim menegur isterinya kerana bersenam tidak kena pada masanya. Zarul masih gagal menghubungi Zahid selepas beberapa kali cuba menghubunginya. Nurul bimbang dengan ketiadaan Zahidn sejak beberapa hari lalu. Liza menghubungi Mak Limah untuk bertanyakan tentang keadaan Syamil. Farish berasa curiga setelah melihat isterinya rapat dengan Reza semasa mereka berkelah. Sherin turut memerhatikan gelagat mereka.

Esoknya, Zahid dan Liza yang telah bernikah secara rahsia di sempadan, pergi ke rumah Mak Limah untuk bertemu dengan Syamil. Zahid tidak bersetuju dengan keputusan Liza untuk membawa Syamil tinggal bersama mereka di KL. Farish masih gagal menghubungi Mira. Mira berterus-terang kepada Sherin yang lelaki yang Farish syak ada hubungan dengannya ialah Reza. Sherin kemudian memberitahu kepada Mira yang Reza telah menjadi miliknya. Zahid dan Liza pulang ke KL selepas seminggu bercuti. Nurul masih gagal menghubungi Zahid setelah Zahid menghidupkan semula telefon bimbitnya. Zahid meminta isterinya supaya tidak membuka mulut tentang pernikahan rahsia mereka.

Zahid terus pulang ke rumahnya. Datin Faridah mahu bertanyakan sesuatu kepada Zahid, namun ditengking oleh Zahid. Ini menyebabkan Zahid hilang selera makan dan terus masuk ke biliknya. Datuk Hazim kesal dengan tindakan anak sulungnya itu. Datin Faridah menitiskan air matanya dan bersedih kerana Zahid yang selama ini manja dengannya, menengkingnya, namun ditenangkan oleh suaminya. Datin Faridah dapat merasakan yang Zahid ada masalah. Razali menghubungi Zahid untuk bertemu dengannya keesokan harinya.
6614"Episod 66"5 Oktober 2010

Mira dan Farish masih tidak bertegur sapa, sehinggakan Farish tidak mahu tidur bersamanya. Keesokan harinya, Zahid bertemu dengan Razali. Zahid dan Razali mengambil keputusan untuk tidak mahu teruskan agenda jahat mereka untuk pisahkan Sherin dan Reza kerana Zahid berpendapat hubungan adiknya dengan Reza semakin kuat dan tidak akan berpisah walau apapun yang berlaku. Zahid menasihati Razali supaya melupakan Sherin dan mencari wanita lain. Mira memberitahu kepada Reza yang dia telah membuat satu kesilapan besar semasa mereka berkelah tempoh hari, namun Reza menasihati Mira supaya beralah dan mengawal emosinya.

Zahid datang ke rumah Nurul, namun Nurul kecewa Zahid membuatnya seperti pelacur dalam apartmennya dan terus bertanya kepada Zahid tentang ketiadaannya di KL selama seminggu. Zahid kemudian menceritakan situasi sebenarnya kepada Nurul. Dengan surat nikah di tangannya, Liza bertekad untuk memerangkap Zahid jika keadaan memaksa. Nurul terus mendesak Zahid supaya menunaikan segala janji-janjinya dahulu. Farish berjumpa dengan Reza dan meluahkan perasaan kecewanya apabila Mira tidak mencintainya sepenuh hatinya. Reza menasihati Farish supaya yakin kepada isterinya dan fokus kepada rumah tangganya.

Reza dan Sherin bergurau senda. Farish pulang ke rumah, namun tidak bertegur sapa dengan Mira. Farish mengakui akan kesilapannya, begitu juga dengan Mira. Esoknya, Zahid kembali ke pejabat selepas cuti panjang selama seminggu. Zarul terkilan kerana Zahid tidak menghubunginya sepanjang tempoh itu. Dalam keadaan dilema, Reza terpaksa menyiapkan kerja yang ditinggalkan oleh abang iparnya. Hussein dan Shima hairan kerana semak-samun mula memenuhi kebun pisang mereka walaupun mereka telah membersihkan kebun mereka. Reza terus pulang ke pejabat selepas memantau perkembangan di tapak projek. Sherin bersyukur kerana krisis rumahtangga Mira dengan suaminya selesai. Datin Faridah mengekuh Zahid tidak mahu bercakap dengannya sejak pulang dari bercuti. Liza memujuk Zahid supaya Syamil tinggal bersama mereka, namun Zahid tidak setuju. Reza dan Sherin meniti hari-hari bahagia dan bercerita tentang kehidupan mereka selepas melayari bahtera rumah tangga.
6715"Episod 67"12 Oktober 2010

Farish dan Mira meniti hari-hari bahagia mereka sebagai suami isteri. Datin Faridah menyangka anaknya, Zahid masih tidur di rumah, rupanya dia tidak pulang ke rumah sejak semalam selepas dimaklumkan oleh orang gajinya. Zahid menerima panggilan telefon dari Nurul, namun dia tidak menjawab panggilannya. Liza mahu Zahid melupakan Nurul buat selamanya. Nurul bengang apabila Zahid enggan menjawan panggilan telefonnya. Keesokan harinya, Zahid pulang ke rumah, kemudian menerima panggilan telefon daripada Zarul. Zarul merayu kepada Zahid supaya tidak mengabaikan kerjanya di pejabat kerana dia berasa serba salah. dan malu kepada Reza yang mempengerusikan mesyuarat agung Jaya Holdings.

Nurul hairan dengan gelagat Zahid yang seolah-olah mahu mengelak dari berjumpa dengannya sejak akhir-akhir ini. Datin Faridah berasa hairan dengan perangai anak lelaki tunggalnya. Di pejabat, Zahid naik angin apabila semua dokumen pentingnya diambil oleh Ida untuk diserahkan kepada Reza. Zarul menyalahkan Zahid kerana mengabaikan kerjanya. Nurul datang berjumpa dengan Zahid di pejabatnya selepas gagal menghubunginya. Datuk Hazim menenangkan isterinya supaya tidak tertekan memikirkan masalah anak-anak. Nurul mendesak Zahid supaya tunaikan segala janji-janjinya. Menyedari dan menyesali dengan kesilapan lalunya, Datin Faridah bertaubat dan menebus dosanya terhadap menantu dan besannya.

Reza pada mulanya bimbang jika ibu mertuanya masih bencikannya, namun keadaan berubah apabila Datin Faridah bertanya khabar kepadanya. Ini membuatkan Reza terharu dengan ibu mertuanya yang telah banyak berubah dan telahpun menerimanya dengan tangan terbuka. Sejak itu, hubungan Datin Faridah dengan menantunya semakin baik. Datin Faridah mengajak Zahid untuk makan malam bersama, namun Zahid menolak. Datuk Hazim sekeluarga terpaksa makan malam bersama tanpa Zahid. Datuk Hazim tidak sempat untuk berbincang secara hati ke hati bersama Zahid. Zahid hairan dengan ibunya yang mula berbaik dengan Reza. Reza terharu kerana ibu mertuanya yang membencinya selama ini, telahpun menerimanya seadanya. Sherin gembira apabila ibunya telah berbaik dengan Reza.

Sewaktu mahu mencari sesuatu di dalam almari, Farish menjumpai diari peribadi Mira dan dia terbaca luahan perasaan isterinya terhadap Reza. Air muka Farish berubah selepas membaca luahan isterinya dalam diari itu. Dalam keadaan marah, Farish menuduh Mira kerana berlaku curang terhadapnya. Mira menasihati suaminya supaya tidak membuat tuduhan melulu. Mira kemudian menjelaskan kepada Farish yang dia tiada apa-apa hubungan perasaan dengan Reza, namun Farish tidak mempercayainya. Kecewa dengan sikap isterinya, Farish bertindak meninggalkan rumah dan melepaskan stresnya. Mira kemudian ditenangkan oleh ibu bapanya. Farish kemudian menuding jari kepada Reza.
6816"Episod 68"19 Oktober 2010

Zahid memberitahu kepada isterinya, Liza yang dia tidak dapat datang berjumpa dengannya kerana ada urusan. Tanpa pengetahuan Liza, suaminya keluar bersama Nurul. Mira kelihatan sugul selepas suaminya, Farish menuduhnya curang setelah suaminya terbaca diari rahsianya. Datuk Hazim gembira kerana isterinya, Datin Faridah telah berbaik dengan Reza sekaligus senyum di hadapan Reza dan Sherin. Datin Faridah menasihati suaminya supaya membuat sesuatu untuk menyedarkan Zahid. Reza bersyukur kerana ibu mertuanya telahpun menerima seadanya, namun akui abang iparnya, Zahid masih sukar menerimanya, malah terus membencinya.

Peristiwa pada tempoh hari itu banyak memberi kesedaran kepada Datin Faridah dan amat menyesali dengan kesilapan lalunya. Pada masa yang sama, hubungan Zahid dan Nurul kembali pulih dan tidak lagi berselisih faham. Tanpa pengetahuan Zahid, Liza balik ke kampung untuk berjumpa dengan Mak Limah untuk bertanyakan tentang keadaan Syamil. Farish tertekan dengan perbuatan isterinya. Mira masih sedih dengan apa yang berlaku kepadanya. Sherin cuba menghubungi Mira, tetapi gagal. Mira kemudian berjumpa dengan Reza dan meluahkan perasaan kecewanya. Reza menasihati Mira supaya menghormati Farish sebagai suaminya. Reza dan Sherin hairan kenapa Mira berkonfrontasi dengan Farish. Mira dinasihati oleh ibunya supaya cari jalan penyelesaian untuk mendamaikan rumah tangganya dengan Farish. Farish masih bermasam muka dengan isterinya sebaik sahaja pulang dari bekerja.

Esoknya, Hussein dan isterinya, Shima membersihkan semak-samun di kebun pisang mereka, kemudian mereka makan bersama-sama selepas selesai kerja. Reza bertambah runsing memikirkan rumah tangga Farish dan Mira. Reza kemudian menghubungi datuk dan neneknya untuk bertanya khabar. Apabila sampai ke apartmen isterinya, Zahid mendapati Liza tiada di rumah selepas puas menelefonnya. Zahid kemudian terbaca sekeping nota yang ditinggalkan oleh Liza. Zahid naik angin apabila isterinya menuju ke isterinya tanpa kebenarannya. Sambil mendakap anaknya, Syamil, Liza mengajak Mak Limah tinggal bersamanya di KL, namun Mak Limah berasa gusar kerana tidak sanggup berpisah dengan Syamil.

Mira mahu suaminya berbincang secara hati ke hati dan menyelesaikan krisis rumah tangga mereka, namun Farish merasakan hati dan perasaannya semakin tawar kepada isterinya kerana Mira masih menaruh hati dan perasaan kepada Reza. Farish bertekad untuk berjumpa dengan Reza selepas dicabar oleh isterinya. Datuk Hazim terharu kerana isterinya banyak berubah dan amat menyesali dengan kesilapan lalunya. Liza dan Mak Limah membawa Syamil menuju ke KL keesokan harinya. Zarul menghubungi Reza dan berasa serba salah kerana Zahid telah mengabaikan kerjanya yang tertunggak di pejabat. Zarul percaya yang rakannya tinggal di apartmen Nurul. Zahid terus ke pejabat selepas tidur di apartmen Nurul. Datuk Hazim kecewa anaknya mengabaikan kerja di pejabat.
6917"Episod 69"26 Oktober 2010

Datin Faridah kini bertudung, seiring dengan perubahannya dari seorang yang bersikap ego menjadi seorang yang baik dan memohon doa supaya Allah membukakan pintu hatinya. Reza gembira dengan penampilan terbaharu ibu mertuanya. Keesokan harinya, Liza, Syamil dan Mak Limah selamat sampai ke KL. Malik dan Nora gembira apabila besan mereka, Datin Faridah telah berubah menjadi baik dan tidak lagi memusuhi mereka sekeluarga terutamanya Reza. Zahid terkejut dengan perubahan mendadak ibunya. Mira memberi amaran kepada suaminya supaya tidak mengungkit lagi tentang hubungannya dengan Reza. Mira terkenangkan memorinya bersama Reza dan Farish.

