Silvio Berlusconi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Silvio Berlusconi
Perdana Menteri Itali
Dalam jawatan
8 Mei 2008 – 16 November 2011
PresidenGiorgio Napolitano
Didahului olehRomano Prodi
Digantikan olehMario Monti
Dalam jawatan
11 Jun 2001 – 17 Mei 2006
PresidenCarlo Azeglio Ciampi
TimbalanGiulio Tremonti
Gianfranco Fini
Marco Follini
Didahului olehGiuliano Amato
Digantikan olehRomano Prodi
Dalam jawatan
10 Mei 1994 – 17 Januari 1995
PresidenOscar Luigi Scalfaro
TimbalanGiuseppe Tatarella
Roberto Maroni
Didahului olehCarlo Azeglio Ciampi
Digantikan olehLamberto Dini
Anggota Dewan Rakyat
Dalam jawatan
21 April 1994 – 12 Jun 2023
Kawasan pilihan rayaXV – Lazio I (1994–1996)
III – Lombardy I (1996–2006)
XIX – Campania I (2006–2008)
XVIII – Molise I (2008–2023)
Butiran peribadi
Lahir(1936-09-29)29 September 1936
Milan, Itali
Meninggal dunia12 Jun 2023(2023-06-12) (umur 86)
Milan, Itali
Parti politikIl Popolo della Libertà (2009–kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Forza Italia (1994–2008)
PasanganCarla Dall'Oglio (k. 1965–1985, cerai)
Veronica Lario (k. 1990–2010, cerai)
Anak-anakMarina
Pier Silvio
Barbara
Eleonora
Luigi
Alma materUniversiti Milan
ProfesionUsahawan
Tandatangan

Silvio Berlusconi ([sil-vi-o bĕr-lus-ko-ni], Itali: [ˈsilvjo berluˈskoːni]  ( listen); 29 September 1936 – 12 Jun 2023) ialah seorang ahli politik, usahawan, dan pemilik media dari Itali yang merupakan ketua parti Il Popolo della Libertà, suatu gerakan politik sayap tengah-kanan yang ditubuhkan olehnya pada tahun 2007 di Rom. Beliau telah tiga kali menyandang jawatan Perdana Menteri Itali, dengan tempoh yang paling terkini antara tahun 2008 hingga 2011.

Berlusconi ialah pengasas dan pemegang saham utama Fininvest, sebuah perbadanan Itali kedua terbesar (selepas Fiat) yang terlibat dalam perniagaan kewangan dan media, terutamanya tiga buah saluran televisyen nasional. Bersama-sama, ketiga-tiga saluran ini menguasai hampir separuh daripada pasaran televisyen Itali.

Sejak tahun 1986, Berlusconi juga amat dikenali sebagai presiden A.C. Milan, sebuah pasukan bola sepak Itali yang terkenal. Di bawah kepresidenannya, pasukan ini telah memenangi sebilangan piala negara dan antarabangsa. Menurut majalah Forbes, Berlusconi ialah orang yang paling kaya di Itali. Beliau dikatakan seorang yang telah berjaya atas usaha sendiri (sila lihat bahagian), dan aset peribadinya sebanyak ASD$11 bilion pada tahun 2006 menjadikannya sebagai orang yang ke-37 terkaya di dunia [2].

Kebangkitan Berlusconi dalam arena politik amat cepat. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri menyusul plihan raya Mac 1994 ketika Forza Italia memperoleh majoriti yang relatif, hanya tiga bulan selepas parti politiknya ditubuhkan secara rasmi. Tanpa berasa segan, beliau membentuk pentadbiran sayap kanan buat pertama kali dalam 34 tahun. Bagaimanapun, kabinetnya gagal selepas tujuh bulan, disebabkan percanggahan pendapat dalaman dalam kerajaan campuran sayap tengah-kanannya. Dalam pilihan raya 1996, Berlusconi bertanding sekali lagi untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi ditewaskan oleh Romano Prodi, calon sayap tengah-kiri. Dari 1996 hingga 2001, beliau menjadi ketua pembangkang parlimen. Dalam pilihan raya 2001, Berlusconi sekali lagi bertanding untuk jawatan Perdana Menteri sebagai calon sayap tengah-kanan dan pada kali ini, menewaskan Francesco Rutelli, calon sayap tengah-kiri. Beliau kemudian membentuk kerajaan kedua dan ketiganya yang bersama-sama berlangsung selama lima tahun — tempoh yang paling lama dalam sejarah Republik Itali.

