Sungai Belawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Belawai
Sungei Belawai, Sg. Belawai
Sungai Belawai is located in Bumi
Sungai Belawai
Sungai Belawai (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit tak bernama
 • lokasikira-kira 1.9 kilometer ke arah barat dari Rumah Banyan, Daerah Selangau
 • ketinggian100–120 meter (328.1–393.7 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
Rumah Banta, Daerah Selangau
 • koordinat
2°26′45″N 112°18′46″E / 2.44587°N 112.31284°E / 2.44587; 112.31284Koordinat: 2°26′45″N 112°18′46″E / 2.44587°N 112.31284°E / 2.44587; 112.31284
 • ketinggian
20–30 meter (65.6–98.4 ka)
Panjang3.96 kilometer (2.5 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Belawai (Jawi: سوڠاي بلاواي; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Belawai) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Belawai merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Belawai yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Belawai didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Belawai yang telah direkodkan terletak di 2°27′N 112°18′E / 2.450°N 112.300°E / 2.450; 112.300 (Sungai Belawai).[5][6] Sungai Belawai dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1780122.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Belawai berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di anggaran ketinggian antara 100–120 meter (328.1–393.7 ka) dari paras laut. Punca bagi Sungai Belawai terletak kira-kira 1.9 kilometer (1.2 bt) ke bahagian barat dari Rumah Banyan dalam Daerah Selangau, Sarawak, berdekatan dengan sumber bagi Sungai Sebansu. Aliran air sungai kebanyakan menuju ke timur. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Belawai. Camtuman ini terletak di beberapa meter ke utara dari Rumah Banta di ketinggian antara 20–30 meter (65.6–98.4 ka) dari paras laut.[1][2] Sungai Belawai mengalir sepanjang kira-kira 3.96 kilometer (2.5 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Belawai merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Sebansu dan Sungai Bian.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Belawai.[7] Kawasan lembah Sungai Belawai dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, dan pertanian.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Kua termasuk Rumah Banyan, dan Rumah Banta.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Sebansu, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Bian, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Belawai, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.