Zahid kecewa apabila isterinya, Liza membawa Syamil dan Mak Limah tinggal bersama mereka tanpa pengetahuannya. Zahid kemudian menatap wajah anaknya, Syamil. Keesokan harinya, Mira berjumpa dengan Reza dan meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya kepada Reza. Reza kemudian menasihati Mira supaya terus menguatkan semangat. Sherin kemudian berjumpa dengan Mira di pejabat suaminya. Mereka bertiga kemudian makan bersama di restoran, namun Mira hilang selera makan kerana terlalu memikirkan krisis rumah tangganya. Farish masih tertekan dengan sikap isterinya. Mira dapat merasakan yang tiada jalan penyelesaian untuk masalah rumah tangganya dan merasakan dirinya tidak dihargai. Sherin menasihati Mira supaya bersabar dalam menghadapi krisis rumah tangganya.

Datin Faridah menjemput besannya, Nora dan Malik makan tengahari bersama mereka sekeluarga pada Ahad ini. Nora terharu dengan pelawaan Datin Faridah. Datuk Hazim gembira dengan isterinya yang menjemput besan mereka bertandang ke banglo mereka dan merasakan masanya sudah sampai untuk merapatkan jurang yang terpisah. Reza terharu apabila keluarganya dan keluarganya bersatu. Zahid bengang apabila ibunya yang selama ini mengutuk Reza, kini berbaik dengannya. Selepas bertengkar dengan ibunya kerana ibunya berbaik dengan Reza, Zahid bertindak meninggalkan rumahnya dan berjumpa dengan Nurul di apartmennya. Nurul menasihati Zahid supaya tidak memusuhi ibunya hanya kerana ibunya telah berbaik dengan Reza. Keesokan harinya, Farish bertemu dengan Reza di kafe. Farish amat kesal dengan Reza dan menuduhnya yang kononnya dia menjalin hubungan dengan Mira.
7018"Episod 70"2 November 2010

Reza kecewa dengan Farish yang menuduhnya menjalin hubungan dengan Mira. Reza bertindak meninggalkan kafe tanpa sempat menghabiskan minumannya selepas berselisih faham dengan Farish dan pulang dalam keadaan basah kuyup. Reza tertekan setelah berselisih faham dengan Farish. Mira mendesak Farish supaya menceraikannya kerana tidak tahan dengan kerenahnya yang kuat cemburu, namun Farish tidak mahu. Reza menerima kiriman SMS daripada Mira yang dia mahu berjumpa dengannya, tetapi Reza menolak kerana tidak mahu Farish berfikiran negatif terhadapnya.

Reza terkejut apabila abang iparnya menyelinap masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Zahid menuduh adik iparnya yang kononnya dia mempengaruhi ibunya, namun Reza menafikannya. Datuk Hazim mahu meluangkan masanya bersama keluarganya dan mengambil cuti kerja. Datuk Hazim dan Datin Faridah bingung dengan sikap Zahid yang terus memusuhi Reza. Zahid memberi amaran kepada Reza supaya tidak menyatukan keluarga masing-masing. Sherin menasihati suaminya supaya tidak berkecil hati dengan sikap abangnya. Kemudian, Reza berjumpa dengan Farish dan mahu berbincang dari hati ke hati dengannya, tetapi Farish menolak.

Zahid memberitahu isterinya melalui telefon yang dia tidak dapat meluangkan masanya bersamanya dan Syamil kerana ada urusan lain. Zahid kemudian berjumpa dengan Nurul di apartmennya. Datuk Hazim dan Datin Faridah perasan yang Zahid jarang tidur di rumah sejak kebelakagan ini dan merasakan Zahid seolah-olah mempunyai rumah sendiri. Sherin mahu bertanyakan sesuatu kepada suaminya tentang krisis rumah tangga Farish dan Mira, namun Reza hanya berdiam dan tidak banyak bercakap. Mira cuba menghubungi Reza, namun gagal. Zahid datang ke rumah isterinya, Liza, namun Liza kecewa kerana suaminya tidak menunaikan tanggungjawab. Reza menasihati Mira supaya membuang segala memorinya bersamanya dan tidak berjumpa dengannya sampai bila-bila.
7119"Episod 71"9 November 2010

Mira masih runsing memikirkan masalah rumah tangganya. Reza terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Farish terhadapnya. Keesokannya, Malik dan Nora bertandang ke banglo besan mereka untuk makan tengahari bersama. Kehadiran mereka disambut baik oleh Reza dan Sherin. Zahid bengang apabila Reza membawa keluarganya datang ke rumahnya. Mereka semua kemudian makan tengahari bersama-sama. Zahid kemudian berjumpa dengan Nurul. Selepas makan tengahari, Reza dan Sherin serta keluarga mereka bersantai di luar banglo sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Mira memujuk suaminya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tangga mereka, namun Farish enggan kerana beranggapan semuanya telah hancur. Nora dan Malik teruja kerana Datin Faridah yang pernah membenci mereka sekeluarga selama ini, telah melayan mereka dengan baik. Zahid dan Nurul berhibur di kelab malam. Sherin mendapat tahu yang Mira dan Farish bermusuh kerana suaminya. Reza telah mengetahui segalanya selepas mendengar penjelasan isterinya. Esoknya, Reza berjumpa dengan Farish untuk jelaskan situasi sebenar, namun Farish tidak mahu, malah beranggapan Reza ialah musuh dalam selimut. Zarul menyalahkan Zahid kerana mengabaikan kerjanya di pejabat. Datin Faridah memohon doa supaya Allah membukakan pintu hati Zahid.

Farish memujuk isterinya untuk menjernihkan rumah tangga mereka. Reza dan Sherin berdoa supaya rumah tangga Farish dan Mira kembali pulih. Reza kecewa apabila abang iparnya menceroboh masuk ke pejabatnya tanpa pengetahuannya, lebih mengecewakan Reza apabila komputer miliknya turut diceroboh. Zarul mempersoalkan tindakan Zahid menceroboh masuk bilik adik iparnya. Dengan menceroboh pejabat Reza, Zahid berjaya membalas dendam. Datuk Hazim dan Datin Faridah turut terkejut tentang hal itu. Datin Faridah serahkan semua keputusan kepada suaminya untuk mengajar Zahid. Reza meluahkan perasaan kecewanya terhadap tindakan tidak bertanggungjawab abang iparnya kepada Sherin.
7220"Episod 72"16 November 2010

Sewaktu mendakap anaknya Syamil, Zahid merungut apabila Syamil kencing di bajunya, dan menyalahkan Mak Limah kerana tidak menukar lampin Syamil. Sherin gembira apabila Mira berjaya mengatasi masalahnya. Mira kemudian menerima panggilan telefon daripada suaminya, Farish. Mira terguris dengan sikap suaminya yang terlepas cakap terhadapnya. Selepas gagal menghubungi Zahid, Zarul memghubungi Reza tentang hal yang melibatkan Zahid tentang urusan kerja yang tertunggak di pejabat. Reza menasihati Zarul supaya tidak melibatkannya dalam hal abang iparnya. Datin Faridah menghubungi suaminya untuk mencari jalan bagi menyedarkan Zahid. Mira termakan hati dengan sikap cemburu buta suaminya.

Farish mengakui kesilapannya kerana terlanjur kata terhadap isterinya. Mira menasihati Farish supaya berjumpa dengan doktor pakar sakit jiwa. Keesokan harinya, Reza dan Farish berjumpa untuk selesaikan masalah mereka sambil makan tengahari bersama di restoran. Reza menasihati Farish supaya tidak berfikiran negatif, namun Farish berasa sangsi terhadapnya. Mira berjumpa dengan Sherin dan menceritakan segala masalah yang dialaminya. Sambil makan tengahari bersama, Farish meminta maaf kepada Reza kerana berburuk sangka terhadapnya. Mereka berdua berdamai dan Reza tidak mengambil kisah tentang hal yang lepas. Reza menasihati Farish supaya buang perasaan curiga dan tidak bermain-main dengan ilusi. Mira gembira kerana semua masalah selesai apabila suaminya berjumpa dengan Reza.

Sewaktu berjalan di pusat beli-belah, Nurul bertembung dengan Liza. Liza menjeling Nurul semacam sahaja, Nurul kemudian menghubungi Zahid. Datin Faridah bingung apabila Zahid tidak datang kerja dan mengabaikan tanggungjawab yang digalasnya. Farish dan Mira makan malam bersama-sama bagi merapatkan kembali hubungan mereka sebagai suami-isteri. Liza mendakap Syamil sementara Mak Limah buatkan susu Syamil. Liza kecewa apabila suaminya tidak dapat datang ke apartmennya untuk menjenguknya dan Syamil. Zahid menjelaskan kepada isterinya yang dia tiada kena-mengena lagi dengan Liza, tetapi, Nurul berasa jelak dengan Zahid kerana memungkiri janji dan tidak bersikap jujur. Keesokan harinya, Datuk Hazim keluar bersama menantunya, Reza. Zahid bengang apabila pelbagai masalah mula timbul sejak dia tidak datang kerja. Zahid terkejut mendapat tahu bapanya keluar bersama Reza selepas dimaklumkan oleh Zarul.

Datuk Hazim membuat pengumuman mengejut bahawa akan bersara dari Jaya Holdings di saat syarikat yang diasaskannya itu sedang berdiri teguh, namun Reza tidak bersetuju dengan keputusan bapa mertuanya untuk bersara. Datuk Hazim berbuat demikian kerana tidak tahan dengan kerenah Zahid dan merasakan bahawa perjuangannya di Jaya Holdings selama ini, tidak memberi makna. Zarul menasihati Zahid supaya buat sesuatu supaya Jaya Holdings tidak jatuh ke tangan Reza. Liza tidak mahu Syamil terbiar tanpa mengenali datuk dan neneknya. Pada masa yang sama, Liza mahu Zahid membuat pengakuan terbuka kepada ibu bapanya mengenai perkahwinan mereka di sempadan, namun Zahid memberi amaran kepada isterinya supaya tidak membuka mulut tentang perkahwinan rahsia mereka. Zahid kemudian menampar Liza hingga menyebabkan bibir Liza berdarah.
7321"Episod 73"23 November 2010

Reza dan Sherin berdoa supaya Allah SWT mengurniakan zuriat untuk mereka. Karim dan Aishah gembira melihat rumah tangga Mira dan Farish kembali jernih. Datuk Hazim bercadang untuk mendapatkan pandangan daripada ahli lembaga pengarah dan para pemegang saham Jaya Holdings sebelum membuat sebarang keputusan memandangkan Datuk Hazim ialah pemegang saham 60% dalam syarikat miliknya. Datin Faridah berpendapat suaminya berhak membuat keputusan. Mak Limah hairan Zahid dan Liza masih bercakaran walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Keesokan harinya, Datuk Hazim mengajak Sherin dan Reza keluar makan tengahari bersama-sama. Sebaik sahaja tiba ke pejabat, Zahid berjumpa dengan Zarul dan bertanyakan kepadanya tentang mesyuarat yang dipengerusikan oleh bapanya. Apabila Zahid bertanya tentang keputusan yang dibuat oleh bapanya dan ahli lembaga pengarah Jaya Holdings, Zarul hanya berdiam.

Datuk Hazim melantik Reza sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jaya Holdings. Reza merasakan terlalu awal buatnya untuk menggalas tanggungjawab besar kerana masih memegang jawatan sebagai penolong pengurus projek, tetapi terharu dengan pelantikan yang dibuat oleh bapa mertuanya. Sherin pada mulanya tidak percaya kerana menyangka bapanya hanya bergurau sahaja, namun teruja dengan pelantikan suaminya sebagai CEO Jaya Holdings dan mengucapkan tahniah kepada suaminya. Malik dan Nora gembira mendengar berita yang Reza telah dilantik untuk menerajui syarikat milik besan mereka. Akan tetapi, Zahid membantah keputusan bapanya melantik adik iparnya sebagai CEO Jaya Holdings dan merasakan dirinya terpinggir dari syarikat. Datin Faridah merayu kepada Zahid supaya berhenti memusuhi Reza, namun Zahid tetap dengan pendiriannya untuk tidak menerima Reza sebagai adik iparnya. Zarul menasihati Zahid supaya menerima hakikat yang Reza telah menjadi orang nombor 1 di Jaya Holdings.

Datin Faridah bimbang Zahid akan berhenti kerja di Jaya Holdings. Zahid bersikap biadap terhadap bapanya yang suka melebihkan menantu daripada anaknya sendiri. Datuk Hazim malas melayan kerenah anak lelaki tunggalnya. Reza mahu menarik diri dari Jaya Holdings kerana tidak mahu mengguris perasaan abang iparnya, namun Sherin menasihati suaminya supaya terus bekerja di Jaya Holdings dan tidak mengambil peduli tentang abang iparnya. Farish dan Mira gembira mendengar berita yang Reza telah dilantik menerajui syarikat milik bapa mertuanya. Zarul mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Jaya Holdings selepas menghantar surat perletakan jawatannya kepada Zahid. Zahid enggan menerima perletakan jawatan rakannya dan mahu Zarul terus bekerja di Jaya Holdings. Hussein dan isterinya, Shima makan tengahari bersama-sama selepas seharian membersihkan kebun mereka.

