Sungai Luam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Luam
Sungei Luam, Sg. Luam
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Tagalan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 100 dan 120 meter (328.1 dan 393.7 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
beberapa meter ke selatan dari Rumah Kum, Daerah Selangau
 • koordinat
2°23′52″N 112°21′42″E / 2.39789°N 112.36154°E / 2.39789; 112.36154Koordinat: 2°23′52″N 112°21′42″E / 2.39789°N 112.36154°E / 2.39789; 112.36154
 • ketinggian
di antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka)
Panjang10.15 kilometer (6.3 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Luam (Jawi: سوڠاي لوام) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Luam merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Luam yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Luam dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Luam yang telah direkodkan terletak di 2°24′N 112°21′E / 2.400°N 112.350°E / 2.400; 112.350 (Sungai Luam).[5][6] Sungai Luam dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1756913.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Luam berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Punca bagi Sungai Luam terletak berdekatan dengan puncak bukit bagi Bukit Tagalan yang terletak kira-kira 7.68 kilometer (4.8 bt) ke bahagian timur laut dari Rumah Jamban dalam Daerah Dalat, Sarawak. Sungai Luam mengalir sepanjang dua kilometer menuju ke arah barat, sebelum berkelok ke arah utara. Beberapa empat kilometer ke hadapan, Sungai Luam bakal melengkung ke arah timur, kemudian kembali ke arah timur laut untuk mendekati hilirnya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Luam dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Camtuman ini terletak hanya beberapa meter ke arah selatan dari Rumah Kum dan Rumah Selunggang dalam Daerah Selangau, Sarawak.[1][2]

Sungai Luam mengalir sepanjang kira-kira 10.15 kilometer (6.3 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Luam terletak di ketinggian di antara 100 dan 120 meter (328.1 dan 393.7 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Luam pula terletak di ketinggian di antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Luam merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Kukok dan Sungai Lijah.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Luam.[7] Kawasan lembah Sungai Luam dilitupi dengan kawasan perhutanan yang agak tebal.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Luam termasuk Rumah Kum dan Rumah Selunggang.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Luam mempunyai lapan batang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Kukok, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Lijah, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Luam, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.