Seventeen (kugiran Indonesia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seventeen
Berasal dariIndonesia Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia
Genrealternative rock, pop rock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1999-2018
Syarikat rakaman
Bekas ahliRiefian Fajarsyah
Windu Andi Darmawan
Muhammad Awal Purbani
Herman Sikumbang
Yudhi Rus Harjanto
Yohan Saputro
Zulianto Angga

Seventeen ialah sebuah kumpulan muzik pop rock yang diasaskan di bandaraya Yogyakarta, pada tahun 1999 di Indonesia. Barisan akhir kumpulan muzik ini terdiri daripada penyanyi utama Riefian Fajarsyah (Ifan), pemain gitar Herman Sikumbang, pemain gitar bes Muhammad Awal Purbani (Bani), dan pemain dram Windu Andi Darmawan. Seventeen mengeluarkan enam album studio dan lima belas single.[1][2] Mereka mula disukai orang ramai kerana single yang berhasilkan kejayaan seperti "Selalu Mengalah", "Jaga Selalu Hatimu", "Jalan Terbaik", dan "Ayah".[3] Para peminat mereka digelar Kawan Seventeen.

Seventeen tengah membuat persembahan dalam sebuah khemah di tempat peranginan Pantai Tanjung Lesung pada 22 Disember 2018 apabila tsunami Selat Sunda membadai dari sebalik pentas persembahan. Bani, Herman, Andi, seorang ahli krew, berserta seorang pengurus jalan raya kepada Seventeen terbabit menjadi mangsa yang terkorban. Ifan, satu ahli kugiran yang tak wujud ini sahaja yang terselamat telahpun memaklumkan kerjaya solo beliau.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kugiran ini ditubuhkan oleh Yudhi Rus Haryanto, Herman Sikumbang, Zulianto Angga, dan Windu Andi Darmawan yang sama-sama belajar dalam sebuah sekolah menengah persendirian di Yogyakarta. Dengan sungguh-sungguh damba akan menubuhkan suatu kugiran, keempat-empat mereka meminta Bani untuk menyertai kugiran itu. Kemudian, Seventeen secara rasmi telah ditubuhkan pada 17 Januari 1999. Nama kugiran tersebut, "Seventeen" yang tercalon sesuai kerana semua ahli kugiran itu berumur 17 tahun. Setahun selepas itu, Yohan "Doni" Saputro menyertai kugiran itu untuk ikut bertempat dalam kedudukan sebagai penyanyi utama.[3]

Album pertama mereka, Bintang Terpilih sudah dikeluarkan pada 17 Julai 2003 menerusi Universal Music Indonesia. Ahli-ahli Seventeen berbincang kepada seorang joki video MTV Indonesia semasa itu, Arie Untung, mengenai sama ada dia boleh berduet dalam tajuk lagunya "Jibaku". Album ini sanggup mencecah angka jualan sehingga 75,000 salinan dan sebahagian lagu tersebut digunapakai untuk rakaman pengiring muzik sebuah drama lipur lara.

Dalam tahun 2008, penyanyi utama dan pemain gitar Doni, pemain dram Andi, dan pemain gitar Zozo meninggalkan kugiran Seventeen. Ahli kugiran Seventeen yang masih tinggal itu pernah terkeliru supaya dapat menemui penggantian yang sama rancak dengan Doni untuk kedudukan sebagai penyanyi utama yang sedang genting itu. Selepas bertempuh melalui proses ujian bakat menyanyi, mereka berempat dapatilah Ifan sebagai penyanyi utama mereka yang baru. Perbezaan ciri-ciri suara Doni dan Ifan mencergaskan pengubahan dalam kugiran Seventeen dengan semakin condong secara drastik menuju ke muzik pop sepertimana lagu mereka bertajuk Lelaki Hebat yang dikeluarkan pada tahun tersebut pula.

Dalam tahun 2018, mereka mengeluarkan single terbaru bertajuk Jangan Dulu Pergi yang ditulisi untuk mengingati bapa Ifan yang telah wafat.[4] Video muzik lagu itu telah dikeluarkan pada 10 Jun 2018. Ianya merupakan karya musik akhir kugiran tersebut sehingga apabila penyanyi utama kugiran itu mengucap minta diri daripada dunia muzik Indonesia dek kerana tsunami yang menahaskan persembahan kugiran tersebut.

