Tenggelamnya Rainbow Warrior

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tenggelamnya Rainbow Warrior
Gambaran sisi kapal Rainbow Warrior
Tarikh10 Julai 1985 (1985-07-10)
Lokasi
Pelabuhan Auckland, New Zealand
PuncaBalasan atas protes dari Greenpeace terhadap uji coba nuklir Prancis
MatlamatMenenggelamkan kapal Rainbow Warrior
KaedahPengeboman
KesanRainbow Warrior tenggelam, 1 orang tewas
Pihak terlibat
Perancis
New Zealand
Tokoh dan pemimpin utama
DGSE Rainbow WarriorDavid Lange
Korban
Tidak ada
1 tewas
Tidak ada

Penenggelaman kapal Rainbow Warrior milik organisasi pendokong perlindungan alam sekitar Greenpeace dilakukan seberapa orang agen perisikan luar negeri Perancis, Direction générale de la sécurité extérieure (DGSE) atas arahan Presiden Perancis François Mitterrand[1] pada 10 Julai 1985 di Pelabuhan Auckland, kota Auckland, New Zealand bawah nama Operation Satanique.[2] Kejadian ini merupakan tindak balas pemerintah negara tersebut terhadap tentangan organisasi tersebut yang melakukan protes melawan rencana pengujian senjata nuklear tentera Perancis yang dilakukan di atol Moruroa, Polinesia Perancis.

Kejadian ini mengorbankan Fernando Pereira, seorang jurugambar Belanda yang lemas terperangkap dalam bangkai kapal tersebut; penyelinapan ini mendapat tentangan hebat antarabangsa sehingga memburukkan nama Perancis pada ketika itu yang dianggap melakukan tindakan mengganas.[3]

Faktor pencetus[sunting | sunting sumber]

Pada ketika ini, dunia masih menghadapi kegerunan dirasai Perang Dingin di mana Dunia Pertama dalam keadaan bersedia menghadapi ancaman pemusnahan besar-besaran daripada Dunia Kedua. Perancis yang berada dalam blok pertama ini mula merasakan kedudukanya terancam akibart Krisis Suez serta kejatuhan penguasaan mereka di Indochina pada tahun 1954, maka membangunkan senjata nuklear mereka sendiri untuk tujuan pertahanan negara di bawah perintah Charles de Gaulle.[4]

Tentera Perancis memulakan pengujian senjata-senjata ini pada tahun 1960 lazimnya menguji di kawasan gurun terpencil jajahan Algeria. Kegiatan pengujian ini terhenti seketika dengan merdekanya jajahan tersebut daripada kuasa Perancis dua tahun kemudian, maka pemerintah Perancis mula mencari pilihan lain dalam lingkungan jabatan seberang laut mereka (département et régions d’outre-mer) untuk meneruskan pengujian mereka. Mereka akhirnya memilih seberapa atol khususnya Moruroa dan Fangataufa dalam jajahan Polinesia mereka lalu memindahkan kegiatan mereka ke sana pada tahun 1966;[4][5] ujian bawah di sana diteruskan pada 1974.[6]

Susur kejadian[sunting | sunting sumber]

Pengintipan[sunting | sunting sumber]

Kapal Rainbow Warrior dalam labuhan pada 1981

Beberapa ejen perisik DGSE tiba di Auckland mendatangi kapal ia dalam samaran sebagai pewisata atau orang ramai yang berminat terlibat dalam rombongan Grenpeace. Seorang ejen berpengalaman dalam misi-misi Timur Tengah[7] bernama Christine Cabon menyamar sebagai "Frederique Bonlieu" yang berhasrat mahu melakukan kerja sukarela di pejabat Greenpeace Auckland, dalam samaran inilah juga Cabon memperoleh banyak maklumat mengenai pergerakan Greenpeace serta peralatan digunakan untuk penyabotajan.

