Shamsul Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shamsul Amin
Shamsul Amin di majlis penyampaian Anugerah Penulis Muda ASEAN 2015 di Bangkok, Thailand.
Shamsul Amin di majlis penyampaian Anugerah Penulis Muda ASEAN 2015 di Bangkok, Thailand.
LahirMohamad Shamsul Amin bin Md Yusof
(1993-05-26) 26 Mei 1993 (umur 30)
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
PekerjaanPenulis, penyunting, konsultan penerbitan
BahasaBahasa Melayu
WarganegaraMalaysia Malaysia
PendidikanAkademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Alma materSekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang
GenreCerpen, sastera, esei
Pergerakan sasteraPersatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
AnugerahAnugerah Menteri Besar Pahang (2010)
ASEAN Young Writers Award (2014)
Laman web
http://shamsulamin.net

Shamsul Amin atau nama sebenar, Mohamad Shamsul Amin bin Md Yusof (Jawi: محمد شمس الأمين مد يوسف) ialah seorang penulis dan editor di Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Shamsul Amin dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim pada 26 Mei 1993 dan bergiat aktif dalam bidang penulisan fiksyen dan bukan fiksyen, terutama dalam genre cerpen dan esei.

Pada tahun 2013, beliau salah seorang daripada 10 penulis muda Malaysia yang terpilih mengikut program residensi Kembara Penulis Muda ke United Kingdom anjuran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)[1].

Beliau merupakan penerima Malaysia bagi Anugerah Penulis Muda ASEAN sempena pengajuran Anugerah Penulisan SEA yang ke-35 oleh Kerajaan Thailand pada tahun 2015.[2]

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

Senarai hasil penulisan Shamsul Amin sepanjang tahun aktif (2007-kini).

Cerpen[sunting | sunting sumber]

Tahun terbitan Judul karya Media penulisan Penerbit Catatan
2008 Kerana Novel Dewan Sastera Dewan Bahasa & Pustaka
2009 Ombak di Hati Antologi Puisi dan Cerpen Kunci Gerbang Masa
2011 Reben Hitam Untuk Mereka Tunas Cipta
2012 Cahaya Itu Sebentar Cuma Dewan Kosmik
2013 Siti Nurmalaysia Antologi puisi dan cerpen Siti Nurmalaysia
2013 Antisistem Antologi cerpen Cantuman Mimpi Institut Terjemahan & Buku Malaysia dan Legasi Oakheart
2014 Ceteris Paribus, Armageddon Pun Terjadi Antologi cerpen Bukan Dorman Legasi Oakheart
2016 Fitt Gaviota Antologi cerpen Wajah Kita Dewan Bahasa & Pustaka
2016 Di Hamparan Perada N/A N/A *cerpen pencalonan ASEAN Young Writers Award 2014 [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  1. Laman blog rasmi
  2. Laman Goodreads Author
  3. Saluran Youtube