TNB Research

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TNB Research Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
Ditubuhkan1993; 31 tahun yang lalu (1993)
Ibu pejabatKajang, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingIr. Dr. Zainul Asri Mamat (Pengarah Urusan)
PerkhidmatanPenyelidikan dan pembangunan
Syarikat indukTenaga Nasional Berhad
Anak syarikatTNBR QATS Sdn. Bhd.
Tapak webwww.tnbr.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Kemudahan TNB Research di Kajang, Selangor.

TNB Research Sdn. Bhd. merupakan cabang penyelidikan konglomerat tenaga elektrik Tenaga Nasional Berhad. TNB Research ditubuhkan sebagai sebuah jabatan di dalam TNB dan seterusnya dinaik taraf menjadi anak syarikat pada 1993. Aktiviti utama syarikat ini termasuk penyelidikan tenaga elektrik dan alam sekitar. TNB Research menerima status syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kelayakan bagi kebanyakan insentif kerajaan.[1]

Sebagai anak syarikat TNB, TNB Research aktif mengkomersialkan penyelidikan dan inovasi, dan memperluaskan nilai kepada sektor tenaga negara.[2][3] Syarikat ini juga terlibat dalam projek memulihara habi­tat dan kepelbagaian kelip-kelip.[4] Syarikat ini juga telah bekerjasama dengan dua syarikat lain untuk menjalankan sebuah kilang demonstrasi yang membersihkan dan menghilangkan kekotoran dari tandan buah kelapa kosong sawit (EFB) yang digunakan dalam pengeluaran pelet biomassa premium yang dihasilkan sebagai bahan bakar untuk penjanaan kuasa.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "TNB Research corporate brochure" (PDF). TNBRQATS. Dicapai pada 25 Mac 2017.
  2. ^ Rahimi Yunus (13 Mac 2019). "Commercalisation to be the focus of TNB Research". The Malaysian Reserve. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  3. ^ Shahizam Tazali (13 Mac 2019). "TNB Research perkukuh R&D, inovasi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2019.
  4. ^ Khairul Najib Asarulah Khan (13 Julai 2018). "TNB memperuntukan RM2.4 juta bagi kajian kelip-kelip". Berita Harian. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  5. ^ "TNB Research in joint collaboration on palm oil demonstration plant". The Star Online. 29 Oktober 2018. Dicapai pada 15 April 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]