Setelah maklumat secukupnya diperolehi DGSE, sebuah kapal layar bernama Ouvéa berlabuh di pelabuhan Auckland membawakan dua periuk api lekapan (limpet mine) untuk dibawa perisik di Auckland Dominique Prieur dan Alain Mafart - masing-masing dalam samaran sebagai "Sophie Turenge" dan "Alain Turenge" - kepada pasukan pengebom rahsia terdiri daripada Jean Camas ("Jacques Camurier") dan Jean-Luc Kister ("Alain Tonel"). Camas dan Kister menyelam menyeberangi Marsden Wharf di mana kapal itu berlabuh. Cabon segera melarikan diri ke Israel sebelum misi pengeboman ini berlangsung.

Pengeboman[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Julai 1985, periuk-periuk api ini dihidupkan. Letupan pertama meletus pada jam 23:38 membocorkan lubang sebesar kereta saiz biasa pada kapal itu. Kesemua anak kapal ini keluar tinggalkan kapal pada awalnya, namun ada yang kembali untuk menyiasat keadaan yang berlaku pada kapal ini. Fernando Pereira, seorang jurugambar dan anak kapal ia ya turun mendapatkan alat merakam kerosakan itu. Bom kedua diletupkan kurang sepuluh minit kemudian pada jam 23:45 malam,[8] ada sebahagian anak kapal yang terhumbang keluar daripada kapal ini dek letupan yang meletus sampai sempat melarikan diri. Pereira pula terperangkap dalam bangkai letupan kapal dan tidak sempat mengeluarkan diri dari kapal tersebut yang deras tenggelam empat minit kemudian.

Penangkapan dan pembicaraan[sunting | sunting sumber]

Kegiatan sulit pengeboman ini didedahkan beberapa wartawan dari The Times dan Le Monde yang khususnya menekankan penglibatan Presiden Perancis, François Mitterrand. Pada 22 September, Perdana Menteri Perancis Laurent Fabius membuat pengakuan kepada sidang wartawan mengesahkan penglibatan mereka dalam penenggelaman Rainbow Warrior.[9] Menteri Pertahanan Perancis Charles Hernu meletakkan jawatan sementara Ketua DGSE, Laksamana Pierre Lacoste turut dipecat.

Polis New Zealand mengarahkan waran penangkapan Christine Cabon serta seberapa penumpang kapal Ouvéa lain[10] yang turut diterima polis Israel. Namun, Cabon sempat melarikan diri sebelum polis sana dapat memberkasnya.[11] Seberapa perisik Perancis lain yang terlibat melarikan diri dalam kapal layar Ouvéa; mereka ditahan polis Austrlai di Pulau Norfolk namun terpaksa melepaskannya seketika kerana menunggu keputusan forensik sah. Pihak Perancis mengambil kesempatan ini membawa ejen-ejen ini kembali menaiki kapal selam Rubis sambil melubangtenggelamkan Ouvéa.[12]

Sambil ini juga Mafart dan Prieur ditahan dibicarakan di Mahkamah Auckland diwakili Daniel Soulez Larivière, seorang peguam senegara. Mafart dan Prieur mengaku bersalah atau tuduhan "membunuh dengan tidak sengaja" (homicide involontaire). Mereka disabitkan hukuman penjara selama 10 tahun pada 22 November.[13]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Kejadian pencerobohan ini kurang dipedulikan negara-negara Barat disekutui utama New Zealand sehingga tidak dibantah lalu menyebabkan polisi pertahanan dan luar negara tersebut segera berubah;[14] New Zealand mula menjalinkan hubungan diplomatik kuat dengan negara-negara Pasifik Selatan sambil mengekalkan hubungan sedia ada dengan Australia dan United Kingdom.[15]