Sherin menasihati suaminya supaya menggunakan kereta mewah di banglo keluarganya selaras dengan jawatan baharunya, namun Reza menolak kerana lebih selesa menggunakan kereta yang dibeli dengan wang simpanannya sendiri. Liza menghubungi Datuk Hazim untuk berjumpa dengannya dan membuat pengakuan yang dia ialah isteri Zahid, namun Datuk Hazim tidak percaya. Datin Faridah menceritakan semua masalah yang melibatkan Zahid kepada Nora. Malik bimbang jika Zahid mempunyai agenda tersendiri untuk kenakan Reza. Reza memaklumkan kepada datuknya tentang pelantikannya sebagai CEO Jaya Holdings. Zahid masih tidak berpuas hati tentang keputusan bapanya melantik Reza sebagai CEO Jaya Holdings. Zarul menasihati Zahid supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.
7422"Episod 74"30 November 2010

Mak Limah menasihati Liza supaya berbincang dengan Zahid tentang status perkahwinan mereka. Tanpa pengetahuan Liza, Zahid keluar bersama Nurul dan makan tengahari bersama. Hussein dan Shima gembira cucu mereka dilantik menerajui syarikat Jaya Holdings. Datuk Hazim dan Datin Faridah bimbang Zahid akan membelakangi mereka dengan berkahwin secara senyap. Nurul mahu Zahid berterus terang tentang pernikahannya dengan Liza, namun Zahid menafikan yang dia bernikah dengan Liza. Farish memberitahu Mira yang dia tidak dapat makan tengahari bersamanya kerana kesibukan jadual kerjanya dan ini membuatkan Mira terkilan.

Reza menerima panggilan telefon daripada isterinya, Sherin yang dia tidak dapat menghubungi Mira untuk bertanya khabar dan ini membuatkan Sherin berasa tidak sedap hati. Kemidian, Mira sedar yang panggilan yang diterimanya datang daripada Sherin. Mira kemudian menghubungi suaminya untuk meminta maaf. Sewaktu memandu keretanya, Farish telah terjatuh telefon bimbitnya. Selepas mengambil telefon bimbitnya, kereta Proton Waja yang dipandu oleh Farish hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah van yang datang dari arah bertentangan. Mira berasa tidak sedap hati setelah gagal menghubungi suaminya. Zahid mengucapkan tahniah kepada Reza atas pelantikannya sebagai CEO Jaya Holdings. Reza telah dimaklumkan oleh Sherin yang Farish terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang.

Mira dan keluarganya berada di hospital dan menunggu keputusan daripada doktor tentang keadaan Farish. Reza dan Sherin tiba di hospital untuk mengetahui keadaan Farish. Mira bersedih dan menyalahkan dirinya atas kejadian yang menimpa suaminya. 2 bulan kemudian, Farish telah patah kedua-dua kakinya akibat kemalangan dan disahkan lumpuh dan terpaksa berkerusi roda. Sejak itu, kehidupannya mula diselubungi dengan tekanan perasaan. Reza dan Sherin amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Farish. Liza tetap dengan pendiriannya untuk berjumpa dengan keluarga Zahid untuk membongkar tentang rahsia di sebalik pernikahan mereka.

Zahid menasihati Liza supaya berinya sedikit masa untuk selesaikan masalah peribadinya. Mira terpaksa melayan kerenah suaminya yang terlantar di kerusi roda. Zahid terus mempersoalkan pelantikan adik iparnya sebagai CEO Jaya Holdings. Reza dan Sherin melawat Farish dan Mira di rumah mereka. Mereka berdua terkejut dengan keadaan kesihatan Farish. Datuk Hazim menasihati isterinya supaya jangan ambil kisah tentang perangai Zahid. Farish dan Mira berterima kasih kepada Reza dan Sherin kerana melawat mereka. Zahid datang ke apartmen berjumpa dengan isteri dan anaknya.
7523"Episod 75"7 Disember 2010

Nurul bengang apabila Zahid tidak menjawab panggilan telefonnya. Zahid meluangkan masanya bersama isterinya, Lia dan anak mereka, Syamil. Liza masih tidak berpuas hati dengan suaminya. Farish menyalahkan Mira, dan ini membuatkan Mira tertekan kerana niatnya hanya untuk membantu suaminya yang terlantar di kerusi roda. Zahid mendukung Syamil sambil diperhatikan oleh Liza. Tidak berpuas hati dengan cara suaminya melayan dan mendakap Syamil, Liza menyuruh Mak Limah tidurkan Syamil dalam bilik. Selepas gagal menghubungi Zahid, Nurul menghubungi Zarul untuk bertanyakan tentang Zahid. Tetapi, Zarul tidak mahu masuk campur dalam hal antara Nurul dengan Zahid.

Nurul terus mendesak Zarul untuk mencari Zahid. Liza kecewa Zahid tidak tidur bersamanya di apartmennya. Reza teringat pada hari dia bertemu dengan Farish. Zahid datang ke apartmen Nurul, namun Nurul kecewa Zahid membuat dirinya seperti pelacur. Keesokan harinya, Datuk Hazim menyerahkan semua dokumen penting kepada Reza untuk ditandatangani dan memberi sepenuh kepercayaan kepada menantunya. Zarul hairan dengan gelagat Zahid. Farish merenung gambar perkahwinannya. Aishah bersedih dengan Mira yang terpaksa melayan kerenah Farish, sambil ditenangkan oleh Karim. Farish terus mengeluh dengan keadaan fizikal dirinya yang terpaksa berkerusi roda. Karim menasihati Farish supaya tenang hadapi dugaan sehingga kakinya sembuh sepenuhnya.

Reza menasihati Mira supaya beralah dan mengambil hati suaminya. Mira kecewa dengan sikap suaminya yang tidak henti-henti menuduhnya dan menimbulkan syak wasangka terhadapnya. Pada masa yang sama, Reza dan Sherin bergurau senda. Liza dan Mak Limah hairan dengan gelagat Zahid yang tidak melawat mereka di apartmen. Selepas makan tengahari bersama Shima, Hussein meneruskan kerjanya membersihkan kebun. Sewaktu sedang menebas pokok pisang, kaki Hussein terseliuh dan menyebabkannya terjatuh. Shima terkejut dengan kejadian yang menimpa suaminya. Nora terkejut dengan insiden yang menimpa bapanya. Apabila Farish bertanya kepada isterinya dengan siapa dia berjumpa. Mira menjawab yang dia hanya berjumpa dengan kawan.

Aisha kecewa dengan sikap menantunya yang menengking Mira. Shima membantu mengurut kaki suaminya. Reza menghubungi datuknya untuk bertanya khabar. Sherin kemudian bertanya tentang Mira. Farish mengugut Mira yang dia akan menceraikannya jika Mira berlaku curang terhadapnya. Mira tertekan dengan sikap suaminya yang jauh berubah selepas terlantar di kerusi roda akibat kemalangan jalan raya 2 bulan lepas. Keesokan harinya, Liza datang berjumpa dengan Datuk Hazim dan Datin Faridah di banglo mereka. Liza membuat pengakuan kepada Datuk Hazim dan Datin Faridah yang dia ialah isteri kepada Zahid dan mereka bernikah di Thailand, namun mereka tidak percaya. Liza kemudian menyerahkan surat nikahnya kepada Datuk Hazim dan Datin Faridah sebagai bukti.
7624"Episod 76"14 Disember 2010

Reza mengajak isterinya, Sherin keluar makan tengahari bersama. Sewaktu makan tengahari bersama suaminya, Sherin menerima panggilan telefon daripada ibunya yang ada seorang wanita datang ke rumah mereka dan wanita itu mengaku isteri kepada abangnya. Sherin terkejut mendengar penjelasan ibunya tentang perkahwinan rahsia abangnya. Zahid tinggal di rumah Nurul dan dia tidak datang kerja pada hari itu. Dia terus pulang ke rumah selepas ibunya menelefonnya yang Liza datang ke rumah mereka. Syamil dijaga oleh Mak Limah semasa Liza dan Zahid tiada di rumah. Zahid bengang apabila Liza membuka mulut tentang pernikahan rahsia mereka kepada ibu bapanya, dan bertindak menghalau Liza keluar dari banglo keluarganya. Datuk Hazim kemudian menunjukkan surat nikah kepada Zahid sebagai bukti.

Sherin bersimpati dengan nasib abangnya, namun dinasihati oleh Reza supaya tidak masuk campur dalam hal abangnya. Datuk Hazim dan Datin Faridah menerima Liza sebagai menantu mereka. Liza bersyukur kerana mereka telah menerimanya dengan seadanya. Zahid menyesali dengan kesilapannya kerana menyembunyikan perkahwinannya daripada pengetahuan ibu bapanya. Sherin bertambah buntu memikirkan hal abangnya yang berkahwin senyap. Datuk Hazim mengajak isterinya untuk menjenguk cucu sulung mereka, Syamil, namun Datin Faridah berasa malu yang apa yang terjadi. Datuk Hazim juga tidak membenarkan Zahid tinggal di banglo, sebaliknya tinggal di apartmen bersama Liza dan Syamil, supaya Zahid tahu tanggungjawabnya kepada keluarganya.

Nurul berjumpa dengan Zarul dan mendesaknya untuk beritahu hal sebenar apa yang berlaku kepada Zahid. Nurul mendapat tahu yang Zahid telah lama berkahwin dengan Liza dan mempunyai anak selepas dimaklumkan oleh Zarul. Datuk Hazim dan Datin Faridah melawat Zahid dan Liza di apartmen mereka dan bertemu dengan Syamil. Menyedari yang Zahid telah berkahwin dengan Liza, Nurul berasa dirinya telah terpedaya dengan segala tipu daya Zahid dan bertekad untuk menuntut haknya daripada Zahid. Datin Faridah menasihati Zahid supaya lebih bertanggungjawab pada isteri dan anaknya. Reza dan Sherin datang melawat ibu bapanya. Dalam keadaan sedih, Nurul kecewa Zahid telah mempermainkannya sepanjang perkenalannya dengan Zahid. Mira buntu memikirkan masalah yang dihadapinya, ditambah pula dengan kerenah suaminya, Farish.

Nurul mendesak Zarul supaya mencari Zahid, namun Zarul tidak mahu masuk campur. Farish terus mencari kesalahan isterinya. Sherin berasa ragu-ragu jika abangnya mampu hidup berdikari selepas berkahwin. Datin Faridah percaya Zahid boleh melaksanakan tanggungjawabnya. Zarul berjumpa dengan Zahid pada malam itu, dan menasihatinya supaya tidak mengambil mudah dengan ugutan daripada Nurul. Sherin mengajak Mira untuk keluar makan bersama, namun Mira menolak kerana mahu pulang awal untuk menjaga Farish. Liza gembira ibu bapa mertuanya telah menerimanya, namun risau dengan suaminya yang jarang bercakap dengannya selepas insiden tempoh hari. Apabila ternampak Nurul, Zahid mengelak, namun meminta Nurul supaya melupakannya. Akan tetapi, Nurul mahu Zahid menunaikan segala janjinya dahulu. Reza kecewa abang iparnya datang lewat ke pejabat.

Datuk Hazim menasihati Reza supaya tidak berkompromi dengan Zahid. Sherin perhatikan abangnya terasa hati sejak bapanya tidak membenarkan Zahid tinggal di banglo. Datuk Hazim yakin dengan tinggal berasingan, Zahid akan lebih berganggungjawab terhadap isteri dan anaknya. Nurul mendesak Zahid agar menjelaskan wang RM1 juta yang dimintanya, dan mengugutnya yang nasib akan menimpanya jika tidak menepati janjinya. Kemudian, Zahid menerima surat amaran daripada adik iparnya tentang disiplin kerjanya. Datin Faridah menasihati Zahid supaya memperbaiki kelemahan diri dan menjaga disiplin kerja.
7725"Episod 77"21 Disember 2010

Mira bertambah celaru dengan gelagat suaminya, Farish yang terpaksa terlantar di kerusi roda akibat kemalangan jalan raya dua bulan lepas. Karim dan Aishah menenangkan Mira selepas itu. Reza mahu menggantung kerja abang iparnya, namun dia masih boleh bertolak ansur dengan abang iparnya walaupun Zahid sering buat hal. Sherin terkilan dengan sikap abangnya. Datin Faridah bercadang mahu melawat Syamil di apartmen Zahid, namun Datuk Hazim tidak mahu Zahid berfikiran negatif terhadap mereka. Nurul kecewa Zahid telah mempermainkannya setelah mengetahui yang Zahid telah berkahwin dengan Liza. Liza bimbang suaminya tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu, namun gembira ibu mertuanya akan datang melawatnya dan Syamil. Zahid memberikan cek tunai RM500,000 kepada Nurul dan menasihatinya supaya tidak menganggunya lagi, namun Nurul mengoyak cek tersebut dan mahu Zahid jelaskan RM1 juta kepadanya. Nurul kemudian mengugut Zahid untuk berjumpa dengan ibu bapanya dan menyerang Liza jika Zahid gagal menunaikan permintaannya. Dalam keadaan serba salah, Liza menenangkan Syamil yang tak henti-henti menangis.

