Sungai Doran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Doran
Sungei Doran, Sg. Doran
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Sinang
 • lokasikawasan perhutanan di tenggara Rumah Ingga, Daerah Selangau
 • ketinggian28–30 meter (91.9–98.4 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kawasan perhutanan di selatan Rumah Likong, Daerah Selangau
 • koordinat
2°29′22″N 112°19′03″E / 2.48941°N 112.31753°E / 2.48941; 112.31753Koordinat: 2°29′22″N 112°19′03″E / 2.48941°N 112.31753°E / 2.48941; 112.31753
 • ketinggian
25 meter (82.0 ka)
Panjang2.33 kilometer (1.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Doran (Jawi: سوڠاي دورن; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Doran) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Doran merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Doran yang digunakan sebelum tahun 1972.[5] Rekod nama bagi Sungai Doran didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Doran yang telah direkodkan terletak di 2°29′N 112°19′E / 2.483°N 112.317°E / 2.483; 112.317 (Sungai Doran).[6][7] Sungai Doran dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1776121.[5]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Doran berpunca di kawasan perhutanan sekunder di kaki Bukit Sinang. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Doran ialah di antara 28–30 meter (91.9–98.4 ka) dari paras laut. Punca sungai bagi Sungai Doran terletak kira-kira 1.8 kilometer (1.1 bt) ke bahagian tenggara dari gugusan rumah panjang melibatkan Rumah Ingga, Rumah Jandah, dan Rumah Rangkong. Aliran sungai akan menuju ke utara lalu melengkung ke barat. Dua batang anak sunagi bakal bercamtum di Sungai Doran secara keseluruhannya, lalu bercantum dengan Batang Mukah di mana merupakan penamat bagi Sungai Doran. Ia terletak bahagian selatan Rumah Likong di ketinggian 25 meter (82.0 ka) dari paras laut.[1][2]

Sungai Doran mengalir sepanjang kira-kira 2.33 kilometer (1.4 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Doran merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Sungai ini terletak di antara Sungai Adir dan Sungai Duat.[5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Doran.[8] Kawasan lembah Sungai Doran dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][8] Sungai Doran terletak berhampiran dengan kawasan petempatan manusia seperti Rumah Likong, Rumah Banyah, Rumah Bangkong, Rumah Rangkong, Rumah Ingga, dan Rumah Jandah.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Adir, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Duat, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b c d "Sungai Doran, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.