Sungai Kelaup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kelaup
Sungei Kelaup
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikawasan perhutanan berpaya di utara Kampung Kelaup, Mukah
 • ketinggian6 meter (19.7 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kawasan petempatan manusia di Kampung Kelaup, Mukah
 • koordinat
2°54′05″N 112°07′52″E / 2.90133°N 112.13106°E / 2.90133; 112.13106Koordinat: 2°54′05″N 112°07′52″E / 2.90133°N 112.13106°E / 2.90133; 112.13106
 • ketinggian
1 meter (3.3 ka)
Panjang0.62 kilometer (0.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Kelaup (Jawi: سوڠاي كلاءوڤ; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Kelaup; juga dikenali sebagai Sungai Kalawap) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Kelaup merupakan sungai dalam Bahagian Mukah, iaitu bahagian di utara negeri Sarawak.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod nama bagi Sungai Kelaup didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970 dengan nama "Sungai Kalawap". Lokasi koordinat Sungai Kelaup yang telah direkodkan terletak di 2°54′N 112°08′E / 2.900°N 112.133°E / 2.900; 112.133 (Sungai Kelaup).[6][7] Sungei Kelaup merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu yang digunakan untuk menamakan sungai ini iaitu Sungai Kelaup sebelum tahun 1972.[5][6]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Punca sungai bagi Sungai Kelaup terletak di dalam kawasan perhutanan primer yang berpaya di bahagian utara Kampung Kelaup, iaitu sebuah kampung di Daerah Mukah. Ketinggian sumber bagi Sungai Kelaup ialah diantara 5–6 meter (16.4–19.7 ka) dari paras laut. Di kawasan perkampungan kecil Kampung Kelaup, Jalan Mukah–Kampung Jebungan bakal merentasi Sungai Kelaup. Di kawasan yang sama, Sungai Kelaup bakal membuat pertemuan antara Batang Mukah di ketinggian 1 meter (3.3 ka) dari paras laut.[1][2][5] Sungai Kelaup yang mempunyai panjang kira-kira 0.61 kilometer (0.4 bt) kebanyakanya mengalir ke muara di Batang Mukah dengan pergerakan ke arah selatan.[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Kelaup merupakan sungai terletak dalam sistem lembangan Batang Mukah.[3] Pemerhatian muka bumi yang dilakukan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Kelaup.[8] Kawasan lembah Sungai Kelaup dilitupi dengan kawasan perhutanan, pertanian pokok kultivar serta petempatan manusia.[1][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Tutus Hulu, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Wak, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b c "Sungai Kelaup, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ a b U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.