Haryana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Haryana

हरियाणा
ਹਰਿਆਣਾ

—  state  —


Lokasi Haryana
Koordinat
Negara Bendera India India
Daerah 20
Established 1966-11-01
Ibu negeri Chandigarh
Bandar terbesar Faridabad
Gabenor A.R. Kidwai
Ketua Menteri Bhupinder Singh Hooda
Perundangan (kerusi) Tunggal (90)
Penduduk

Kepadatan

21,082,989 (16)

477 /km2 (1,235 /sq mi)

Bahasa rasmi Hindi dan Punjabi
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 44212 km2 (17070 sq mi)
ISO 3166-2 IN-HR
Laman web haryana.gov.in
Seal of Haryana

Haryana (Bahasa Hindi: हरियाणा, Bahasa Punjabi: ਹਰਿਆਣਾ, IPA: [hərɪjaːɳaː]) ialah sebuah negeri di utara India yang dipisahkan daripada negeri Punjab pada tahun 1966. Haryana berjiran dengan Punjab dan Himachal Pradesh di utara, dan Rajasthan di barat dan selatan. Sempadan timur ke Uttarakhand dan Uttar Pradesh ditandai sungai Yamuna. Haryana juga mengelilingi Delhi di tiga sisi, maka membentuk sempadan utara, barat dan selatan Delhi. Maka, sebahagian besar Haryana tergolong dalam Wilayah Ibu Kota Negara. Ibu negeri Haryana ialah Chandigarh yang juga ditadbir sebagai Wilayah Kesatuan dan juga ibu negeri Punjab.

Haryana ialah salah sebuah negeri paling berindustri di India. Bandaraya Gurgaon kian timbul sebagai pusat utama industri teknologi maklumat dan kereta. Haryana ialah peneraju pengilangan kerana juga menempatkan Maruti Udyog Limited, pembuat kereta terbesar di India, serta Hero Honda Limited, pembuat kenderaan beroda dua yang terbesar di dunia. Panipat, Panchkula dan Faridabad juga dijadikan pusat perindustrian, dengan Kilang Penapis Panipat sebagai kilang penapis kedua terbesar di Asia Selatan. Terdapat juga industri keluli dan tekstil yang mantap di negeri Haryana. Nama Haryana sendiri bererti “Rumah Tuhan” sempana Hari (dewa Hindu Vishnu) dan ayana (rumah)[1].

[sunting] Pautan luar

Wikitravel   Haryana - Panduan pelancongan daripada Wikitravel.


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain