Sungai Lijah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Lijah
Sungei Lijah, Sg. Lijah
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Tagalasa
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 170 dan 190 meter (557.7 dan 623.4 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 1.2 kilometer ke arah barat laut dari Rumah Seli, Daerah Selangau
 • koordinat
2°23′27″N 112°22′29″E / 2.39079°N 112.37478°E / 2.39079; 112.37478Koordinat: 2°23′27″N 112°22′29″E / 2.39079°N 112.37478°E / 2.39079; 112.37478
 • ketinggian
di antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka)
Panjang7.64 kilometer (4.7 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Lijah (Jawi: سوڠاي ليجه) atau Sungai Lajah (Jawi: سوڠاي لاجه) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Lijah merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Lijah yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Lijah dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Lijah yang telah direkodkan terletak di 2°23′N 112°22′E / 2.383°N 112.367°E / 2.383; 112.367 (Sungai Lijah).[5][6] Sungai Lijah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1757514.[4]

Nama bagi Sungai Lajah (ejaan lapuk ialah Sungei Lajah[4]) pertama kali dipaparkan dalam peta topografi yang bernama Sarawak 1928 yang diterbitkan pada tahun 1928, dengan label nama "S. Lajah".[7] Peta ini diterbitkan oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat untuk Kerajaan Sarawak.[7]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Lijah berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills di Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Lijah terletak berdekatan dengan puncak bukit bagi Bukit Tagalasa. Sungai Lijah mengalir sepanjang dua kilometer menuju ke arah barat, sebelum berkelok ke arah utara. Dalam beberapa empat kilometer ke hadapan, Sungai Lijah bakal melengkung ke arah timur laut, kemudian ke arah utara, dan ke arah timur laut semula untuk mendekati hilirnya. Sebelum tamat, Sungai Lijah bakal melewati Bukit Batu. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Lijah dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Camtuman ini terletak kira-kira 1.08 kilometer (0.7 bt) ke arah barat laut dari Rumah Seli dan Rumah Jugah.[1][2]

Sungai Lijah mengalir sepanjang kira-kira 7.64 kilometer (4.7 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Lijah terletak di ketinggian di antara 170 dan 190 meter (557.7 dan 623.4 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Lijah pula terletak di ketinggian di antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Lijah merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Luam dan Sungai Senuno.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Lijah.[8] Kawasan lembah Sungai Lijah dilitupi dengan kawasan perhutanan yang agak tebal.[1][8] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Lijah termasuk Rumah Seli dan Rumah Jugah.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Kukok mempunyai 11 batang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Luam, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Senuno, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d e "Sungai Lijah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b Jabatan Ukur negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat (1928). Sarawak 1928 (Peta). Dicapai melalui National Archive of Singapore pada 20 Ogos 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.