Sikkim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
सिक्किम
Sikkim
—  state  —
Gangtok
Lokasi सिक्किम
Sikkim di India
Koordinat
Negara  India
Daerah 4
Tarikh ditubuhkan 16 May 1975
Ibu negeri Gangtok
Bandar terbesar Gangtok
Ketua Menteri Pawan Kumar Chamling
Gabenor V. Rama Rao
Perundangan (kerusi) Tunggal (32)
Penduduk

Kepadatan

540,493 (28)

76.17/km2 (197/sq mi)

Bahasa rasmi Nepali
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 7096 km2 (2740 sq mi)
ISO 3166-2 IN-SK
Laman web sikkim.nic.in
Mohor सिक्किम
Sikkim

Sikkim (bahasa Nepali: Mengenai bunyi ini सिक्किम , juga Sikhim) ialah sebuah negeri India yang dilingkungi daratan sepenuhnya yang terletak di banjaran Himalaya. Sikkim ialah negeri yang paling sedikit penduduknya di India,[1] dan kedua terkecil keluasannya mengekori Goa. Negeri berbentuk ibu jari ini bersempadan dengan Nepal di barat, Tibet di utara dan timur, dan Bhutan di tenggara, serta negeri Bengal Barat di selatan.[2] Bahasa-bahasa rasminya ialah bahasa Hindi , Bhutia, Nepali, Lepcha, Limbu, dan Inggeris. Bahasa yang digunakan dalam hampir segala urusan bertulis ialah bahasa Inggeris. Agama-agama yang utamanya ialah agama Hindu dan agama Buddha Vajrayana. Gangtok ialah ibu negeri dan bandar terbesar Sikkim.[3]

Meskipun saiznya yang kecil, namun Sikkim menikmati kepelbagaian geografi, disebabkan lokasinya di rantau Himalaya. Iklimnya antara subtropika ke pergunungan tinggi. Kangchenjunga, kemuncak ketiga tertinggi di dunia, terletak di bahagian barat laut pada sempadan Nepal, dan boleh dilihat daripada kebanyakan tempat di negeri ini.[2] Sikkim ialah sebuah destinasi pelancongan popular kerana budaya, keindahan pemandangan dan kepelbagaian biologinya.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Arjun Adlakha (April 1997). "Population Trends: India" (PDF). International brief. U.S. Department of Commerce. ms. 5. Diperoleh pada 2006-10-12. 
  2. 2.0 2.1 "Physical Features of Sikkim". Department of Information and Public Relations, Government of Sikkim. 2005-09-29. Diperoleh pada 2006-10-12. 
  3. "General Information". Sikkiminfo.net. Diperoleh pada 2006-10-12. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Sikkim.