Sosej

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wurst Jerman di atas pinggan
Biała, szynkowa, kiełbaska śląska, podhalańska (Poland)

Sosej ialah produk makanan yang disedia biasanya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan adakalanya ramaun lain seperti herba, dan biasanya dibungkuskan dalam selongsong. Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat lama.

Mula-mulanya selongsong ini diperbuat daripada usus haiwan, tetapi kini diperbuat daripada bahan sintetik. Sesetengah sosej dimasak ketika diproses, dan selongsong ini boleh ditanggalkan ketika ini. Sosej boleh dipelihara secara pengawetan, pengeringan dalam udara nyaman, atau salai. Rasa menonjol dalam sesetengah sosej adalah disebabkan penapaian oleh Lactobacillus ketika mengawet.

Selain dimakan sendirinya, sosej juga dijadikan bahan dalam makanan lain.