Keesokan harinya, suasana di tapak pembinaan bertukar kecoh apabila Zahid mengamuk dan memarahi kontraktor yang bertugas sebelum meninggalkan tapak projek dalam keadaan marah. Zahid memujuk Nurul supaya bersabar untuk mendapat wang yang dimintanya. Reza berjumpa dengan abang iparnya dan mempersoalkan tindakan abang iparnya yang mengamuk di tapak projek. Malik dan Nora kecewa kerana Zahid menuduh Reza sebagai batu api. Pada masa yang sama, Reza mahu lebih tegas terhadap abang iparnya, Sherin amat menyokong suaminya. Mira termakan hati dengan sikap Farish yang terus mencari kesalahannya. Farish kemudian memaksa Mira membuatkan kopi untuknya. Reza dan Sherin bercadang untuk membatu Farish dan Mira. Zahid meluahkan perasaan bimbangnya kepada Zarul tentang ugutan demi ugutan yang diterimanya daripada Nurul. Zarul kemudian menasihati Zahid supaya tenang hadapi dugaan, memberi tumpuan kepada kerja dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Farish kecewa Mira tidak menjawab panggilannya mahupun membalas SMSnya. Mira menjelaskan kepada suaminya yang dia sibuk dengan kerjanya. Datuk Hazim mempersoalkan tindakan Zahid yang tidak pulang ke apartmen isterinya. Datin Faridah terkilan dengan sikap Zahid yang masih tidak berubah.

Reza dan Sherin menikmati sushi bersama-sama. Mira menghubungi Sherin untuk meluahkan perasaan kecewanya. Farish kemudian merampas telefon bimbit Mira dan menuduhnya mengaibkannya. Sherin tidak sempat menjawab panggilan Mira. Zarul menasihati Nurul supaya selesaikan masalahnya dengan Zahid secara berhemah. Nurul kemudian menasihati Zarul supaya Zahid menunaikan permintaannya untuk mendapat wang RM1 juta. Liza terkilan suaminya masih belum pulang. Zahid bertambah runsing memikirkan bagaimana untuk menjelaskan wang yang diminta oleh Nurul dalam tempoh singkat. Zahid sedar yang dia tiada pilihan untuk penuhi kehendak Nurul, melainkan terpaksa berkahwin dengan Nurul jika tidak mahu rahsianya terbongkar setelah Zarul memberitahunya. Farish masih bertambah runsing memikirkan nasibnya. Mira menghubungi Sherin untuk jelaskan situasinya. Sherin menasihati Mira supaya tenang hadapi dugaan berumah tangga. Reza berharap supaya abang iparnya menerimanya satu hari nanti. Aishah kecewa dengan sikap Farish yang terlalu menekankan Mira. Zahid datang berjumpa dengan isteri dan anaknya dan menjelaskan situasi yang dihadapinya kepada Liza. Farish tidak suka Mira menceritakan tentang soal rumah tangga merema kepada orang lain.
7826"Episod 78"28 Disember 2010

Mira terus bertambah runsing memikirkan kerenah Farish. Reza dan Sherin bercadang untuk melawat Farish dan Mira pada hujung minggu. Farish tidak bersetuju Reza dan Sherin akan menziarahinya dan Mira. Reza terpaksa cari jalan untuk jernihkan semula rumah tangga Farish dan Mira. Reza teringat pada hari dia berselisih dengan abang iparnya. Keesokan harinya di pejabat Jaya Holdings, Datuk Hazim mahu Reza menyelesaikan masalah di tapak projek, namun dia mahu berbincang dengan abang iparnya terlebih dahulu. Datuk Hazim mahu Reza menyelesaikannya sendiri tanpa melibatkan Zahid. Nurul tetap dengan pendiriannya untuk mendapatkan wang RM1 juta daripada Zahid.

Datuk Hazim mahu bersara daripada Jaya Holdings, namun Reza masih mahu merujuk dengan abang iparnya. Namun, Datuk Hazim tidak mahu Reza terlalu bergantung harap kepada Zahid dan mahu menantunya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada syarikat. Zahid bertambah tertekan dengan masalahnya. Reza berjanji untuk meneruskan perjuangan bapa mertuanya di Jaya Holdings. Sherin amat menghargai suaminya, namun berasa ragu-ragu apatah lagi usia suaminya yang masih muda. Nurul terus mendesak Zahid supaya jelaskan wang RM1 juta yang dimintanya, namun Zahid perlukan masa sehingga hujung bulan. Nurul mengugut Zahid supaya berkahwin dengannya jika gagal memenuhi permintaannya. Ini menyebabkan Zahid cukup tertekan dengan ugutan dari Nurul. Reza dan Sherin melawat Farish dan Mira di rumah mereka.

Datuk Hazim dan Datin Faridah melawat Liza di apartmennya. Liza mengadu kepada ibu bapa mertuanya yang Zahid jarang pulang ke rumah. Zahid kecewa isterinya memburuk-burukkannya. Datuk Hazim dan Datin Faridah kecewa Zahid masih tidak berubah perangainya. Reza dan Sherin kemudian keluar makan bersama. Farish gagal menghubungi isterinya. Datuk Hazim dan Datin Faridah terkilan dengan sikap anak sulung mereka, namun gembira Syamil membesar di depan mata mereka. Mira menjelaskan kepada Farish yang di terserempak dengan Reza di bandar, namun Farish tidak percaya. Sherin terkilan dengan sikap Reza yang masih berjumpa dengan Mira. Reza menjelaskan kepada Sherin yang dia hanya keluar dengan Mira secara kebetulan. Farish dan Mira bertengkar semasa mereka bercakap di telefon. Farish kemudian mengambil tindakan terburu-buru dengan menceraikan isterinya. Mira bertambah kecewa dan tertekan setelah diceraikan oleh suaminya. Farish dan Mira terkenangkan kenangan manis mereka sepanjang perkenalan mereka. Sherin kemudian meminta maaf kepada suaminya tentang insiden pada petang itu.

Nurul mengugut Zahid yang dia akan terima akibatnya jika gagal menunaikan pemintaannya. Tidak tahan dengan sikap Nurul yang sering mengugutnya, Zahid melanggar lari Nurul dan terus memecut keretanya. Insiden itu menyebabkan Nurul cedera parah dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh ambulans untuk menerima rawatan. Keesokan harinya, Zahid datang ke pejabat seperti biasa. Zahid kemudian ditahan oleh dua pegawai polis di pejabatnya. Datin Faridah terkejut setelah mendengar berita yang Zahid telah ditangkap oleh polis selepas Reza menghubunginya dan menyebabkannya pengsan. Datuk Hazim kemudian menenangkan isterinya dan meminta bantuan orang gajinya. Sewaktu diberkas, Zahid masih menyalahkan Reza sebelum dibawa ke balai polis. Malik dan Nora terkejut selepas mendengar berita penahanan anak lelaki besan mereka. Sherin sedih terkenangkan abangnya, dan ditenangkan oleh Reza. Setelah abang iparnya dihukum penjara, Reza mahu membuktikan yang dia kini telah berkuasa penuh di Jaya Holdings.

Catatan: Sedutan episod akan datang tidak dipaparkan, sebaliknya peringatan dipaparkan yang bertuliskan "Saksikan Si Capik musim akhir, tayangan awal 2011". Lagu "Hanya Kau Yang Mampu" nyanyian Aizat Amdan tidak dimainkan semasa kredit akhir, sebaliknya lagu tema drama ini dimainkan.

2011[sunting | sunting sumber]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
TajukTarikh keluaran asal
791"Episod 79"22 Februari 2011

Zahid telah dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun di Penjara Seremban atas kesalahan melanggar lari bekas teman wanitanya, Nurul. Reza kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Jaya Holdings selepas mengambil alihnya daripada bapa mertuanya, Datuk Hazim. Sejak itu, kehidupan Reza mula berubah dari seorang yang lemah lembut menjadi seorang yang ego. Dia dibantu oleh Rita, setiausahanya. Datuk Hazim kini telah bersara daripada Jaya Holdings dan meluangkan lebih banyak masanya bersama isterinya, Datin Faridah dan cucu sulung mereka, Syamil.

Sepanjang ketiadaan suaminya, Zahid, Liza tinggal di banglo milik keluarga mertuanya. Mira menjadi buntu setelah diceraikan oleh suaminya, Farish. Nurul yang kini cacat kekal di kakinya akibat dilanggar oleh Zahid, terpaksa menanggung derita akibat perbuatan tidak bertanggungjawab bekas teman lelakinya. Farish menyesal kerana menceraikan isterinya, Mira dalam keadaan terburu-buru. Dalam pada itu, Datuk Hazim dan Datin Faridah berharap agar anak lelaki tunggal mereka, Zahid akan berubah menjadi insan yang berguna selepas keluar dari penjara satu hari nanti.

Pada masa yang sama, Ah Boon berjaya mendapatkan nombor telefon Reza dan terus mencarinya untuk memintanya membayar hutang yang ditinggalkan oleh Zahid sebelum dipenjarakan. Nurul masih trauma dengan kejadian yang menimpanya. Reza menerima panggilan telefon daripada Ah Boon yang menuntut hutang abang iparnya, tetapi dia memberi amaran kepada Ah Boon supaya jangan mengganggunya. Reza terpaksa menanggung bala yang ditinggalkan oleh abang iparnya.
802"Episod 80"1 Mac 2011

Ah Boon dan konco-konconya terus mengganggu Reza selagi dia tidak melangsaikan hutang Zahid kepadanya. Reza menghubungi datuknya yang dia mahu balik ke kampung menziarahi datuk dan neneknya. Reza bertemu dengan Ah Boon di sebuah restoran, namun dia tidak mahu masuk campur dalam soal hutang abang iparnya dan memintanya supaya jangan ganggunya dan keluarganya. Ah Boon dan konco-konconya menyerahkan surat perjanjian yang ditandatangani oleh Zahid kepada Reza. Reza memberitahu mereka bahawa perjanjian itu ialah perjanjian antara mereka dengan abang iparnya dan tidak sah.

Nora menghubungi anaknya, Reza namun gagal. Keesokan harinya, Reza, kakak iparnya Liza dan keluarga mertuanya melawat Zahid di Penjara Seremban. Reza menyalahkan Zahid kerana akibat perbuatan tidak bertanggungjawab abang iparnya, dia terpaksa menanggung bala yang ditinggalkan oleh Zahid. Zahid meminta maaf kepada Reza kerana terpaksa mengheret adik iparnya dalam masalah yang dihadapinya. Ah Boon memberi amaran kepada Reza supaya segera melangsaikan hutang Zahid kepadanya, jika tidak, nyawa keluarga dan keluarga mertuanya akan terancam. Reza meminta Ah Boon supaya memberinya sedikit masa untuk berbuat demikian.

Reza merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan keluarga mertuanya, namun hanya memalumkannya kepada datuknya. Liza menjadi runsing memikirkan nasib suaminya yang meringkuk dalam penjara dan masa depan anaknya, Syamil. Sherin dan ibunya, Datin Faridah berasa hairan dengan gelagat Reza yang telah banyak berubah. Sekalipun tanpa suaminya, Farish di sisinya setelah bercerai, Mira masih dalam keadaan trauma. Reza dan setiausahanya, Rita dilihat sering keluar bersama.

