Sungai Tutus Hilir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Tutus Hilir
Sungei Tutus Ilir
Sungai Tutus Hilir is located in Bumi
Sungai Tutus Hilir
Sungai Tutus Hilir (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikawasan perhutanan berpaya di Kampung Sungai Alo, Mukah
 • ketinggian4–5 meter (13.1–16.4 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kawasan petempatan manusia di Kampung Tutus Hulu, Mukah
 • koordinat
2°54′02″N 112°06′57″E / 2.90058°N 112.11583°E / 2.90058; 112.11583Koordinat: 2°54′02″N 112°06′57″E / 2.90058°N 112.11583°E / 2.90058; 112.11583
 • ketinggian
1 meter (3.3 ka)
Panjang0.7 kilometer (0.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sungai Tutus Hilir (Jawi: سوڠاي توتوس هيلير; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Tutus Ilir; juga dikenali sebagai Sungai Tutus Ilir) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Tutus Hilir merupakan sungai dalam Bahagian Mukah, iaitu bahagian di utara negeri Sarawak.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod nama bagi Sungai Tutus Hilir didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970 dengan nama "Sungai Tutus Ilir". Lokasi koordinat Sungai Tutus Hilir yang telah direkodkan terletak di 2°54′N 112°07′E / 2.900°N 112.117°E / 2.900; 112.117 (Sungai Tutus Hilir).[6][7] Sungei Tutus Ilir merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu yang digunakan untuk menamakan sungai ini iaitu Sungai Tutus Hilir sebelum tahun 1972.[5][6]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Punca sungai bagi Sungai Tutus Hilir terletak di dalam kawasan perhutanan primer yang berpaya di bahagian tenggara Kampung Sungai Alo, iaitu sebuah kampung di Daerah Mukah. Ketinggian sumber bagi Sungai Tutus Hilir ialah diantara 4–5 meter (13.1–16.4 ka) dari paras laut. Di kawasan perkampungan kecil Kampung Tutus Hulu, sebanyak dua jalan raya bakal merentasi Sungai Tutus Hilir; lintasan pertama dengan Jalan Mukah–Matadeng manakala lintasan kedua ialah Jalan Mukah–Kampung Jebungan. Di kawasan yang sama, Sungai Tutus Hilir bakal membuat pertemuan antara Batang Mukah di ketinggian 1 meter (3.3 ka) dari paras laut.[1][2][5] Sungai Tutus Hilir yang mempunyai panjang kira-kira 0.7 kilometer (0.4 bt) kebanyakanya mengalir ke muara di Batang Mukah dengan pergerakan ke arah tenggara.[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Tutus Hilir merupakan sungai terletak dalam sistem lembangan Batang Mukah.[3] Pemerhatian muka bumi yang dilakukan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Tutus Hilir.[8] Kawasan lembah Sungai Tutus Hilir dilitupi dengan kawasan perhutanan, pertanian pokok kultivar serta petempatan manusia.[1][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Alo, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Tutus Hulu, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b c "Sungai Tutus Hilir, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ a b U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat bagi Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.