Sungai Sega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Sega
Sungei Sega
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikawasan padang ragut di utara Selangau, Daerah Selangau
 • ketinggian38–42 meter (124.7–137.8 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kawasan perhutanan di barat laut Selangau dan selatan Rumah Jamba, Selangau
 • koordinat
2°32′00″N 112°19′26″E / 2.53347°N 112.3238°E / 2.53347; 112.3238Koordinat: 2°32′00″N 112°19′26″E / 2.53347°N 112.3238°E / 2.53347; 112.3238
 • ketinggian
26–28 meter (85.3–91.9 ka)
Panjang0.86 kilometer (0.5 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Sega (Jawi: سوڠاي سڬا; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Sega) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Sega merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Sega yang digunakan sebelum tahun 1972.[5] Rekod nama bagi Sungai Sega didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Sega yang telah direkodkan terletak di 2°32′N 112°19′E / 2.533°N 112.317°E / 2.533; 112.317 (Sungai Sega).[6][7]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Punca sungai bagi Sungai Sega terdapat di sekitar kawasan padang ragut dekat bahagian utara Pekan Selangau berhampiran dengan sebuah sekolah bernama SJK (C) Tong Ah dan Lebuhraya Pan Borneo. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Sega ialah di antara 38–42 meter (124.7–137.8 ka) dari paras laut. Pergerakan sungai adalah kebanyakanya ke arah barat. Sungai Sega melengkung sedikit sahaja sebelum membuat pertemuan antara Batang Mukah sebagai penamatnya, di ketinggian antara 26–28 meter (85.3–91.9 ka) dari paras laut di bahagian barat laut Pekan Selangau dan selatan Rumah Jamba. Muara Sungai Sega terletak berhampiran dengan Teluk Nalaban (atau Telok Nalaban) iaitu sebuah teluk di Batang Mukah.[1][2] Sungai Sega mengalir sepanjang 0.86 kilometer (0.5 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Sega merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sega.[8] Kawasan lembah Sungai Sega dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][8] Sungai Sega terletak berhampiran dengan kawasan petempatan manusia seperti Rumah Jamba, Rumah Bansa, Rumah Igeran, Rumah Juboh, Rumah Pilang dan Selangau.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b "Sungai Sega, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.