Sungai Duat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Duat
Sungei Duat, Sg. Duat
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Duat
 • lokasikawasan perhutanan di timur Rumah Merawing, Daerah Selangau
 • ketinggian40–50 meter (131.2–164.0 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kawasan perhutanan di barat daya Rumah Ingga, Daerah Selangau
 • koordinat
2°29′22″N 112°19′03″E / 2.48941°N 112.31753°E / 2.48941; 112.31753Koordinat: 2°29′22″N 112°19′03″E / 2.48941°N 112.31753°E / 2.48941; 112.31753
 • ketinggian
30 meter (98.4 ka)
Panjang4.45 kilometer (2.8 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Duat (Jawi: سوڠاي دوات; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Duat) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Duat merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Duat yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Doran didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Duat yang telah direkodkan terletak di 2°29′N 112°18′E / 2.483°N 112.300°E / 2.483; 112.300 (Sungai Duat).[5][6] Sungai Duat dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1776121.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Duat berpunca di kawasan perhutanan sekunder di Bukit Duat, di bahagian timur laut Rumah Merawing. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Duat ialah di antara 40–50 meter (131.2–164.0 ka) dari paras laut. Pergerakan Sungai Duat ke kuala sungai adalah kebanyakannya menuju ke arah tenggara. Sungai Duat akan direntasi dengan FT 1 yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Pan Borneo dan talian penghantar elektrik di berhampiran dengan Rumah Usit. Lalu, Sungai Duat bercantum dengan Batang Mukah sebagai penamatnya di gugusan rumah panjang iaitu Rumah Ingga, Rumah Jandah dan Rumah Rangkong di ketinggian 30 meter (98.4 ka) dari paras laut.[1][2]

Sungai Duat mengalir sepanjang kira-kira 4.45 kilometer (2.8 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Duat merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Sungai ini terletak di antara Sungai Doran dan Sungai Lukum.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Duat.[7] Kawasan lembah Sungai Doran dilitupi dengan kawasan perhutanan, padang ragut, petempatan manusia, dan pertanian.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak di lembah Sungai Duat termasuk Rumah Ingga, Rumah Rangkong, Rumah Jangka, Rumah Usit dan Rumah Merawing.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Doran, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Lukum, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Doran, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.