Sungai Enchik Lebai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Enchik Lebai
Sungei Enchik Lebai, Sungai Enche Lebai, Sungei Enche Lebai
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikawasan perhutanan di utara Rumah Pilang, Daerah Selangau
 • ketinggian28–32 meter (91.9–105.0 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kawasan perhutanan di timur laut Rumah Pilang, Daerah Selangau
 • koordinat
2°32′00″N 112°19′26″E / 2.53347°N 112.3238°E / 2.53347; 112.3238Koordinat: 2°32′00″N 112°19′26″E / 2.53347°N 112.3238°E / 2.53347; 112.3238
 • ketinggian
20 meter (65.6 ka)
Panjang0.95 kilometer (0.6 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Enchik Lebai (Jawi: سوڠاي سڬا; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Enchik Lebai; juga dikenali sebagai Sungai Enche Lebai dan Sungei Enche Lebai) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Enchik Lebai merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Enchik Lebai yang digunakan sebelum tahun 1972. Selain itu juga, terdapat dua lagi nama lain bagi sungai ini iaitu Sungai Enche Lebai dan Sungei Enche Lebai (pra-1972).[5] Rekod nama bagi Sungai Enchik Lebai didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970, dengan nama "Sungai Enche Lebai". Lokasi koordinat Sungai Sega yang telah direkodkan terletak di 2°32′N 112°19′E / 2.533°N 112.317°E / 2.533; 112.317 (Sungai Enchik Lebai).[6][7]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Punca sungai bagi Sungai Enchik Lebai terdapat di sekitar kawasan perhutanan sekunder dekat bahagian utara Rumah Pilang dan Rumah Bansa. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Enchik Lebai ialah di antara 28–32 meter (91.9–105.0 ka) dari paras laut. Pergerakan sungai adalah dari arah timur laut kemudian melengkung ke arah tenggara menuju ke hilir. Sungai Enchik Lebai membuat pertemuan antara Batang Mukah sebagai penamatnya, di ketinggian 20 meter (65.6 ka) dari paras laut di bahagian timur laut Rumah Pilang dan Rumah Bansa.[1][2] Sungai Enchik Lebai mengalir sepanjang 0.95 kilometer (0.6 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Enchik Lebai merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Enchik Lebai.[8] Kawasan lembah Sungai Enchik Lebai dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][8] Sungai Enchik Lebai terletak berhampiran dengan kawasan petempatan manusia seperti Rumah Bansa, Rumah Pilang dan Selangau.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Sega, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Sebatu Besai, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b "Sungai Enchik Lebai, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.