Ah Boon terus mencari Reza dan mendesaknya untuk membayar hutang abang iparnya kepadanya. Kehidupan Farish terumbang-ambing selepas bercerai dengan Mira, dia cuba menghubungi Mira untuk bertanya khabar, namun Mira tidak menjawab panggilannya. Selepas sekian lama tidak berjumpa, Sherin berjumpa dengan Mira di rumahnya. Sherin mula merasa sesuatu yang aneh pada suaminya.
813"Episod 81"8 Mac 2011

Suasana di kediaman Datuk Hazim banyak berbeza sejak ketiadaan Zahid kerana dihukum penjara. Sejak memegang jawatan CEO di Jaya Holdings, Reza sudah jarang ke tapak projek kerana kesibukannya mengendalikan syarikat. Sherin mula mempersoalkan tindakan suaminya mengambil seorang setiausaha. Mira menjadi resah selepas berpisah dengan Farish, dan cemburu melihat pasangan lain yang hidup bahagia. Nasihat dan teguran daripada ibunya sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada Mira. Sekalipun dalam keadaan fizikalnya yang cacat, Nurul bertekad mahu Zahid melangsaikan hutangnya kepadanya.

Di penjara, Zahid melalui hari-hari yang penuh menyeksakan. Zahid bersama-sama dengan beberapa banduan lain diarah membuat gotong-royong di kawasan penjara, namun berakhir dengan tragedi apabila Zahid bergaduh dengan dua banduan senior sambil diperhatikan oleh beberapa banduan lain. Warden penjara dan pengawal keselamatan mengawal keadaan dengan meleraikan pergaduhan antara Zahid dengan dua banduan tersebut. Semasa dalam perjalanan pulang, Reza diekori oleh Ah Boon. Keesokan harinya, Reza dan Sherin melawat ke rumah ibu bapa Reza, tetapi Reza tidak suka Sherin bercakap tentang Zahid. Ini membuatkan Sherin kecewa dengan sikap suaminya.

Reza dan Sherin berdamai dan melupakan persengketaan antara mereka. Selepas bercerai, Farish dan Mira tidak bertegur sapa. Datuk Hazim dan Datin Faridah bermain dengan cucu mereka, Syamil sambil diperhatikan oleh Liza. Biarpun sudah 10 tahun berkahwin, Reza dan Sherin masih belum mempunyai anak dan setiap hari mereka berdoa supaya mereka dikurniakan cahaya mata. Reza meminta Ah Boon supaya memberinya sedikit masa untuk melangsaikan hutang abang iparnya, Zahid.
824"Episod 82"15 Mac 2011

Kehidupan dan kerjaya Reza bertambah stabil selepas menjadi CEO Jaya Holdings dan lebih kukuh apabila dia dibantu oleh setiausahanya, Rita. Zarul dan Hairee hairan dengan gelagat bos mereka yang telah berubah sejak kebelakangan ini. Liza bimbang tiada sesiapa yang mahu menjaga Syamil apabila Mak Limah mengambil keputusan untuk balik kampung selama seminggu. Sherin berjumpa dengan Mira untuk bertanya khabar kepadanya. Ah Boon cuba menghubungi Reza, namun Reza tidak menjawab panggilannya.

Reza didatangani oleh Ah Boon dan konco-konconya dan mereka meminta Reza supaya segera melangsaikan hutang Zahid. Di penjara, Zahid cari gaduh dengan dua banduan senior, tetapi pergaduhan mereka dileraikan oleh warden. Zahid kemudian dibawa menghadap pegawai penjara. Sherin memujuk suaminya untuk ikut bersama keluarganya melawat Zahid di penjara, tetapi Reza tidak boleh janji apa-apa kepada isterinya. Datuk Hazim dimaklumkan oleh Reza bahawa Zahid telah berhutang dengan dengan ceti haram sebanyak RM500,000 dan menandatangani satu perjanjian yang mengaitkan Jaya Holdings sebelum dipenjarakan. Datuk Hazim terkilan kerana selepas Zahid dipenjarakan, semua masalah yang melibatkan anak sulungnya sudah selesai, namun timbul masalah baru.

Liza gembira melihat Syamil membesar di depan matanya, sekalipun tanpa suaminya, Zahid di sisinya, sambil diperhatikan oleh Datuk Hazim dan Datin Faridah. Mereka berdua mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Liza kerana Datuk Hazim dan Datin Faridah tidak mahu menantu mereka risau. Reza berjumpa dengan Farish untuk bertanyakan tentang keadaan fizikalnya. Reza gembira kerana Farish semakin pulih dari kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Reza mahu membantu Farish dengan membiayai kos rawatan untuk pulihkan kakinya, namun Farish menolak pada mulanya. Reza tetap mahu membantu, akhirnya Farish menerima tawaran Reza untuk membantunya pulih. Pada masa yang sama, Farish menceritakan tentang masalahnya kepada Reza.
835"Episod 83"22 Mac 2011

Sherin berjumpa dengan suaminya untuk mengajaknya makan bersama. Biarpun bapa mertuanya bersara dari Jaya Holdings, Reza tetap mahu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Datuk Hazim. Pada petang itu, Reza berjumpa dengan Ah Boon untuk mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Zahid. Zahid menyedari kesilapan lampaunya dan menerima petunjuk hidayah untuknya berubah. Datuk Hazim sekeluarga, kecuali Reza, melawat Zahid di Penjara Seremban.

Keesokan harinya, Reza berjumpa dengan Ah Boon untuk melangsaikan hutang yang ditinggalkan oleh Zahid dengan memberikan cek tunai RM500,000 kepada Ah Boon. Reza kini boleh menarik nafas lega apabila dia telahpun melangsaikan hutang abang iparnya. Sherin mengeluh mengapa selepas bertahun-tahun berkahwin dengan Reza, masih belum dikurniakan anak. Nasihat daripada kakak iparnya, Liza banyak menyedarkan Sherin, malah Sherin anggap belum ada rezeki. Reza berjumpa dengan Farish dan memberikan wang kepadanya untuk membiayai kos rawatan untuk pulihkan kakinya. Sherin berjumpa dengan Mira dan meluangkan masa bersama. Reza kecewa kerana Zahid menipu Jaya Holdings dengan melakukan penyelewengan sebelum abang iparnya dipenjarakan selepas Hairee menceritakan perkara sebenar kepadanya.
846"Episod 84"29 Mac 2011

Reza bertambah tertekan kerana dia terpaksa menanggung beban yang dilakukan oleh Zahid, namun ditenangkan oleh bapa mertuanya. Datuk Hazim juga kecewa dengan sikap anak sulungnya. Sherin teringatkan nasib abangnya yang meringkuk dalam penjara. Datin Faridah merasakan ada sesuatu yang kena dengan Reza sejak akhir-akhir ini. Zahid dibelasah oleh dua banduan senior semasa gotong-royong, namun dileraikan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Mira menerima SMS daripada bekas suaminya, Farish, namun Mira tidak membalas SMS yang dihantar oleh Farish. Sherin datang ke pejabat suaminya dan ternampak Reza dengan Rita. Sherin mahukan kepastian daripada Reza mengenai hubungannya dengan Rita, namun suaminya bersikap acuh tak acuh. Datin Faridah risau dengan sikap Reza telah banyak berubah, malah bersikap serius, tetapi Datuk Hazim percaya Reza bukan seorang pendendam. Di pejabat, Reza menerima satu lagi masalah yang melibatkan abang iparnya apabila masih ada lagi hutang piutang tertunggak yang ditinggalkan oleh Zahid setelah Zarul memaklumkan perkara itu kepadanya.
857"Episod 85"5 April 2011

Tidak tahan dengan beban yang dialami akibat sikap abang iparnya yang bertanggungjawab, Reza mengadu kepada bapa mertuanya yang dia tidak mampu memikul tanggungjawabnya menguruskan Jaya Holdings, namun Datuk Hazim meminta menantunya untuk tidak melepaskan jawatan di Jaya Holdings. Liza bersedih kerana birasnya bercakap kasar dengan bapa mertuanya dan meluahkan perasaannya kepada Datin Faridah. Hussein cuba menghubungi cucunya, tetapi gagal. Sherin terkilan dengan sikap suaminya yang lebih mementingkan diri sendiri.

Sherin mengadu segala perasaannya kepada Mira tentang sikap Reza. Mak Limah berkecil hati dengan tindakan Reza yang bersikap kasar dengannya di depan Syamil. Nordin datang berjumpa dengan Nurul dan terkejut dengan keadaan adiknya yang separa cacat. Nurul mahu menuntut ganti rugi daripada keluarga Zahid. Ida dan Hairee dapat merasakan bahawa Reza telah berubah sejak mengambil Rita sebagai setiaushanya.
868"Episod 86"12 April 2011

Sherin hairan dengan gelagat suaminya sejak akhir-akhir ini. Datin Faridah bertambah resah, lebih-lebih lagi dengan perangai Reza, namun ditenangkan oleh Datuk Hazim. Reza bertemu dengan Farish di rumahnya, dan berharap Farish dapat berjalan semula. Biarpun dilanda krisis rumah tangga, Reza dan Sherin masih tetap mampu meluangkan masa bersama sambil bergurau senda. Keesokan harinya, Liza datang melawat suaminya, Zahid di penjara. Liza sentiasa menaruh harapan agar suaminya akan berubah menjadi seorang insan yang baik bila dibebaskan dari penjara kelak.

Reza dan Sherin membuat kejutan kepada Mira dengan berjumpa dengannya di pejabat Mira dan mereka mengajaknya untuk makan bersama di restoran. Mira dibawa berjumpa dengan Farish oleh Reza dan Farish. Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk menyatukan kembali Farish dan Mira. Liza sentiasa menantikan suaminya pulang ke pangkuannya satu hari nanti. Zahid bersama-sama dengan beberapa banduan lain menghadiri kelas agama. Liza berharap agar suaminya tidak kembali kepada perangai lama selepas keluar dari penjara nanti. Sherin sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan abangnya dan berharap abangnya tidak tersimpang jauh dari jalan kebenaran.
879"Episod 87"19 April 2011

Farish tersenyum setelah dipertemukan semula dengan Mira selepas hampir setahun bercerai. Datuk Hazim kembali memijakkan kakinya di Jaya Holdings buat pertama kali dan bertemu dengan eksekutif kanan syarikatnya. Datuk Hazim menerima banyak rungutan daripada kakitangannya sejak Reza mengambil alih Jaya Holdings dan mendapati bahawa menantunya kurang memberi perhatian tugasannya sejak kebelakangan ini. Zarul dan Hairee perasan bahawa hubungan Reza dan Rita semakin rapat. Reza dan Rita keluar berjalan-jalan bersama. Sherin berasa malu dan kecewa dengan suaminya, yang dianggap 'Hero Malaya' buatnya, bermain kayu tiga dan dapat merasakan bahawa hubungan suaminya dengan Rita semakin serius. Mira hairan dengan sikap Reza pantas berubah.

Datuk Hazim datang bertemu dengan menantunya untuk bertanya khabar dan bertanyakan sesuatu kepadanya. Sherin datang bertemu dengan ibu bapa mertuanya. Reza berasa sangsi dengan bapa mertuanya dan mahu bapa mertuanya memberinya sepenuh kepercayaan kepadanya. Sherin meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya kepada ibu mertuanya. Sherin berasa bingung dengan sikap suaminya dan mengharapkan supaya Reza sedar atas keterlanjurannya. Datin Faridah merasakan suaminya cuba merahsiakan sesuatu daripadanya. Sherin dan Mira menceritakan tentang. Sherin berasa bosan bila Mira bertanya kepadanya tentang hubungannya dengan Reza.
8810"Episod 88"26 April 2011

Reza gembira kerana Farish semakin pulih dari kecederaan di kaki dan mampu berjalan semula. Pada masa yang sama, Farish terharu kerana hubungannya dengan Mira kembali baik dan masih bertegur sapa. Sherin ternampak suaminya, Reza keluar bersama Rita. Zarul dan Hairee bercakap tentang hubungan Reza dengan Rita. Perbualan mereka didengari oleh Malik. Sherin berasa kecewa kerana suaminya semakin menjauh daripadanya dan keluarganya. Nora mahu Reza bermuhasabah diri dan tidak menyalahkan Sherin.

