Serangan Norway 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangan pengganas di Norway pada Julai 2011

Gambar selepas berlakunya letupan di Oslo
[[file:Templat:Location map Norway Buskerud|250px|Oslo yang terletak di Templat:Location map Norway Buskerud]]<div style="position: absolute; top: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; left: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; height: 0; width: 0; margin: 0; padding: 0;"><div style="position: relative; text-align: center; left: -Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenalipx; top: -Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenalipx; width: Templat:Location map Norway Buskerudpx; font-size: Templat:Location map Norway Buskerudpx; line-height: 0;" title="">[[File:Templat:Location map Norway Buskerud|Templat:Location map Norway BuskerudxTemplat:Location map Norway Buskerudpx|Oslo|link=|alt=]]
<div style="font-size: 90%; line-height: 110%; position: relative; top: -1.5em; width: 6em; Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali">Oslo
<div style="position: absolute; top: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; left: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; height: 0; width: 0; margin: 0; padding: 0;"><div style="position: relative; text-align: center; left: -Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenalipx; top: -Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenalipx; width: Templat:Location map Norway Buskerudpx; font-size: Templat:Location map Norway Buskerudpx; line-height: 0;" title="">[[File:Templat:Location map Norway Buskerud|Templat:Location map Norway BuskerudxTemplat:Location map Norway Buskerudpx|Utøya|link=|alt=]]<div style="font-size: 90%; line-height: 110%; position: relative; top: -1.5em; width: 6em; Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali">Utøya

Lokasi kejadian di kaunti Oslo dan Buskerud di Norway
Lokasi Oslo dan Utøya, Norway
Koordinat 59°54′54″U 10°44′48″T / 59.9149776°U 10.746544°T / 59.9149776; 10.746544 (2011 Oslo explosion)Koordinat: 59°54′54″U 10°44′48″T / 59.9149776°U 10.746544°T / 59.9149776; 10.746544 (2011 Oslo explosion)
Tarikh 22 Julai 2011 (2011-07-22)
15:25[1] (CEST)
Sasaran Parti Buruh Norway (Oslo)
Belia Parti Buruh (Utøya)
Jenis serangan Pengeboman dan tembakan
Senjata Bom kereta (ANFO)
Karbin Ruger Mini-14
Pistol Glock 17
Kematian 8 (Oslo)[2]
68 (Utøya)[2]
Jumlah: 76
Kecederaan 30 (Oslo)
66 (Utøya)[3][4]
Jumlah: 96
Pesalah Anders Behring Breivik

Serangan Norway 2011 berlaku apabila letupan bom berlaku di Regjeringskvartalet, Oslo, Norway, pada hari Jumaat, 22 Julai 2011 di luar pejabat Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg dan 17 bangunan pejabat kerajaan yang lain. Seterusnya kejadian tembakan berlaku di pulau Utøya di Tyrifjorden, Buskerud. Jenayah itu dilakukan oleh seorang lelaki rakyat Norway, berusia 32 tahun bernama Anders Behring Breivik yang kini telah ditahan. Masyarakat antarabangsa mengutuk serangan itu. 76 mangsa terbunuh akibat kejadian ini, 8 akibat pengeboman dan 68 lagi ditembak mati di kem belia Utøya.[2]

Pengeboman Oslo ini tidak ubah seperti pengeboman di Baghdad atau tindakan ganas Timothy McVeigh yang membunuh 168 orang dengan bom trak di Oklahoma City pada tahun 1995.

Norway pernah dilabel sebagai negara yang aman dan dikaitkan dengan anugerah keamanan nobel. Penduduknya hanya 4.8 juta.

Menurutnya, "Serangan itu kejam tetapi perlu" untuk mengalahkan dasar imigresen yang liberal dan penyebaran Islam. Dia percaya tindakan "sucinya" itu tidak patut dihukum.Dia mahukan revolusi agar semua termasuk ketua negara / Parti Buruh Norway akan faham. [5]

Letupan Oslo[sunting | sunting sumber]

Laporan awal menyatakan sebagai bom kereta meletup di luar pejabat Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg dan lain-lain bangunan pejabat kerajaan seperti Kementerian Minyak dan Kementerian Kewangan. Ketika itu , Menteri Kewangan Norway ,Sigbjørn Johnsen sedang bercuti di Denmark. Letupan itu boleh didengar kira-kira 7 kilometer jauhnya.

