Stadium Shah Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stadium Shah Alam
SAStadium.png
Lokasi Stadium Shah Alam, Malaysia Shah Alam, Selangor, Malaysia
Koordinat Koordinat: 3°04′55″N 101°32′42″W / 3.082001°U 101.545038°B / 3.082001; -101.545038
Pecah tanah 1990
Dibina 1 Januari 1990
Dibuka 16 Julai 1994
Pemilik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Pengendali Selangor FA
Permukaan Padang rumput/Trek
Kos pembinaan RM460 million
Arkitek Hijjaz Kasturi
Kapasiti 69,372
Penyewa
Selangor FA (Liga Super Malaysia)
(1994-masa kini)

Stadium Shah Alam merupakan sebuah stadium serbaguna yang terletak di Shah Alam, Selangor. Ia merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang turut merangkumi Stadium Melawati (stadium tertutup). Kegunaan utamanya ialah untuk perlawanan bola sepak tetapi ia juga mempunyai kelengkapan untuk olahraga. Stadium ini merupakan tuan rumah bagi Selangor FA, dan mempunyai kapasiti penonton sebanyak 69,372. Sekiranya perlu, terdapat ruang untuk 11,000 orang lagi untuk berdiri menjadikan kapasitinya 80,000[1]. Pembinaan telah bermula pada tahun 1991, dan stadium ini telah dibuka secara rasmi pada Julai 1994, apabila pilihan Dundee United bertemu dengan pilihan Selangor FA dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi[2].

Stadium ini terletak di bahagian timur Shah Alam. Dengan enam tingkat, ia merupakan stadium terbesar di Selangor. Struktur rangkanya merupakan gerbang berdiri bebas terpanjang di dunia. Ia telah menjadi salah satu tanda tempat utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan. Dibina dengan teknologi terbaru, stadium ini popular dalam penganjuran acara sukan bertaraf dunia. Ia juga merupakan gelanggang utama skuad bola sepak kebangsaan dan perlawanan akhir Piala Malaysia dari 1994 sehingga 1997 sehingga Stadium Nasional Bukit Jalil dibina. Stadium ini direka bentuk oleh arkitek terkenal Malaysia, Hijjaz Kasturi.

Stadium ini mempunyai ruang letak kereta yang cukup untuk 5,500 buah kereta. Selain itu, stadium ini juga mempunyai litar perlumbaan kart, serta fakulti seni persembahan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pada masa kini, Stadium Shah Alam merupakan stadium tuan rumah pasukan bola sepak Selangor yang bermain dalam Liga Super Malaysia.

City Karting Enterprise[sunting | sunting sumber]

Bersebelahan dengan ruang letak kereta di luar stadium, City Karting Enterprise menjalankan litar perlumbaan kart yang lengkap dengan semua keperluan. Syarikat ini dijalankan oleh bekas juara Formula 2000 Asia Ng Wai Leong.

Litar ini muncul dalam The Amazing Race Asia musim 1 apabila semua pasukan perlu menyertai perlawanan go-kart.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Shah Alam Stadium
  2. Stadium Shah Alam

Pautan luar[sunting | sunting sumber]