Tabuik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tabuik (Indonesia: Tabut) adalah perayaan tempatan dalam rangka memperingati Hari Asyura, terbunuhnya Saidina Imam Hussein, cucu Nabi Muhammad s.a.w., yang dilakukan oleh masyarakat Minangkabau di daerah pantai Sumatera Barat, khususnya di Pariaman, Indonesia. Perayaan ini termasuk menampilkan kembali Pertempuran Karbala, dan memainkan dram tassa dan dhol. Tabuik merupakan istilah untuk pengusungan jenazah yang dibawa selama proses upacara tersebut. Walaupun awal mulanya merupakan upacara Syiah, akan tetapi penduduk terbanyak di Pariaman dan daerah lain yang melakukan upacara serupa, kebanyakan penganut Sunni. Di Bengulu dikenali pula dengan nama Tabot.

Tabuik diturunkan ke laut di Pantai Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia

Upacara melabuhkan tabuik ke laut dilakukan setiap tahun di Pariaman pada 10 Muharram sejak 1831.[1] Upacara ini diperkenalkan di daerah ini oleh Pasukan Tamil Muslim Syiah dari India, yang ditempatkan di sini dan kemudian bermukim pada masa kekuasaan Inggeris di Sumatera bahagian barat.[1].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Bachyul Jb, Syofiardi (2006-03-01). "'Tabuik' festival: From a religious event to tourism". The Jakarta Post. Diperoleh pada 2007-01-27. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]