Platun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Simbol standard NATO bagi sebuah platun infantri.

Platun (bahasa Inggeris: platoon) adalah satu unit kecil yang menjadi asas pembentukan formasi yang lebih besar di dalam Tentera Darat Malaysia, malahan semua pasukan tentera.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkataan Platun berasal daripada perkataan Perancis Peloton bererti bola kecil ataupun sekumpulan orang daripada kumpulan yang lebih besar.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Dalam pasukan tentera, satu platun ialah unit yang mempuyai tiga puluh hingga empat puluh orang anggota dan pada lazimnya diperintah oleh seorang Leftenan ataupun Leftenan Muda dan dibantu oleh seorang pegawai tanpa tauliah (Senior NCO). Platun seterusnya dipecahkan menjadi 3 atau 4 Seksyen ataupun Skuad dengan satu Seksyen bertindak selaku Skuad Markas. Ketua Platun lazimmnya berada di Seksyen Markas. Kebiasaannya, 3 ataupun 4 Platun digabungkan untuk menjadi satu Kompeni.

Dalam platun Infantri, anggota-anggota platun bergerak masuk ke medan tempur dan bergerak di dalam medan tempur dengan berjalan kaki (asal nama infantri). Namun demikian, ada Platun khusus yang diberikan kelengkapan berbeza daripada platun infantri dan bertindak memberikan bantuan kepada Platun Infantri. Platun Bantuan boleh dilengkapkan dengan mortar, senjata berat (mesingan), roket penangkis kereta kebal, dan sebagainya. Platun khas juga boleh dibentuk untuk menempatkan kumpulan pakar seperti askar peninjau (scout), penembak tepat (sniper) dan risik gempur (combat intelligence).

Tentera Darat Malaysia[sunting | sunting sumber]

Platun dalam Tentera Darat Malaysia biasanya dianggotai oleh 34 orang anggota, dan dibahagikan menjadi 4 Seksyen, di mana setiap seksyen mempunyai 8 orang anggota. Salah satu daripada 4 seksyen di dalam platun akan dijadikan Seksyen Markas dan mengambil peranan memberi perintah kepada keseluruhan platun. Ketua platun biasanya seorang Leftenan muda ataupun leftenan dan dibantu oleh Sarjan Platun. Jika platun dipecahkan, Sarjan Platun akan mengambil perintah satu satu daripada pasukan yang dipecahkan tadi.

Tentera British[sunting | sunting sumber]

Dalam pasukan Tentera Darat British, Ketua Platun lazimnya adalah seorang satu Leftenan atau Leftenan Muda dan dibantu oleh seorang sarjan (Sarjan Platun). Platun dibahagikan menjadi satu Seksyen Markas yang mengawal 3 Seksyen yang lain. Dalam pasukan khusus ataupun pasukan pakar, seorang kapten boleh mengetuai Platun, dan dibantu olehs eorang Pegawai Waran.

Tentera Amerika Syarikat dan Kor Merin Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Skuad Mesingan M240 adalah salah satu skuad dalam platun Tentera Amerika Syarikat

Tentera Darat[sunting | sunting sumber]

Dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, satu platun diperintah oleh Ketua Platun — biasanya Leftenan atau Leftenan Muda dan dibantu oleh Sarjan Platun E 7. Dalam pasukan infantry, Platun dipecahkan menjadi 4 Skuad yang dianggotai oleh 9 anggota diketuai oleh seorang Sarjan dan dilengkapkan sebagai 3 skuad raifel dan 1 skuad senjata berat.

Kor Marin[sunting | sunting sumber]

Kor Marin Amerika Syarikat mempunyai platun yang lebih besar dan dilengkapkan dengan senjaat lebih berat, bersesuaian dengan misi unik pasukan tersebut. Pasukan Marin memanggil Ketua Platun dengan gelaran "Platoon Commander" yang dibantu oleh Staf Sarjan.

Dalam pasukan Infantri Kor Marin, platun tempur biasanya mempunyai 3 skuad tempur dianggotai 13 orang, dengan 1 orang corpsman (medik), Ketua Platun dan Sarjan Platun. Platun Senjata Berat (weapons platoon) mempunyai 3 skuad yang dilengkapkan sebagai skuad mortar 60mm, skuad mesingan (GPMG) dan skuad gempur (assault squad)