Sungai Bian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Bian
Sungei Bian, Sg. Bian
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit tak bernama
 • lokasikira-kira tiga kilometer ke arah barat daya dari Rumah Banta, Daerah Selangau
 • ketinggian70–80 meter (229.7–262.5 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 600 meter ke arah tenggara dari Rumah Banta, Daerah Selangau
 • koordinat
2°25′57″N 112°19′35″E / 2.43248°N 112.32635°E / 2.43248; 112.32635Koordinat: 2°25′57″N 112°19′35″E / 2.43248°N 112.32635°E / 2.43248; 112.32635
 • ketinggian
25–35 meter (82.0–114.8 ka)
Panjang6.86 kilometer (4.3 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Bian (Jawi: سوڠاي بيان; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Bian) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Bian merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Bian yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Bian didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Bian yang telah direkodkan terletak di 2°26′N 112°19′E / 2.433°N 112.317°E / 2.433; 112.317 (Sungai Bian).[5][6] Sungai Bian dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1779067.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Bian berpunca di kawasan perhutanan sekunder berbukit di anggaran ketinggian antara 70–80 meter (229.7–262.5 ka) dari paras laut. Punca bagi Sungai Bian terletak kira-kira 3 kilometer (1.9 bt) ke bahagian barat daya dari Rumah Banta dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca sungai ini juga dikenali sebagai Hulu Sungai Bian. Sungai ini akan menuju ke arah timur, kemudian melengkung menuju ke hilir ke arah utara. Sungai ini bakal bercantum bersama Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Bian. Camtuman ini terletak di 600 meter ke arah tenggara dari Rumah Banta di ketinggian antara 25–35 meter (82.0–114.8 ka) dari paras laut.[1][2] Sungai Bian mengalir sepanjang kira-kira 6.86 kilometer (4.3 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Bian merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Belawai dan Sungai Pasir.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Bian.[7] Kawasan lembah Sungai Bian dilitupi dengan kawasan perhutanan, dan petempatan manusia.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Bian ialah Rumah Banta.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Belawai, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Pasir, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Bian, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.