Manipur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Manipur
—  state  —
Imphal
Lokasi Manipur di India
Koordinat
Negara  India
Daerah 9
Tarikh ditubuhkan 21 Januari 1972
Ibu negeri Imphal
Bandar terbesar Imphal
Gabenor Shivinder Singh Sidhu
Ketua Menteri Okram Ibobi Singh
Perundangan (kerusi) Tunggal (60)
Penduduk

Kepadatan

2,388,634 (22)

107/km2 (277/sq mi)

Bahasa rasmi Meiteilon
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 22327 km2 (8621 sq mi)
ISO 3166-2 IN-MN
Laman web manipur.nic.in
Mohor Manipur

Manipur Mengenai bunyi ini sebutan  (bahasa Bengali: মনিপুর , Meitei Mayek: mnipur) ialah sebuah negeri di bahagian timur laut India yang menjadikan bandaraya Imphal sebagai ibu negeri. Manipur dikelilingi negeri-negeri lain India iaitu Nagaland di utara, Mizoram di selatan dan Assam di barat; serta negara Myanmar di timur.

Orang Meitei yang tinggal terutamanya di kawasan lembah negeri ini, ialah salah satu kelompok etnik utama di negeri ini. Bahasa mereka, Meiteilon (juga dikenali sebagai 'Manipuri'), ialah lingua franca di negeri ini, dan diiktiraf sebagai salah satu bahasa kebangsaan India pada tahun 1992. Orang Kuki dan Naga tinggal di kawasan bukit negeri ini. Orang Kuki juga mempunyai kerajaan sendiri seperti Chahsat, Aisan, Jampi, dsb., dan amat rapat dengan raja-raja Meitei di dataran. Kewujudan bebas raja-raja Meitei dan Kuki boleh terbukti melalui amalan menggelar penghulu kampung Kuki oleh orang Meiteis "Ningthou" yang membawa erti "raja".

'Manipur' dianggap sebagai negeri sempadan yang sensitif. Orang asing yang memasuki 'Manipur' (termasuk warga asing yang lahir di Manipur) wajib memiliki satu Permit Kawasan Terhad yang boleh diperoleh dari Pejabat Pendaftaran Serantau Orang Asing di "metro-metro" (Delhi, Mumbai, Kolkata) atau pejabat kerajaan negeri lain tertentu. Permit-permit ini sah selama 10 hari sahaja, dan para pelawat mesti bersiar-siar dalam rombongan yang dianjurkan agen pelancongan yang dibenarkan sahaja, dalam kumpulan berempat. Lebihan pula, mereka hanya boleh ke Imphal melalui udara dan tidak dibenarkan melancong di luar ibu negeri.