Sepanjang jalan di kawasan itu dipenuhi kaca dan serpihan letupan. Kereta yang rosak dan kemek-kemek berada berhampiran bangunan pejabat.Api masih terus membakar di Kementerian Minyak.

Nahas[sunting | sunting sumber]

Tujuh mayat ditemui akibat letupan Oslo itu, dengan 15 orang cedera dan 11 cedera parah. Doktor di Hospital Universiti Oslo menyatakan kakitangan hospital bertungkus-lumus merawat kecederaan otak manusia, dada dan perut.

Setiausaha Kerajaan Negeri Hans Kristian Amundsen menyatakan ramai orang sedang bercuti pada bulan Julai ini sempena musim panas.

Kesan ke atas pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Semua jalan-jalan ke kawasan pusat bandar Oslo ditutup , penduduk diarahkan pindah dan meminta mereka menjauhi bandar Oslo.Penduduk diarah mengurangkan penggunaan telefon bimbit kerana bimbang kemungkinan serangan seterusnya. Polis memeriksa pengguna jalan raya menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Oslo.Polis juga memeriksa kereta yang diparkir di lapangan terbang.Semua kereta api telah ditutup dan memeriksa bungkusan dan manusia yang mencurigakan.Pejabat TV2 telah dipindahkan.

Tembakan di Utøya[sunting | sunting sumber]

Dua jam selepas letupan Oslo itu , 40 kilometer di barat laut Oslo, berhampiran Tasik Tyrifjorden di pulau Utøya .Ada perkhemahan belia di kem musim panas setiap tahun anjuran sayap pemuda Parti Buruh Norway.Seramai 650 belia berusia 15-16 tahun sedang berkhemah. Anders Behring Breivik telah merancang serangan sejak dua tahun lalu iaitu 2009. Niatnya pernah disampaikan kepada saudaranya .Seperti dirancang dia menaiki bot dan melepaskan tembakan secara rawak terhadap belia yang menghadiri pesta minum-minum.Polis percaya kedua-dua insiden letupan dan tembakan membabi-buta itu berkaitan.

Anders Behring Breivik berpakaian seperti pegawai polis, meminta orang ramai supaya berkumpul sebelum menembak mereka .Ramai yang terbunuh dan cedera. Remaja yang melarikan diri ke dalam tasik turut ditembak. Mangsa tembakan itu kebanyakannya lelaki berusia 15 dan 16 tahun. Mereka yang terselamat telah bersembunyi di bilik mandi atau semak, berkomunikasi melalui SMS dan mengelak daripada memberi kedudukan mereka kepada lelaki bersenjata itu .Seramai 85 orang ditembak mati , sekali atau dua kali di kepala. Seramai 97 orang cedera. Masih ada yang hilang kerana melarikan, bersembunyi dan berenang.

Pada 23 Julai 2011, stesen televisyen NRK dan TV2 membuat liputan secara langsung dari politistasjon Sentrum di Oslo Norway .Pesuruhjaya Polis Norway, Øystein Mæland mengesahkan bilangan mangsa yang terbunuh di Utøya mencecah 85 orang.Jumlah itu dijangka meningkat kerana mungkin ada mayat yang tenggelam.

Apabila polis sampai dengan bot sejam kemudian, dia tampil menyerah diri.

Siapa Anders Behring Breivik[sunting | sunting sumber]

Anders Behring Breivik (dilahirkan pada 13 Februari 1979), telah ditangkap di Utøya kerana melakukan tembakan membabi-buta dan dikaitkan dengan pengeboman Oslo.

Stesen televisyen NRK mengesahkan lelaki ini warga Norway, berambut perang ,bermata biru dan bersikap anti-Islam di Internet. Motif serangan belum dikenalpasti. Beliau dilaporkan telah menulis komen-komen di laman web anti-Islam.

Beliau mengendalikan syarikat ladang pertanian bernama Breivik Geofarm di Rena, timur laut Norway . Ladangnya menanam sayur-sayuran dan biasa menggunakan baja dan racun ammonium nitrate yang banyak. Bahan ini boleh disalahgunakan menjadi bahan menambah kekuatan letupan. Breivik memiliki senjata api dan menyertai kelab pistol. Pakaian seragam polis yang dipakainya menyerupai pakaian seragam polis sebenar . Dia menggunakan pistol tangan automatik, senapang patah dan mitralyur ringan.Dia menggunakan senapang patah untuk menembak kepala mangsa.

