Solat Subuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang

Solat Subuh adalah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh. Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat. Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.

Waktu untuk menunaikan solat subuh atau solat fajar adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.

Sebelum solat subuh, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Mereka yang menunaikan solat subuh lewat sejurus waktu subuh, lazimnya digelar oleh masyarakat Melayu sebagai "subuh gajah".

Solat Subuh Yang Dibuat Selepas Waktu Atas Sebab Tidak Sengaja Seperti Tidak Terjaga[sunting | sunting sumber]

Jika solat Subuh dilakukan selepas terbit matahari atas sebab tidak sengaja seperti tidak terjaga daripada tidur, solat Subuh berkenaan sah dan tidak perlu diqada (ganti). Ini kerana menurut hadis, sekiranya sesiapa tertidur dan terlupa solat hendaklah mengerjakan solat apabila dia terjaga atau teringat semula. Waktunya dikira ketika itu (Sabiq, Fiqh As Sunnah). Rujuk : Volume 1, Page 89a: Sleeping Through or Forgetting the Prayer [1] [2]



Lihat juga[sunting | sunting sumber]