Syarikat San Miguel
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syarikat San Miguel (San Miguel Corporation) adalah syarikat tersenarai awam berkaitan makanan, minuman dan pembungkusan terbesar di Filipina. Sehingga tahun 2001, perniagaan syarikat ini menyumbang 3.6 peratus keluaran dalam negara kasar Filipina dan menyumbang 4.5 peratus kepada hasil cukai negara Filipina. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1860 sebagai syarikat arak. San Miguel membuat 9 daripada 10 botol bir yang dijual di Filipina.