Sherin datang ke pejabat suaminya dan bertengkar dengannya. Sherin kecewa dengan sikap Reza yang jauh berubah dan menjadi seorang yang bersikap ego. Nora bertambah runsing memikirkan masalah anak dan menantunya. Datin Faridah bermain bersama cucunya, Syamil sambil diperhatikan oleh Liza. Reza memerhatikan mereka dari jauh, sambil menyedari dia dan Sherin belum mempunyai anak. Mira berhubung dengan Farish dan mereka sambil berbalas mesej. Datuk Hazim berjumpa dengan pegawai tertinggi Jaya Holdings. Reza berasa pelik kerana bapa mertuanya bermesra dengan kakitangan syarikat dan risau bapa mertuanya mempunyai agenda di belakangnya. Sherin menerima pesanan daripada suaminya yang dia tidak pulang kerana ada urusan penting di KL.
8911"Episod 89"3 Mei 2011

Datuk Hazim dan Datin Faridah bimbang hubungan menantunya dengan Rita semakin serius. Datin Faridah mahu suaminya pecat Rita dari Jaya Holdings, Datuk Hazim menjelaskan bahawa bukan dia yang mengambil Rita bekerja di Jaya Holdings, Reza yang mengambil Rita bekerja di syarikatnya. Zarul dan Hairee hairan sejak dua bulan lepas, Reza jarang berjumpa dengan mereka dan keluarganya. Malik dan Nora risau anak tunggal mereka semakin hanyut dalam dunianya dan langsung tidak pedulikan mereka. Sherin percaya suaminya telah mengkhianatinya dan berasa lemah semangat. Mira menasihati Sherin supaya hadapi cabaran dalam berumahtangga dan berbincang secara hati ke hati dengan Reza, namun Sherin berasa buntu setiap kali memikirkan suaminya.

Hussein telah berubah fikiran dan mengambil keputusan untuk tidak berkunjung ke KL kerana memikirkan kesibukan cucunya. Sherin mengambil keputusan untuk balik awal kerana hilang selera makan walaupun dipujuk oleh Reza untuk makan malam bersama. Datin Faridah risau hubungan Reza dan Sherin semakin dingin. Rita membuat apa sahaja untuk memerangkap Reza bagi memastikan hubungan sulitnya dengan Reza berjalan dengan lancar. 3 tahun kemudian, Zahid melalui hari-hari terakhirnya dalam penjara dan tidak sabar untuk dibebaskan pada esok hari. Zahid meluahkan rasa rindunya kepada isterinya, anaknya dan keluarganya dan berdoa kepada Allah supaya menguatkan semangatnya. Reza menerima panggilan daripada Sherin yang mengajaknya ke Seremban untuk mengambil abang iparnya dari penjara. Reza tidak dapat ikut keluarga mertuanya ke Seremban kerana dia ada urusan kerjanya.

Farish gembira kerana dia boleh berjalan semula dan kembali bekerja. Zahid telah tamat hukuman penjara 3 tahun dan ingin membina hidup baru selepas dibebaskan. Pada masa yang sama, Zahid melepaskan rindunya kepada anaknya, Syamil. Datuk Hazim gembira kerana keluarganya bersatu semula selepas 3 tahun. Zahid meluangkan masanya bersama anaknya, Syamil sambil berkata dalam hatinya bahawa kediaman keluarganya tidak pernah berubah sepanjang ketiadaannya. Reza, Farish dan Mira keluar makan bersama sambil berbincang tentang hal peribadi masing-masing termasuk hubungan Reza dengan Sherin. Sherin terkilan kerana Reza masih bersikap dingin dengan Zahid biarpun selepas abang iparnya berubah setelah keluar dari penjara. Zahid meluangkan masanya bersama isterinya, Liza dan anak mereka, Syamil dengan bermandi-manda di kolam renang.
9012"Episod 90"10 Mei 2011

Datuk Hazim dan Datin Faridah gembira kerana mereka sekeluarga berkumpul semula sejak Zahid keluar dari penjara. Liza dan Sherin turut meluangkan masa bersama mereka pada petang itu, kecuali Reza. Biarpun selepas 3 tahun bercerai, Farish dan Mira masih bertegur sapa. Farish berhasrat untuk berkahwin semula dengan Mira. Reza menerima panggilan telefon daripada datuknya, Hussein tetapi dia mematikan telefonnya. Hussein terkilan dengan cucunya yang tidak menjawab panggilannya, dia kemudian menghubungi Sherin selepas gagal menghubungi Reza. Hussein tersinggung dengan sikap Reza yang cepat lupa diri dan bongkak, Shima menenangkan suaminya yang sedang marah.

Sherin kecewa suaminya tiada masa untuk berhubung dengan datuk dan neneknya kerana suaminya terlalu sibuk dengan kerja. Dia menasihati Reza supaya balik ke kampung menjenguk datuk dan neneknya, namun Reza tidak mahu. Farish membawa Mira keluar bersamanya kerana dia ada luahan untuk dikongsi bersama Mira. Liza meluangkan masa bersama anaknya, Syamil. Datin Faridah gembira melihat cucunya, Syamil membesar. Zahid bertemu dengan rakan sekerjanya, Zarul di sebuah restoran selepas 3 tahun tidak berjumpa.

Datin Faridah dapat merasakan serba tak kena pada menantunya. Hussein cuba menghubungi Reza, tetapi gagal. Datuk Hazim dan Datin Faridah mahu anak sulung mereka, Zahid kembali bekerja, tetapi Zahid mahu berehat secukupnya. Nasihat daripada ibu bapanya dan isterinya sedikit-sebanyak memberi kesedaran kepada Zahid. Shima meminta suaminya supaya mencari Reza di KL, tetapi Hussein tidak mahu. Reza berasa bosan kerana diminta oleh isterinya untuk menjenguk datuk dan neneknya di kampung. Selepas dipujuk oleh Sherin, Reza balik ke kampung.
9113"Episod 91"17 Mei 2011

Datuk Hazim dan Datin Faridah berpesan kepada Zahid supaya berjumpa dengan adik iparnya, Reza untuk kembali bekerja di Jaya Holdings. Hussein dan Shima teruja kerana Reza akan datang melawat mereka selepas 3 tahun tidak berjumpa. Keesokan harinya, Reza balik ke kampung menjenguk datuk dan neneknya. Sherin tidak dapat ikut suaminya balik ke kampung kerana sakit. Dalam diam, Rita mempunyai agendanya tersendiri untuk memerangkap dan menjatuhkan Reza.

Reza berjumpa dengan datuk dan neneknya di kampung. Reza memberikan wang RM500 kepada datuknya untuk memperbaiki kipas di kampung, tetapi datuknya tidak mahu. Dia kemudian memberikan wang itu kepada neneknya. Sherin mahu suaminya bermuhasabah diri dan tidak lupa asal-usulnya apabila pulang ke kampung datuk dan neneknya. Hussein dan Shima hairan dengan sikap cucu mereka yang telah banyak berubah. Hussein terguris dengan sikap dan perangai Reza. Datuk Hazim dan Datin Faridah bimbang Zahid tidak bekerja hampir sebulan selepas dibebaskan dari penjara. Nordin mahu adiknya, Nurul menuntut haknya sebagai wanita setelah diperlakukan oleh Zahid, tetapi Nurul bimbang masalahnya tidak akan selesai jika berjumpa dengan Zahid. Sherin menasihati abangnya supaya bekerja. Reza berasa bingung melihat keluarga mertuanya berkumpul di ruang tamu rumah.
9214"Episod 92"24 Mei 2011

Zahid mahu bekerja semula di Jaya Holdings milik bapanya dan mahu kembali memegang jawatan lama, namun Reza enggan mengambil abang iparnya bekerja di Jaya Holdings. Datuk Hazim, Datin Faridah dan menantu mereka, Liza berkongsi cerita waktu silam mereka. Datin Faridah terkejut yang Reza tidak mahu memgambil Zahid bekerja semula di Jaya Holdings. Reza menjelaskan perkara sebenar kepada bapa mertuanya, namun bimbang Zahid akan kembali kepada perangai lama. Datuk Hazim merayu kepada Reza supaya dia dan Zahid bekerja bersama dan melupakan segala kesalahan yang dilakukan oleh Zahid di masa lampau.

Reza bersetuju untuk mengambil abang iparnya kembali bekerja di Jaya Holdings, namun dengan bersyarat. Zahid gembira kerana dia diambil bekerja semula di syarikat bapanya. Keesokan harinya, Zahid berjumpa dengan adik iparnya dan merayu supaya memberinya peluang untuk bekerja. Reza tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengambil abang iparnya bekerja di Jaya Holdings. Datuk Hazim merayu kepada Reza supaya mengambil Zahid bekerja. Zahid terkejut apabila Reza menawarkan jawatan kakitangan am kepadanya dan terpaksa berkongsi tempat dengan rakannya, Zarul.

Zahid kembali bekerja di Jaya Holdings. Dia merasakan dirinya dihina setelah diperlekeh oleh adik iparnya sendiri, namun ditenangkan oleh Zarul. Nurul bertekad untuk menuntut haknya setelah dikhianati oleh Zahid. Farish memujuk Mira untuk menerimanya kembali. Farish memujuk Mira untuk menerimanya kembali sebagai suaminya, tetapi Mira belum memberi sebarang jawapan dan hanya menganggap Farish sebagai kawan.
9315"Episod 93"31 Mei 2011

Zahid dapat menyesuaikan dirinya setelah kembali bekerja di Jaya Holdings. Rita bertekad untuk meneruskan agendanya untuk menjatuhkan Reza dan memastikan apa yang dilakukannya berjaya. Hubungan Reza dan Sherin bertambah intim walaupun rumah tangga mereka bergolak. Zahid kecewa dengan kedudukannya dalam syarikat bapanya dan meraskan hidupnya tidak bermakna, namun ditenangkan oleh Zarul. Liza berasa tidak sedap hati sejak suaminya kembali bekerja di Jaya Holdings.

Reza memberitahu kepada Sherin bahawa dia berada ke Shah Alam atas urusan kerja. Sherin percaya suaminya keluar dengan Rita setelah menghidu bau wangi pada suaminya. Reza mengajak isterinya untuk makan bersama tetapi Sherin tidak mahu. Sherin merasa dirinya teraniaya setelah suaminya tergoda dengan setiausaha sendiri. Zahid berhasrat mahu menerajui Jaya Holdings suatu hari nanti, Rita menasihatinya supaya melupakan angan-angannya kerana Reza telah memiliki kuasa penuh dalam Jaya Holdings. Sherin berasa tertekan memikirkan masalah rumahtangganya bersama Reza. Ruby menasihatinya supaya melawan tekanan perasaan.

Hussein terkenangkan kenangan lamanya bersama cucu kesayangannya, Reza. Zahid merasakan dirinya terasing selepas kembali bekerja di syarikat bapanya. Hussein menghilangkan stresnya dengan mendengarkan lagu lama di radio. Datin Faridah bimbang Zahid diberi jawatan biasa di syarikat suaminya, tetapi Datuk Hazim tidak mahu isterinya masuk campur. Nurul mahu abangnya, Nordin mencari Zahid dan menuntut semula hak Nurul yang dirampas oleh Zahid. Zahid meluahkan perasaan kecewanya kepada isterinya. Zarul mahu Zahid membuktikan kepada Reza yang dia komited dengan kerja, Zahid percaya adik iparnya masih tidak berpuas hati dengannya.
9416"Episod 94"7 Jun 2011

Datin Faridah mahu Sherin memujuk suaminya supaya tidak berkeras dengan Zahid, namun Sherin tidak mahu kerana bimbang Reza akan naik angin. Reza bertengkar dengan isterinya pada malam itu. Sherin mahu suaminya bertimbang rasa terhadap Zahid. Nurul berubah fikiran dan tetap mahu menuntut haknya daripada Zahid. Sherin meluahkan perasaan kecewa kepada ibunya. Reza keluar bersama Rita dan makan malam bersama. Nora dan Malik berasa pelik kerana anak tunggal mereka, Reza tidak menjenguk mereka di rumah sejak 2 bulan lalu. Malik mengesyaki yang Reza mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya dan ini membuatkan Nora bimbang.

Esoknya, Rita mahu Zahid menyiapkan kerja-kerjanya yang tertangguh. Sherin berasa tertekan memikirkan gelagat suaminya. Reza menyangka dia menerima panggilan telefon daripada Rita, rupanya daripada ibunya. Reza tiada masa untuk bercakap dengan ibunya di telefon kerana sibuk bekerja. Zahid merasakan dirinya dianaktirikan di Jaya Holdings. Datuk Hazim mahu Zahid mencari pengalaman dan mengubah corak hidup. Syamil mahu bermain dengan bapa saudaranya tetapi Reza tidak mahu melayannya. Keesokan harinya, Zahid berjumpa dengan Nordin. Nordin mahu Zahid bertanggungjawab terhadap Nurul. Sherin ternampak suaminya keluar bersama Rita. Dia kecewa suaminya bermain kayu tiga di belakangnya.

