Tangkak
Tangkak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Ledang, Johor serta merupakan bandar pentadbiran utama di daerah Ledang.
Isi kandungan |
[sunting] Kedudukan
Bandar Tangkak juga berhampiran dengan Gunung Ledang yang merupakan pusat pelancongan dan mempunyai pemandangan yang indah dan air terjun yang jernih. Ia juga bersempadan dengan Jasin, Melaka dan lebih kurang 45 minit dari bandar Melaka. Dari Kuala Lumpur, Tangkak hanya kira-kira 2 jam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke Tol Tangkak dan belok ke kanan. Dan bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari Susur keluar tol.
[sunting] Infrastruktur
Tangkak seperti bandar-bandar lain di Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang baik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti sekolah, hospital dan pusat pendidikan seperti Kolej Matrikulasi Johor, Institut Latihan Perindustrian Sagil, Kolej Komuniti Ledangdan Pusat Kegiatan Guru Tangkak.
[sunting] Tarikan utama
Tangkak dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik kerana mempunyai banyak kedai kain yang menjual pelbagai fabrik yang cantik. Memang tidak dapat dinafikan apabila menjejakkan kaki ke Tangkak, kita boleh lihat dari kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kain tersebut.
[sunting] Pelancongan
Bandar Tangkak hanya 17km dari Gunung Ledang yang merupakan gunung tertinggi di Johor. Gunung ini dapat dilihat dengan jelas dari mana-mana sudut bandar Tangkak. Gunung Ledang terkenal dalam lagenda Puteri Gunung Ledang.
[sunting] Taman Perumahan
- Kampung Payamas Dalam
- Taman Gunung Emas
- Taman Lagenda
- Taman Damai
- Taman Sialang
- Taman Maju Jaya
- Taman Happy Garden
- Taman Intan Tangkak
- Taman CHI Ming
- Taman Ikhtiari
- Taman Tangkak Jaya 5
- Kampung Padang Lerek
- Taman Emas
- Taman Anggerik
- Taman Mega Mas
- Kampung Bukit Banjar
- Kampung Anjur
- Taman Mega Ria Fasa 2
[sunting] Pekan Berhampiran
[sunting] Lihat juga
- Ledang - daerah kesepuluh di Johor, di mana Tangkak menjadi bandar pentadbiran utama.
[sunting] Pautan luar
- Laman web rasmi Mjlis Daerah Tangkak
- Peta-peta berkaitan dengan Tangkak
- Laman blog Pusat Kegiatan Guru Tangkak