Berlusconi ialah ketua parti campuran sayap tengah-kanan dalam pilihan raya 2006 pada bulan April. Beliau sekali lagi ditewaskan oleh Romano Prodi, calon sayap tengah-kiri, dan pada 17 Mei 2006, diwarisi olehnya secara rasmi.

Dalam bidang ekonomi, Berlusconi menyokong dasar-dasar yang konservatif, seperti penurunan cukai dan pengenaan kekangan yang tidak begitu ketat terhadap syarikat-syarikat dalam usahanya untuk menggalakkan pertumbuhan. Dalam dasar luar negara, beliau amat menyokong Amerika Syarikat, kekadang sehingga menjejaskan hubungan dengan negara-negara Eropah yang lain; khususnya, beliau menyokong George W. Bush dalam Serangan Iraq 2003 yang diketuai oleh Amerika Syarikat, dan menurunkan angkatan bersenjata Itali untuk menyertai "Gabungan yang Rela" (hanya untuk mengawal keamanan selepas serangan). Dalam perkara-perkara dasar sosial, kerajaan Berlusconi telah melaksanakan rancangan yang nyata sekali bersifat sayap kanan: meluluskan undang-undang yang lebih ketat terhadap imigrasi, permanian beradas, dan penggunaan drug.

Walaupun banyak aspek daripada kehidupan dan keperibadian Berlusconi adalah penuh dengan perbalahan, perkara yang mungkin menyebabkan beliau merupakan satu kes yang agak unik dalam politik moden ialah persoalan pemilikan dan pengawalan media. Menurut lawan-lawan Berlusconi, saluran-saluran TV Mediaset (bahagian media Fininvest) telah memainkan peranan yang penting dalam kejayaan politiknya melalui penyiaran propaganda-propaganda terbuka atau "terselidung" dalam waktu berita atau rancangan berorientasikan maklumat yang lain. Sebaliknya, penyokong-penyokong Berlusconi mendakwa bahawa rangkaian-rangkaian itu selalu memeliharakan pendirian politik yang berkecuali. Bagaimanapun, persoalan ini telah merupakan persoalan yang memecahbelahkan sejak Berlusconi menjadi perdana menteri, dengan sayap kiri menuduhnya kerana menyalahgunakan jawatan perdana menterinya untuk menguasai saluran-saluran TV Radiotelevisione Italiana yang merupakan badan dalam syarikat milik orang ramai. Pada praktiknya, lawan-lawan Berlusconi mempertahankan, ini membenarkan Berlusconi untuk menguasai hampir kesemua sumber maklumat TV, manakala sayap kanan menegaskan bahawa saluran-saluran RAI adalah berat sebelah terhadap sayap tengah-kiri. Oleh sebab perkara ini adalah susah untuk mencapai penyelesaian yang objektif disebabkan sifatnya, perdebatan politik di Itali telah menjadi agak merenggangkan kerana petanding-petanding sering kelihatan langsung tidak mempunyai sebarang sumber maklumat berkongsi yang boleh dianggap berkecuali dan boleh dipercayai. Sedangkan Berlusconi telah meletakkan jawatan-jawatan dalam kumpulan komersilnya pada tahun 1994 ketika menyandang jawatan politik, beliau masih merupakan pemegang saham yang terbesar, dan kesemua jawatan utama dipegang oleh keluarganya atau rakan-rakan usaha sama yang rapat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Silvio Berlusconi". Nndb.com. Dicapai pada 10 September 2011.
  2. ^ Silvio Berlusconi daripada Forbes.com: Senarai Forbes untuk Orang Terkaya di Dunia. Dicapai pada 2006/01/03

Pautan luar[sunting | sunting sumber]