Hussein cuba menghubungi Reza, tetapi tidak dapat kerana Reza matikan telefonnya. Hussein bertambah tersinggung dengan perangai cucunya. Nordin mendesak Zahid untuk berkahwin dengan Nurul, tetapi Zahid enggan menuruti syarat abang Nurul. Zahid menceritakan situasi sebenar kepada Liza. Datuk Hazim bimbang hubungan Zahid dan Reza masih dingin. Reza keluar makan bersama isterinya, Sherin, dengan harapan untuk menjernihkan hubungan mereka sebagai suami isteri. Rita cuba menghubungi Reza, namun gagal.
9517"Episod 95"14 Jun 2011

Sherin masih sangsi terhadap suaminya yang cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Hussein dan Shima berasa pelik dengan perangai Reza sejak kebelakangan ini. Farish menghubungi Reza untuk bertanya khabar selepas sekian lama tidak berjumpa dan berhubung. Sherin meluahkan segala masalahnya kepada Mira. Mira bersimpati dengan situasi yang dialami oleh Sherin. Zahid berjumpa dengan Nurul dan Nordin. Farish bertanyakan sesuatu kepada Reza tentang hubungannya dengan Rita.

Nordin dan Nurul mahu Zahid jelaskan hutang RM1 juta kepada mereka. Nurul kecewa Zahid tidak menunaikan janjinya terhadapnya dahulu. Esoknya, Sherin berjumpa dengan ibu mertuanya dan meluahkan perasaan kecewanya terhadap keburukan suaminya. Nora menasihati Sherin supaya jangan cepat mengalah. Farish merasakan bahawa Reza telah banyak berubah dan menjadi seorang tidak makan saman. Keadaan di pejabat bertambah kecoh apabila Reza naik angin dengan abang iparnya yang bekerja sambil lewa. Sherin mahu suaminya bertanggungjawab jika apa-apa terjadi dalam rumah tangga mereka.

Reza dan Sherin meluangkan masa mereka minum petang. Sherin melayan anak saudaranya, Syamil sambil diperhatikan oleh Reza. Reza dan Rita berkunjung ke kelab malam untuk berhibur. Dalam keadaan yang serba salah, Sherin merasakan yang suaminya cuba mahu mencabar kesabarannya. Datuk Hazim dan Datin Faridah terperanjat dengan sikap menantu mereka yang datang ke kelab malam. Sherin berjumpa dengan suaminya di pejabatnya dan mahu bertanyakan sesuatu kepada Reza. Zahid mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Jaya Holdings kerana tidak tahan dengan sikap adik iparnya, tetapi Datuk Hazim mahu Zahid terus bekerja di Jaya Holdings. Reza dan isterinya, Sherin bertengkar sesama sendiri. Sherin kemudian meninggalkan pejabat suaminya.
9618"Episod 96"21 Jun 2011

Reza tertekan selepas bertengkar dengan isterinya, Sherin. Pada masa yang sama, di rumah, Reza telah terbaca sekeping nota ucapan selamat tinggal daripada Sherin dan ini membuatkan dia bertambah tertekan lagi, dan dia terus mencari isterinya. Reza cuba menghubungi Sherin, namun Sherin enggan menjawab panggilannya. Reza menjumpai isterinya di sebuah restoran yang mana mereka sering keluar makan bersama dan cuba memujuk Sherin untuk pulang ke rumah.

Sejak Rita bekerja di Jaya Holdings, Reza dilihat sering berduaan bersama setiausahanya. Zahid bertambah runsing kerana terasa dianaktirikan di syarikat bapanya. Datin Faridah bimbang dengan kedudukan Zahid di Jaya Holdings. Zahid menenangkan jiwanya yang berkecamuk. Liza tidak mahu suaminya bercakap tentang masalah di pejabat kepada ibunya. Sherin gembira kerana suaminya telah sedar dari kesilapan lalunya. Reza menasihati abang iparnya supaya tidak mengadu masalahnya kepada orang lain. Farish dan Mira meluangkan masa berborak bersama.

Nurul dan abangnya, Nordin bertemu dengan Reza dan memberitahunya bahawa Zahid masih berhutang dengan mereka. Reza tidak mahu masuk campur dalam urusan antara abang iparnya dan Nurul walaupun dipujuk oleh Nordin. Pada malam itu, Reza berjumpa dengan Farish dan meluangkan masa berbincang tentang kehidupan kerjaya masing-masing. Keesokan harinya, Sherin berjumpa dengan Mira.
9719"Episod 97"28 Jun 2011

Reza dan Sherin gembira mendengar khabar berita yang Farish dan Mira akan rujuk balik sebagai suami isteri. Rita memendam rasa, memikirkan hubungan intimnya bersama Reza. Malik diberi cuti sakit 2 hari. Nora meluahkan perasaan rindunya kepada anaknya. Rita tersinggung dengan sikap Reza yang merenggangkan hubungan intim mereka. Zahid ternampak Rita cuba menggoda adik iparnya dan meluahkan perasaan kecewanya kepada Zarul. Rita berpegang kepada tekadnya untuk menjatuhkan Reza di Jaya Holdings. Sewaktu Reza sedang mandi, Sherin terdengar bunyi telefon bimbit suaminya dan terkejut apabila Rita menghantar mesej yang bertulis "I MISS YOU" di telefon bimbit suaminya.

Mira akui tidak semudah untuk dia menerima Farish kembali dalam hidupnya. Apabila Zahid bertanya kepadanya tentang hubungannya dengan Reza, Rita hanya berdiam sahaja. Zahid mahu Rita menjauhkan dirinya daripada Reza dan memintanya untuk tidak menghancurkan rumah tangga Reza dan Sherin. Farish menceritakan tentang hubungannya dengan Mira kepada Reza, mereka meluangkan masa minum petang di sebuah kafe. Zahid meluahkan perasaan kecewanya dengan hubungan skandal adik iparnya dengan Rita. Sherin mendengar perbualan abangnya dan kakak iparnya. Zahid dan Liza gembira kerana anak mereka, Syamil diberi perhatian lebih oleh datuknya. Zahid menerima panggilan telefon daripada Nurul, namun dia enggan menjawab.
9820"Episod 98"5 Julai 2011

Sherin mahu suaminya berterus-terang tentang skandalnya dengan Rita, namun Reza tidak mahu mendengar rungutan isterinya. Reza menerima panggilan daripada datuknya, namun dia tidak melayan panggilan telefon datuknya. Sherin kecewa dengan cara suaminya melayan datuknya. Reza keluar makan malam bersama Rita. Zahid dan Zarul ternampak Rita menari bersama Reza di kelab malam. Keesokan harinya, Sherin balik ke kampung bertemu dengan nenek Reza. Zahid dan Zarul berasa serba tak kena selepas mereka berdua ditengking oleh Reza. Sherin meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya kepada datuk dan nenek Reza dan redha apa yang terjadi. Hussein dan Shima akan melakukan sebaik mungkin untuk merapatkan kembali hubungan cucu mereka dengan Sherin sebagai suami isteri.

Reza berjumpa dengan Farish dan Mira. Sherin pulang ke rumahnya selepas 2 hari bercuti di kampung dan teringat nasihat daripada datuk Reza. Sherin meluahkan perasaan kecewanya tentang hubungannya dengan suaminya kepada kakak iparnya. Nordin berjumpa dengan Reza dan mahu Reza memujuk abang iparnya supaya menerima tawaran Nordin untuk berkahwin dengan Nurul, tetapi Reza tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi abang iparnya. Nurul bertekad untuk bersemuka dengan Liza, namun dihalang oleh abang iparnya. Zahid mengetahui muslihat Rita yang meracuni adik iparnya dan menuduhnya sengaja memporak-perandakan rumah tangga Reza dan Sherin. Sherin dan Mira berjoging bersama sambil berkongsi cerita hal masing-masing. Nordin kecewa Zahid enggan menjawab panggilannya.
9921"Episod 99"12 Julai 2011

Hussein diserang sakit dada semasa berkebun bersama isterinya, Shima. Nurul bertekad untuk menuntut haknya yang dirampas oleh Zahid dahulu. Nordin menghubungi Reza dan mengugut untuk memalukan keluarga Datuk Hazim jika Zahid enggan menerima tawarannya. Fikiran Reza berkecamuk, memikirkan perangai abang iparnya. Rita sanggup buat apa saja untuk memenuhi nafsu serakahnya demi Reza. Hussein kembali sihat dan bekerja seperti biasa. Hussein enggan menerima rawatan di hospital walaupun dinasihati oleh Shima. Malik dan Nora semakin runsing memikirkan sikap anak mereka, Reza yang semakin menjauh daripada mereka. Pada malam itu, Reza mengajak Mira makan malam bersama. Mira terlihat SMS Rita dalam telefon bimbit Reza.

Sherin bertambah tertekan memikirkan krisis rumah tangganya yang semakin bergolak. Zahid bimbang adik iparnya, Reza semakin hanyut dengan Rita setelah melihat mereka berdua-duaan di pejabat. Dalam keadaan sedih, Nora menatap gambar anaknya, Reza dan memikirkan yang anaknya semakin menyimpang jauh daripadanya. Datuk Hazim bingung dengan sikap menantunya yang semakin tersasar dan semakin intim dengan Rita. Zahid mahu bapanya mengambil alih jawatan CEO Jaya Holdings kerana Reza dilihat hilang fokus kepada jawatannya. Datin Faridah bersetuju dengan kenyataan Zahid dan mahu suaminya menurunkan pangkat Reza kepada jawatan asal.

Zahid mendedahkan bahawa Reza telah menguasai saham 60% dalam Jaya Holdings dan ini mengejutkan Datin Faridah. Datuk Hazim hanya berdiam setelah disoal oleh isterinya. Reza semakin hari semakin intim dengan Rita dan tidak mempedulikan isterinya, Sherin. Nora menghubungi suaminya dan merungut tentang sikap Reza yang lupa diri. Sherin meluahkan perasaan kecewanya terhadap suaminya kepada Mira. Mira bengang dengan sikap Reza yang telah banyak berubah dan lupa daratan. Rita terbaca sekeping surat yang ditulis oleh Sherin. Surat Sherin antara lain meminta Rita supaya tinggalkan suaminya dan tinggalkan Jaya Holdings. Reza kemudian membaca nota itu. Rita mahu melepaskan jawatannya di Jaya Holdings, namun Reza tidak mahu Rita berhenti kerja dengannya. Sherin mengaku kepada suaminya yang dia menulis surat itu dan meminta abangnya menghantarnya. Sherin dan Reza berselisih faham tentang skandal suaminya dengan Rita dan meminta suaminya membuat keputusan samada memilih isterinya atau Rita. Datin Faridah semakin runsing memikirkan hal menantunya.
10022"Episod 100"19 Julai 2011

Datin Faridah mahu Reza buat pilihan sama ada menantunya pilih Rita atau Sherin. Namun, Reza tidak mahu ibu mertuanya mencampuri urusan peribadinya. Reza tetap dengan pendiriannya meskipun dinasihati oleh ibu mertuanya. Mira terkenangkan kenangan lamanya bersama Reza. Mira sedar bahawa pertemuannya dengan Reza hanyalah mimpi. Mira mahu Sherin mencari jalan penyelesaian untuk selesaikan krisis rumah tangganya, namun Sherin merasakan apa yang berlaku berpunca daripada suaminya. Danial menasihati Rita supaya teruskan agendanya untuk menjatuhkan Reza dalam Jaya Holdings. Sherin berharap suaminya akan sedar dan berubah satu hari nanti.

Reza enggan menjawab panggilan isterinya. Sherin kecewa suaminya tidak hiraukannya. Nordin meminta Nurul supaya bersemuka dengan Liza untuk menuntut kembali haknya. Nurul menghubungi Liza untuk berjumpa dengannya sekaligus menuntut haknya daripada Liza dan Zahid, tetapi Liza menolak. Tetapi, Liza berubah fikiran dan meminta Nurul bersabar. Hubungan Reza dengan isterinya, Sherin masih dingin. Nora semakin runsing memikirkan sikap anaknya, Reza dan teringat apa yang pernah diluahkan oleh suaminya tempoh hari. Reza dan Rita berhibur di kelab malam. Sherin semakin runsing memikirkan apa yang berlaku antaranya dengan suaminya. Zahid dan Liza bertemu dengan Nurul di sebuah restoran untuk mereka mendengar penjelasannya. Nordin yang berada di luar restoran, memerhatikan mereka dari dekat. Nora mendapat mimpi buruk tentang anaknya dan ditenangkan oleh Malik.
10123"Episod 101"26 Julai 2011

Sherin berkecil hati dengan sikap suaminya sejak kebelakangan ini sambil melihat gambar perkahwinannya bersama Reza. Zahid dan keluarganya tidak dapat berbuat apa-apa kerana Reza semakin naik tocang sejak berkuasa di Jaya Holdings. Sherin tidak mahu suaminya menghubunginya lagi sambil berpesan kepadanya bahawa Allah "akan sentiasa memerhatikan setiap perbuatan kita". Nordin bertemu dengan Zahid dan dia mahu Zahid bernikah dengan Nurul demi masa depan Nurul. Liza memberi restu kepada suaminya untuk berkahwin dengan Nurul dan dia rela bermadu.

