Teluk Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta menunjukkan lokasi Teluk Siam

Teluk Thailand atau Teluk Siam terletak di Thailand. Masyarakat Cina Thailand sering menggunakan istilah Siam. Teluk ini sebahagian daripada Laut China Selatan. Teluk ini bersempadan dengan Kemboja,Thailand dan Vietnam. Di utara Teluk Thailand ini terletaknya kuala atau muara Sungai Chao Phraya. Panjang Sungai Chao Phraya ialah 372 kilometer mengalirkan air tawar . Terdapat satu garisan halus memisahkan air tawar dengan air masin di muara sungai ini. Air tawar dan air masin tidak bercampur sama sekali. Luas Teluk Thailand ialah 320,000 km persegi.

Sempadan teluk ini hingga ke Tanjung Bai Bung di selatan Vietnam dan di Kota Bharu di Kelantan, Malaysia. Tanjung Bai Bung terletak di muara Sungai Mekong.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kedalaman teluk ini ialah 45 meter sahaja. Paling dalam ialah 80 meter dan membolehkan kapal tanker kelapa sawit dan tanker petroleum rapat ke Pelabuhan Bangkok. Teluk ini dipenuhi dengan lanar lumpur yang dibawa oleh Sungai Chao Phraya. Sungai-sungai yang lain ialah Sungai Tha Chin, Mae Khlong dan Sungai Bang Pakong di Teluk Bangkok. Lain-lain ialah Sungai Tapi dan Teluk Bandon di barat daya.

Dasar teluk ini terdapat banyak batu karang yang cantik-cantik. Aktiviti selam skuba menjadi tarikan pelancong di pulau Ko Samui di wilayah Surat Thani, wilayah Pattaya Chonburi dan Ko Tao.

Sebahagian laut ini menjadi rebutan dan pertikaian antara Malaysia dan Thailand. Pada tahun 1980-an perjanjian ZEE diadakan yang membolehkan nelayan kedua-dua negara menangkap ikan. Kawasan ini dipercayai mempunyai simpanan petroleum yang banyak. Petronas dari Malaysia berusaha memajukan kawasan ini dengan kerjasama kerajaan Thaland. Tetapi sektor perlancongan membantah aktiviti carigali petroleum kerana bimbang dengan pencemaran pantai. Sungguhpun telah ada perjanjian tetapi perselisihan dan tangkap menangkap masih berlaku dari semasa ke semasa.

Koordinat: 9°26′25″N 101°58′20″E / 9.44028°U 101.97222°T / 9.44028; 101.97222