Tsunami Selat Sunda 2018[sunting | sunting sumber]

Seventeen tengah mengadakan persembahan bersempena acara perhimpunan keluarga sebuah syarikat elektrik negeri di kawasan Tanjung Lesung, Banten, Indonesia, apabila letusan daripada Gunung Anak Krakatau mencetuskan tsunami dan tiba-tiba menyentap dari sebalik pentas. Semua ahli kugiran dilanda teruk oleh tsunami. Pemain gitar bes Bani dan pengurus jalan raya kepada Seventeen Oki Wijaya telahpun disahkan maut berada berhampiran tempat pentas. Jasad pemain gitar Seventeen Herman Sikumbang ditemui beberapa jam selepas dimaklumkan hilang. Ahli krew Rukmana “Ujang” Rustam berserta isteri kepada Ifan, pelakon perempuan dan penyampai acara televisyen, Dylan Sahara, antara mangsa terkorban dibadai tsunami.[5]

Ifan yang terselamat daripada nahas tsunami itu menjadi satu-satunya ahli Seventeen yang hidup. Beliau pula memaklumkan bahawa Seventeen kini telah dibubarkan dan beliau hendak meneruskan kerjaya sebagai pengkarya lagu solo.[6][7][8]

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Riefian "Ifan" Fajarsyah – vocals (2008–2018)
  • M. Awal "Bani" Purbani – gitar bes (1999–2018; meninggal dunia)
  • Herman Sikumbanggitar (1999–2018; meninggal dunia)
  • Windu Andi Darmawan – dram (1999–2018; meninggal dunia)
  • Zulianto "Zozo" Angga – guitar (1999–2008)
  • Yudhi Rus Harjanto – guitar (1999–2012)
  • Yohan "Doni" Saputro – vocals, guitar (2000–2007)

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Studio albums[sunting | sunting sumber]

  • Bintang Terpilih (2003)
  • Sweet Seventeen (2005)
  • Lelaki Hebat (2008)
  • Dunia Yang Indah (2011)
  • Sang Juara (2013)
  • Pantang Mundur (2016)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Jibaku" (menampilkan Arie Untung) (2003)
  • "Jika Kau Percaya" (2005)
  • "Selalu Mengalah" (2008)
  • "Untuk Mencintaimu" (2008)
  • "Lelaki Hebat" (2008)
  • "Jalan Terbaik" (2008)
  • "Jaga Selalu Hatimu" (2011)
  • "Hal Terindah" (2011)
  • "Sang Juara" (2013)
  • "Sumpah Ku Mencintaimu" (2013)
  • "Cinta Jangan Sembunyi" (2014)
  • "Bukan Main Main" (2015)
  • "Aku Gila" (2015)
  • "Menunggu Kamu" (2016)
  • "Kemarin" (2016)
  • "Jangan Dulu Pergi" (2018)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejarah Band Seventeen". Serba Serbi (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-10-29.
  2. ^ "Kapanlagi.com: Musik – Rilis Album Ketiga, Band Seventeen Datangi Pembajak". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesian). Dicapai pada 2018-10-29. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b Azanella, Luthfia Ayu (2018-12-24). "20 Tahun Seventeen, Ganti Personel dan Label, hingga Tragedi Tsunami". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-12-25.
  4. ^ Ardian, Dicky (2018-03-23). "'Jangan Dulu Pergi', Seventeen Kawinkan Musik Tekno dengan Kerinduan". Detik.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-12-26.
  5. ^ Post, The Jakarta. "Seventeen's Ifan loses wife to tsunami". The Jakarta Post. Dicapai pada 27 Disember 2018.
  6. ^ Webb-Liddall, Alice (23 December 2018). "Dramatic footage shows moment Indonesia tsunami hits band performing on beach". NewsHub.co.nz. Dicapai pada 24 December 2018.
  7. ^ "Indonesia tsunami: Wave crashes into local pop band Seventeen's concert". Channel News Asia. 23 December 2018. Dicapai pada 24 December 2018.
  8. ^ "'Volcano tsunami' hits Indonesia after Krakatoa eruption". BBC News. 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.