Anders Behring Breivik belajar di Sekolah Perdagangan Oslo . Akhbar Geng Verdens melaporkan dirinya seorang Kristian, konservatif, nasionalis dan ahli Freemason. Dia peminat Winston Churchill dan anti-Nazi Perang Dunia II wira Max Manus , serta ahli falsafah liberal sosial John Stuart Mill.Dia seronok bermain video games seperti World of Warcraft ,Modern Warfare 2, dan buku seperti Machiavelli “The Prince” dan karya George Orwell “1984.”Maklumat itu diperolehi dari laman Twitter dan Facebook miliknya.

Anders Behring Breivik telah menulis 1500 halaman manifesto anti Islam di Internet, ditulis dalam bahasa Inggeris.Dia menerangkan tentang falsafah ganas , bagaimana dia merancang dan bahan letupan yang dibuat. Tajuknya "2083- Pengisytiharan Kemerdekaan Eropah". Manifesto itu dipos sebagai pengasas organisasi Knight Templar moden , Pergerakan Crusader (gerakan anti Islam) , Hak Bersenjata Pertubuhan Peribumi iaitu tentang tentera salib yang dilantik sendiri untuk memperjuangkan nasib agama Kristian.

Baginya perintah Knight Templar bertujuan menentang penubuhan liberal Eropah yang menuju ke arah kemusnahan Eropah. Knight Templar adalah kerahan dan perintah zaman pertengahan perang salib pahlawan rahib yang telah dibentuk semula di London pada 2002.

Dalam video di Youtube bertajuk "Knight Templar 2083" menunjukkan dia berpakaian skuba dengan senjata automatik. Dia menyerang "penjajahan Islam dan Islamisasi Eropah Barat" dan menyeru kepada "Kebangkitan budaya Marxisme / kepelbagaian budaya" [6]


Militan Islam turut dituding[sunting | sunting sumber]

Norway menghantar 550 askar dan 3 buah helikopter di utara Afghanistan. Pejabat Anti Pengganas Amerika Syarikat turut menuding kepada pengganas bawah tanah yang mungkin bertanggungjawab. Antaranya ialah kumpulan Ansar al-Jihad al-Alami, atau Penyokong Jihad Global. Pada 2004 dan 2008, pemimpin no 2 Al Qaeda, iaitu Ayman al-Zawahri pernah menyasarkan Norway kerana menghantar tentera menyokong NATO di Afghanistan.

Namun pemimpin Islam di Norway mengutuk serangan itu. Setiausaha Majlis Islam Norway , Mehtab Afsar dengan tegas menyatakan 'Norway adalah tanah air kami, tanah air kita semua'.[7]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

  1. Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg dalam sidang media di Oslo menyatakan polis akan menahan mereka yang bertanggungjawab.Tiada sesiapa yang dapat menakutkan rakyat Norway.
  2. Menteri Keadilan Knut Storberget mengesahkan bahawa suspek yang ditangkap di kem belia Utøya sememangnya rakyat Norway sendiri.
  3. Kesatuan Eropah : Presiden Majlis Eropah , Herman Van Rompuy menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan pengecut.
  4. NATO : Ketua Setiausaha, Anders Fogh Rasmussen mengutuk perbuatan kejam keganasan di Norway itu.

Reaksi terhadap Knight Templar moden[sunting | sunting sumber]

Tindakan pengganas tempatan alam Knight Templar Moden ini akan menimbulkan perdebatan berpanjangan di Parlimen Norway. Pilihan raya yang dijadual pada September 2011 pasti akan terencat. Semua pihak sepatutnya bersetuju dengan peraturan permainan politik.

Norway telah lama membuka imigresen dan menyambut semua pendatang. Dasar ini dikritik oleh Parti Kemajuan populis yang didokong oleh Breivik. Akan ada Norway lama dan Norway baru selepas ini.

Di Katedral Oslo, padri 42 tahun , Aanes Britt mengucapkan syukur kerana tindakan ini bukan dari pengganas Islam seperti tersangka.Ini bermakna polis Norway memberi tumpuan kepada militan Al Qaeda dan terlepas pandang ancaman dalam negeri. [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]