Grid Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Talian penghantaran elektrik 500 kV melalui Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Taiping.

Grid Nasional ialah jaringan talian penghantar elektrik yang menghubungkan janaan, penghantaran, pembahagian dan penggunaan elektrik di Malaysia. Jaringan talian ini dimiliki dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Lebih 420 stesen pencawang di Semenanjung Malaysia dihubungkan oleh jaringan ini melalui talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV. Tenaga elektrik yang dijana olen penjana elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad dan pejana bebas dimuatkan ke jaringan ini untuk dihantar kepada pengguna di seluruh negara.

Grid nasional ini juga dihubangkan kepada grid elektrik Thailand yang dikendalikan oleh Lembaga Elektrik Thailand (EGAT) dan juga grid elektrik Singapura yang dikendalikan oleh Singapore Power.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Grid Nasional mula dibina pada tahun 1959, dan talian pertama adalah dari Tanjung Kling di Melaka ke Bandar Melaka.

Penjana elektrik[sunting | sunting sumber]

Keupayaan jana elektrik yang dihubungkan ke Grid Nasional berjumlah 18,391 MW. Kadar simpanan adalah dilaporkan 40% yang merupakan stesen kuasa lama yang tidak aktif pada Disember 2006.

Keupayaan jana mengikut jenis adalah 18% berupa logi hidro dan 82% berupa logi bakar. Pecahan bahan api adalah 46% gas asli, 43% arang batu, 10% hidro dan 1% minyak bakar.

Disenaraikan adalah syarikat jana elektrik dan keupayaan jana kuasa mereka:

Dimasa hadapan, mungkin selepas 2012, syarikat jana kuasa di Borneo akan dihubung masuk ke Grid Nasional:

Talian penghantar[sunting | sunting sumber]

Talian penghantar adalah talian arus ulang-alik voltan tinggi (HVAC) pada 50 Hz.

HVAC 132 kV[sunting | sunting sumber]

HVAC 275 kV[sunting | sunting sumber]

HVAC 500 kV[sunting | sunting sumber]

Sistem penghantaran 500kV adalah sistem penghantaran tunggal terbesar pernah dibangunkan di Malaysia. Transmission Technology Sdn Bhd (TTSB) adalah kontraktor tempatan pertama yang diberi kontrak projek ini. Dengan nilai RM1.6 bilion, sistem ini membentuk "tulang belakang" baru bagi Grid Nasional.

Dimulakan pada tahun 1995, Fasa 1 melibatkan reka bentuk serta pembinaan talian penghantaran atas tiang 500kV dari Gurun, Kedah di utara sepanjang pantai barat ke Kapar, di kawasan tengah dan dari Pasir Gudang ke Yong Peng di sebelah selatan Semenanjung Malaysia.

Sebagai sebahagian projek pembangunan, TTSB juga membina 6 pencawang iaitu Pencawang Gurun Timur, Junjung, Bukit Tarek, Kapar, Yong Peng Timur dan Bukit Batu.

Jumlah jarak yang diliputi talian penghantaran 500kV tersebut ialah 522km serta bahagian 275kV sejauh 73km. Daripada talian yang dibina, hanya bahagian Bukit Tarek ke Kapar sahaja yang ditenagai pada 500 kV. Talian selebihnya buat masa sekarang ditenagai pada voltan 275 kV.

Lama kemudian, untuk memenuhi keperluan penghantaran kuasa tambahan dari Stesen Kuasa Manjung 2100 MW, sistem 500 kV dipanjangkan dari Bukit Tarek ke Air Tawar dan dari Air Tawar ke Stesen Kuasa Manjung (dikendalikan oleh TNB Janamanjung Sdn Bhd).

Pada tahun 2006, talian 500 antara Bukit Batu dan Tanjung Bin telah diwartakan untuk mengangkut kuasa yang dijana oleh Stesen Kuasa Tanjung Bin 2100 MW.

Sambungan ke Negara Thai[sunting | sunting sumber]

Pada 1981 sambungan 132 kV HVAC dengan keupayaan 80 MW telah disiapkan dari Bukit Ketri di Perlis ke Sadao di Thailand. Sambungan kedua pula adalah talian arus terus 300 kV (HVDC) dengan keupayaan 300 MW.

Sambungan ke Singapura[sunting | sunting sumber]

Sambungan ke Singapura adalah melalui 2 x 230 kV HVAC dengan keupayaan 200 MW.

Talian pembahagi[sunting | sunting sumber]

Talian pembahagi adalah pada voltan 33 kV, 22 kV, 11 kV, 6.6 kV dan 415/240 V.

Penggunaan elektrik[sunting | sunting sumber]

Senarai pengguna besar tenaga elektrik di Malaysia, yang mempunyai stesyen pencawang 132 kV:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]