Sungai Pesala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Pesala
Sungei Pesala, Sg. Pesala
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Tangalasa
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 320 dan 360 meter (1,049.9 dan 1,181.1 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 900 meter ke arah barat laut dari Rumah Sabeli, Daerah Selangau
 • koordinat
2°21′54″N 112°25′15″E / 2.36502°N 112.42084°E / 2.36502; 112.42084Koordinat: 2°21′54″N 112°25′15″E / 2.36502°N 112.42084°E / 2.36502; 112.42084
 • ketinggian
di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka)
Panjang10.17 kilometer (6.3 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Pesala (Jawi: سوڠاي ڤسالا) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Pesala merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Pesalayang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Pesala dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Pesala yang telah direkodkan terletak di 2°22′N 112°25′E / 2.367°N 112.417°E / 2.367; 112.417 (Sungai Pesala).[5][6] Sungai Pesaladimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1750383.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Pesala berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Sebaya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Sungai Pesala mengalir ke arah utara sepanjang dua kilometer lebih sebelum berkelok ke arah timur. Sungai ini akan menuju ke arah timur laut mendekati hilirnya tatkala anak sungai dari Bukit Bunau bermuara di sini. Di peringkat pertengahan Sungai Pesala, terdapat banyak likuan sungai yang terbentuk. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Pesala dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 900 meter ke arah barat laut dari Rumah Sabeli.[1][2]

Sungai Pesala mengalir sepanjang kira-kira 10.17 kilometer (6.3 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Pesala terletak di ketinggian di antara 320 dan 360 meter (1,049.9 dan 1,181.1 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Sebaya pula terletak di ketinggian di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Pesala merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Penutup dan Sungai Tisok.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Pesala .[7] Kawasan lembah Sungai Pesala dilitupi dengan kawasan perhutanan yang agak tebal.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Pesala hanyalah Rumah Sabeli.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Pesala mempunyai 14 batang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Penutup, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Tisok, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Pesala, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.