Pagar Ruyung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pagaruyuang
Pagaruyung Dārul Qadār
1347–1833
Bendera Cap Mohor
Ibu negara Pagaruyung
Bahasa Minang, Melayu, Sanskrit
Agama Dari Buddha berubah menjadi Islam
Kerajaan Monarki
Sejarah
 - Diasaskan 1347
 - Perang Padri 1833

Pagar Ruyung (juga Pagarruyung atau Pagaruyung) adalah pusat pemerintahan raja-raja Minangkabau namun tidak banyak yang diketahui mengenai sejarahnya. Pagar Ruyung masa kini adalah nama sebuah perkampungan di subdaerah Tanjung Emas di Tanah Datar, Sumatra Barat, Indonesia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kompleks Batu Bersurat Adityawarman di Pagar Ruyung

Adityawarman dipercayai telah menubuh kerajaan Pagar Ruyung dan memerintah di kawasan Sumatra tengah dari 1347 hingga 1375 dan menguasai perdagangan emas di sana. Beberapa artifak yang ditemui dari era pemerintahan Adityawarman ini termasuk batu-batu yang mengandungi inskripsi dan beberapa tugu-tugu. Artifak-artifak ini kebanyakkanya dijumpai di Bukit Gombak, sebuah bukit yang berdekatan dengan kawasan Pagar Ruyung moden, dan dipercayai telah berdiri sebuah istana di sana.

Dalam Suma Oriental yang ditulis antara tahun 1513 dan 1515, Tome Pires menerangkan susunan wilayah kekuasaan dari raja Minangkabau terdiri daripada darek (land) dan rantau (sea/coast), selain daripada dataran tinggi Sumatra tempat rajanya tinggal, wilayah pantai timur Arcat (antara Aru dan Rokan) ke Jambi termasuk Indragiri, dan Siak serta kawasan pelabuhan pantai barat Panchur (Barus), Tiku dan Pariaman merupakan bagian dari tanah Minangkabau, walaupun untuk beberapa daerah pantai timur Sumatra seperti Jambi dan Palembang disebutkan telah dipimpin oleh seorang patih yang ditunjuk dari Jawa[1]. Belakangan daerah-daerah rantau seperti Siak, Kampar dan Indragiri kemudian lepas dan ditaklukkan oleh Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Aceh[2].

Menjelang kurun ke-16, selepas pemerintahan Adityawarman, diriwayatkan bahawa pemerintahan beraja berpecah kepada tiga. Mereka adalah "Raja Alam", "Raja Adat" dan "Raja Ibadat". Mereka bertiga dikenali sebagai "Rajo Tigo Selo" atau Raja Tiga Kedudukan.

Batu bersurat dari kerajaan Adityawarman

Orang Eropah pertama yang memasuki daerah ini adalah Thomas Dias, seorang Portugis yang digaji oleh gabernor Belanda di Melaka pada masa itu[3] Dia dikatakan mengembara dari pantai timur untuk tiba ke kawasan tersebutdan melaporkan, kemungkinannya dari cerita orang, bahawa terdapat istana di Pagaruyung dan pelawat perlu melalui tiga pagar untuk memasukinya.[4] Dia melaporkan bahawa kerja utama penduduk tempatan pada masa itu merupakan mendulang emas dan pertanian.

Rencana utama: Peperangan Padri

Peperangan saudara berlaku pada tahun 1803 di antara puak fundamentalis Islam yang dikenali sebagai Kaum Padri dengan keluarga diraja Pagar Ruyung. Semasa konflik ini, ramai keluarga diraja Minangkabau telah terbunuh pada 1815 atas perintah Tuanku Lintau.

Pihak Inggeris telah menguasai kawasan persisiran barat Sumatra dari 1795 hingga 1819. Stamford Raffles telah menziarahi Pagar Ruyung pada 1818, tiba ke sana melalui pantai barat, dan ketika itu telah dibakar hangus ketanah sebanyak tiga kali. Ia dibina semula selepas dua kebakaran pertama, tetapi ditinggalkan selepas kebakaran ketiga dan Raffles mendapati hanya pokok beringin / waringin saja yang tinggal.

Pihak Belanda kembali ke Padang pada Mei 1819. Hasil perjanjian dengan beberapa orang penghulu dan waris keluarga di raja Minangkabau yang dibunuh, pasukan Belanda membuat serangan pertama mereka ke atas kampung Padri pada April 1821.

Replika istana[sunting | sunting sumber]

Replika Istana Pagaruyung.

Sebuah replika istana Pagar Ruyung telah dibina pada 1976 bagi menggantikan istana yang asal dan dibuka sebagai muzium. Ia merupakan tarikan pelancong di Sumatra Barat. Namun istana ini telah dijilat api pada 27 Februari 2007 apabila bumbungnya disambar petir [5].

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Cortesão, Armando, (1944), The Suma Oriental of Tomé Pires, London: Hakluyt Society, 2 vols.
  2. Cheah Boon Kheng, Abdul Rahman Haji Ismail (1998), Sejarah Melayu, the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
  3. Ambler, John S. (1988). "Historical Perspectives on Sawah Cultivation and the Political and Economic Context for Irrigation in West Sumatra". Indonesia 46: 39-77. 
  4. Colombijn, Freek (2005). "Islamic influences on urban form in Sumatra in the seventeenth to nineteenth centuries CE". Modern Asian Studies 39 (1). doi:10.1017/S0026749X04001374. 
  5. http://www.thejakartapost.com/yesterdaydetail.asp?fileid=20070301.G01

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Dobbin, Christine (1977). "Economic change in Minangkabau as a factor in the rise of the Padri movement, 1784-1830.". Indonesia 23 (1): 1-38. doi:10.2307/3350883. 
  • Miksic, John (2004). "From megaliths to tombstones: the transition from pre-history to early Islamic period in highland West Sumatra.". Indonesia and the Malay World 32 (93). doi:10.1080/1363981042000320134. 
  • Drakard, Jane (1999). A Kingdom of Words: Language and Power in Sumatra. Oxford University Press. ISBN 983560035X. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]