Sungai Penutup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Penutup
Sungei Penutup, Sg. Penutup
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit TaNgalasa
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 190 dan 210 meter (623.4 dan 689.0 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 800 meter ke arah tenggara dari Rumah Muran, Daerah Selangau
 • koordinat
2°22′14″N 112°24′42″E / 2.37059°N 112.41161°E / 2.37059; 112.41161Koordinat: 2°22′14″N 112°24′42″E / 2.37059°N 112.41161°E / 2.37059; 112.41161
 • ketinggian
di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka)
Panjang3.96 kilometer (2.5 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Penutup (Jawi: سوڠاي ڤنوتوڤ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Penutup merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Penutup yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Penutup dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Penutupyang telah direkodkan terletak di 2°22′N 112°24′E / 2.367°N 112.400°E / 2.367; 112.400 (Sungai Penutup).[5][6] Sungai Penutup dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1750878.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Penutup berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 4.45 kilometer (2.8 bt) ke bahagian timur laut dari puncak Bukit bagi Bukit Tangalasa dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Penutup terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Sungai Penutup mengalir ke arah utara dahulu, kemudian berkelok sedikit ke timur. Lalu, sungai ini akan menuju ke arah barat daya dan melengkung untuk menghampiri hilirnya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Penutup dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Camtuman ini terletak di kira-kira 800 meter ke arah tenggara dari Rumah Muran.[1][2]

Sungai Penutup mengalir sepanjang kira-kira 3.96 kilometer (2.5 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Penutup terletak di ketinggian di antara 190 dan 210 meter (623.4 dan 689.0 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Penutup pula terletak di ketinggian di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Penutup merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Sebaya dan Sungai Pesala.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Penutup.[7] Kawasan lembah Sungai Penutup dilitupi dengan kawasan perhutanan yang agak tebal.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Penutup hanyalah Rumah Muran.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Penutup mempunyai empat batang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Sebaya, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Pesala, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Penutup, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.