Nurul dapat merasakan bahawa Zahid akan lebih bertanggungjawab apabila berkahwin dengannya. Mira terkilan apabila Reza lebih menyukai Rita berbanding Sherin. Zahid berjumpa dengan Nordin untuk membincangkan tentang perancangan untuk berkahwin dengan Nurul dan berjanji akan bertanggungjawab dan menebus dosa silamnya dengan Nurul. Liza redha dengan ketentuan ilahi jika dia hidup bermadu. Nordin berharap supaya adiknya akan menjadi isteri yang baik kepada Zahid dan sentiasa ingat dengan pesanannya. Pada masa yang sama, Reza mahu abang iparnya menyemak semula dokumen laporan. Shima mahu suaminya pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan, tetapi Hussein tidak mahu. Keadaan Hussein juga semakin membimbangkan sejak diserang sakit dada tempoh hari.
10224"Episod 102"2 Ogos 2011

Reza terus berkuasa di Jaya Holdings dan terus hanyut dengan Rita. Reza menerima panggilan telefon daripada datuknya, tetapi tidak menjawab panggilan datuknya. Hussein dan Shima hairan dengan gelagat cucu mereka sejak akhir-akhir ini sehinggakan Reza langsung tidak mengambil berat terhadap mereka, malah tidak pernah datang melawat mereka. Rita dan Danial meneruskan agenda mereka untuk menghancurkan keluarga Datuk Hazim dan Reza. Danial mengingatkan Rita bahawa ini adalah peluang terakhir untuknya sebelum meninggalkan Jaya Holdings. Zahid bertambah tertekan dengan apa yang berlaku di syarikat sambil ditenangkan oleh isterinya, Liza.

Datuk Hazim dan Datin Faridah bersetuju dengan keputusan Zahid untuk berkahwin dengan Nurul. Liza redha dengan ketentuan Ilahi apabila dia bakal bermadu dengan Nurul yang sebelum ini pernah bermusuh dengannya kerana Zahid. Datin Faridah berpesan kepada Zahid agar menunaikan tanggungjawabnya apabila beristeri dua. Farish mengambil keputusan untuk berkahwin dengan semula dengan Mira, tetapi Mira masih belum memberi jawapan kepadanya. Menjelang hari pernikahannya dengan Zahid, Nurul teringat pesanan abangnya. Reza bersikap angkuh terhadap isterinya, Sherin semasa bercakap dalam telefon apabila dia bercakap buruk tentang Zahid.

Zahid dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada Rita, namun Zarul menasihatnya agar berhati-berhati. Danial menasihati Rita untuk teruskan agenda mereka untuk menghancurkan Reza dan Zahid di Jaya Holdings. Malik mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Jaya Holdings kerana tidak tahan dengan pandangan orang terhadap anaknya, namun Nora menasihatinya supaya terus bekerja di Jaya Holdings. Rita mengajak Reza untuk berkahwin dengannya walaupun sedar bahawa dia telah beristeri, namun Reza tidak bersetuju kerana bimbang dengan reaksi Sherin terhadap mereka. Hussein masih terasa hati dengan sikap Reza sambil teringatkan kenangannya bersama cucunya semasa Reza masih kecil.

Datuk Hazim mendapat tahu bahawa Reza dan Sherin sedang berkrisis selepas dimaklumkan oleh isterinya. Reza dan Sherin berjumpa dengan ibu bapanya untuk menjelaskan perkara sebenar. Sherin bertambah kecewa dengan sikap ego suaminya yang seolah-olah mahu membela Rita, malah Reza bertindak mahu menampar Sherin. Malik dan Nora dapat merasakan bahawa Reza semakin menjauh daripada mereka. Pada malam itu, Zahid berjumpa dengan Rita dan mereka membincangkan sesuatu.
10325"Episod 103"9 Ogos 2011

Zahid dilihat keluar bersama dengan Rita, Zarul memerhatikan mereka dari jauh. Nora dan Malik sentiasa berharap agar rumah tangga anaknya dengan menantunya kembali pulih. Farish menasihati Reza supaya menjauhi Rita, tetapi Reza tidak mahu Farish masuk campur dalam urusan peribadinya. Ibu bapa Mira bertambah pening memikirkan sikap anak tunggal mereka dan berharap supaya Mira dan Farish merujuk semula. Danial dan Rita meneruskan rancangannya untuk menghancurkan Zahid dan Rita. Zahid masih mempertimbangkan tawaran Rita untuk dia kembali berkuasa di Jaya Holdings.

Dengan restu daripada keluarganya dan isterinya Liza, Zahid kini hidup berpoligami apabila dia berkahwin dengan Nurul dan ini telah menggembirakan Nordin untuk melihat adik perempuannya berkahwin dengan Zahid. Zahid terkenangkan kenangan lamanya bersama Liza dan Nurul sebelum mereka berdua menjadi isteri-isterinya dan berjanji untuk sentiasa berlaku adil kepada mereka. Liza menerima Nurul dengan seikhlas hati sekaligus melupakan persengketaan mereka di masa lampau. Rita memerlukan sedikit masa daripada Danial dan memintanya untuk bersabar dalam memastikan rancangan mereka untuk menjatuhkan Zahid dan Reza berjaya.

Hussein memikirkan sikap cucunya yang telah berubah. Zahid masih mempertimbangkan tawaran Rita untuk menjatuhkan Reza di Jaya Holdings, namun tidak mahu beri sebarang jawapan kepada Rita. Reza terus khayal dengan Rita, dan ini menyebabkan hubungannya dengan Sherin terjejas. Kerana tidak terdaya lagi untuk menghadapi tekanan setelah rumahtangganya bersama Reza hampir musnah, Sherin memutuskan untuk berpisah dengan Reza kerana suaminya dilihat memintingkan diri sendiri dan lebih mengutamakan Rita, namun dihalang oleh ibunya. Datin Faridah dapat merasakan bahawa menantunya telah terpedaya dengan setiausahanya.

Nora bertambah runsing memikirkan rumahtangga anak dan menantunya huru-hara dan meluahkan perasaan sedih kepada suaminya, Malik dan mereka akan mencuba sedaya upaya untuk mendamaikan hubungan Reza dan Sherin. Hubungan Liza dan Nurul menjadi baik setelah mereka menjadi isteri-isteri Zahid. Sherin teringatkan nasihat dan teguran daripada ibunya. Pada hari itu, Reza tidak datang ke pejabat dan kebelakangan ini dia dilihat tidak pedulikan lagi syarikat. Zahid dan bapanya perlu membuat sesuatu untuk menyelamatkan Jaya Holdings dan memulihkan perkahwinan Reza dan Sherin sebelum keadaan menjadi huru-hara akibat tipu muslihat Rita. Datuk Hazim dan Datin Faridah kecewa dengan sikap Reza yang biadap dengan mereka sampai sanggup menipu bapa mertuanya kononnya yang dia tidur di hotel. Datuk Hazim menyesal kerana menyerahkan kuasa penuh syarikat kepada Reza.
10426"Episod Akhir"16 Ogos 2011

Hussein menjadi runsing memikirkan sikap cucu tunggalnya, Reza. Hubungan Reza dengan isterinya, Sherin bertambah terjejas sehingga mereka tidak bertegur sapa. Farish dan Mira telah membuat keputusan untuk membina hidup baharu dan merujuk semula sebagai suami isteri. Rita menghasut Zahid untuk bersubahat dengannya untuk menghancurkan kerjaya Reza di Jaya Holdings. Malik mahu bertemu dengan anaknya, Reza namun dia menolak permintaan bapanya kerana kesibukannya. Ini membuatkan Malik kecewa dengan sikap Reza yang telah berubah sejak menerajui Jaya Holdings. Zahid kini telah berpoligami dengan mengambil Nurul sebagai isteri keduanya. Hubungan Liza dan Nurul bertambah baik, dan tidak lagi bercakaran. Datuk Hazim mahu Zahid sentiasa berlaku adil kepada isteri-isterinya.

Reza mahu menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungannya dengan Rita kepada Sherin, namun Sherin tidak mahu mendengar sebarang penjelasan daripada suaminya. Nora mahu mencari anaknya, Reza, namun dihalang oleh Malik. Sebaik sahaja pulang dari berkebun, Hussein diserang sakit jantung dan sempat meminta bantuan daripada Shima. Shima menjerit minta tolong daripada penduduk-penduduk kampung. Reza menerima panggilan daripada ibunya untuk memaklumkan kepadanya bahawa datuknya sakit di kampung, dan memintanya balik kampung menziarahi datuknya, namun Reza bersikap lepas tangan.

Nora, ditemani oleh suaminya, Malik menziarahi ibu bapa mereka di kampung. Nora terkejut dan bersedih melihat keadaan bapanya yang terlantar sakit selepas diserang sakit jantung pada tengahari hari itu. Shima kecewa kerana cucunya tidak meluangkan masa menziarahi datuknya kerana Reza dilihat sudah tidak mengambil berat lagi terhadap datuknya. Reza terus khayal dengan dunia fantasinya bersama Rita tanpa memikirkan apa yang akan menantinya di penghujung. Tanpa disedari Reza, Rita memasukkan ubat tidur dalam minuman Reza. Malik cuba menghubungi Reza, tetapi panggilan tidak dijawab.

Pada hari itu, Rita bertemu dengan Zahid dan mengajaknya untuk bersubahat dengannya bagi menjatuhkan Reza, namun Zahid menolak permintaan Rita kerana Zahid tidak mahu berselisih faham lagi dengan Reza kerana kuasa, harta dan wang. Zahid meminta Rita supaya jangan ganggunya dan keluarganya lagi. Datuk Hazim dan Datin Faridah terkejut setelah Sherin memberitahu mereka bahawa datuk Reza meninggal dunia di kampung pada pagi hari itu. Datuk Hazim menasihati Zahid supaya mencari Reza. Reza keluar secara senyap-senyap dari rumah Rita. Apabila Reza pulang ke rumah keluarga mertuanya, abang iparnya, Zahid memaklumkan kepadanya bahawa datuknya telah menghembuskan nafas terakhir.

Zahid kemudian menceritakan perkara sebenar tentang tipu muslihat Rita dan memberi bukti berupa rakaman percakapan antaranya dengan Rita kepada Reza. Air muka Reza berubah selepas dia mendengar rakaman suara tersebut dan menyedari yang dirinya hampir terjerat oleh agenda jahat Rita. Zahid dan Reza akhirnya berdamai sekaligus menamatkan persengketaan antara mereka sejak sekian lama. Jenazah Hussein diusung keluar dari rumahnya untuk disemadikan di tanah perkuburan. Nora bersedih atas pemergian bapanya. Reza kemudian pulang ke kampung datuk dan neneknya, dan menerima panggilan telefon daripada Rita, namun dia memarahi Rita setelah mengetahui segala muslihat setiausahanya. Rita berasa kecewa setelah tipu muslihatnya telah diketahui oleh Reza. Reza kemudian memohon maaf kepada isterinya, Sherin, keluarganya, keluarga mertuanya dan neneknya, namun tidak diendahkan oleh mereka. Dalam keadaan dirinya yang meraung kesedihan, Reza terkilan kerana tidak dapat menatap wajah datuknya buat kali terakhir, kemudian dia membantu mengusung jenazah datuknya sehingga ke tanah perkuburan dan memberi penghormatan terakhir.

Catatan: Lagu "PadaMu Ku Bersujud" nyanyian Afgan Syahreza dimainkan semasa kredit akhir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kisah ketabahan Si Capik di TV2 setiap Selasa". Berita Harian. 19 Mei 2009. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  2. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (31 Mei 2009). "Kisah sedih jejaka capik di TV2". Berita Minggu. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  3. ^ "Si Capik jadi ego". Harian Metro. 18 Februari 2011. Dicapai pada 24 Oktober 2021.