Pemerintah Perancis membayar pampasan ganti rugi sebanyak USD8.16 kepada Greenpeace,[16][17] bayaran insuran mendiang Perira sebanyak 30 ribu gulden Belanda kepada keluarganya, bayaran kepada isterinya sebanyak 650,000 franc, 1.5 juta franc kepada dua orang anaknya dan 75,000 franc kepada ibu bapa Pereira.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gattegno, Hervé (9 Julai 2005). "Greenpeace, vingt ans après : le rapport secret de l'amiral Lacoste". Le Monde. Dicapai pada 24 September 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Bremner, Charles (11 July 2005). "Mitterrand ordered bombing of Rainbow Warrior, spy chief says". The Times. London. Dicapai pada 16 November 2006.
  3. ^ Brown, Paul; Evans, Rob (23 August 2005). "How Rainbow Warrior was played down". The Guardian. Dicapai pada 3 September 2017.
  4. ^ a b Weintz, Steve (23 Jun 2018). "The Story of How France Built Nuclear Weapons". National Interest. Dicapai pada 25 September 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "France's Nuclear Weapons - Origin of the Force de Frappe". The Nuclear Weapon Archive. Dicapai pada 25 September 2019.
  6. ^ Ganse, Alexander. "History of Polynesia, 1939 to 1977". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2007. Dicapai pada 20 October 2007.
  7. ^ The French Government and Greenpeace Agents back in court on Friday The Canberra Times, 20 November 1985, at Trove
  8. ^ "At the end of the Rainbow". New Zealand Herald. 8 July 2015. Dicapai pada 27 July 2016.
  9. ^ Drouelle, Fabrice (2015). Affaires sensibles : 40 ans d'histoires qui ont secoué la France (dalam bahasa Perancis). Robert Laffont. m/s. 97.
  10. ^ Maniguet, Xavier (2007). French bomber : Enfin la vérité sur le Rainbow Warrior. Michalon.
  11. ^ "Rainbow Warrior spy Christine Cabon breaks 32-year silence". 8 July 2017 – melalui www.nzherald.co.nz.
  12. ^ "The Bombing of the Warrior". Rainbow Warrior home page. Greenpeace. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2012. Dicapai pada 4 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ Dossiers R v Mafart S89/85 et R v Prieur S90/85.
  14. ^ Keith Sinclair, A History of New Zealand Penguin Books, New Zealand, 1991
  15. ^ Nuclear Free: The New Zealand Way, The Right Honourable David Lange, Penguin Books, New Zealand, 1990
  16. ^ Willsher, Kim (6 September 2015). "French Spy who sank Greenpeace ship apologises for lethal bombing". The Guardian. Dicapai pada 7 May 2016.
  17. ^ Boczek, Boleslaw Adam (2005). International Law: A Dictionary. Maryland: The Scarecrow Press, Inc. m/s. 97. ISBN 0-8108-5078-8. Dicapai pada 7 May 2016.
  18. ^ REPORTS OF INTERNATIONAL ARBITRAL AWARDS : Case concerning the differences between New Zealand and France arising from the Rainbow Warrior affair (PDF). United Nations. 6 July 1986. m/s. 199–221. Dicapai pada 7 May 2016.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Du Morne Vert, Patrick (juga Patrick de Friberg/Patrick Amory), Mission oxygene, Filipacchi, 1987.
  • Sophie Merveilleux du Vignaux, Désinformation et services spéciaux, Rocher, 2007.
  • Faure, Claude (2004). "26". Aux Services de la République, du BCRA à la DGSE (dalam bahasa Perancis). Fayard.
  • Michael King, Death of the Rainbow Warrior (Penguin Books, 1986). ISBN 0-14-009738-4
  • Lecomte, Claude (1985). Coulez le Rainbow Warrior ! (dalam bahasa Perancis). Messidor. m/s. 47-50..
  • Rainbow Warrior: The French Attempt to Sink Greenpeace (London: Century Hutchinson Ltd, 1986). ISBN 0-09-164360-0
  • Wright, Gerry (2012). Rainbow Warrior Salvage (ed. 1st). Auckland: Gerry Wright. ISBN 9780473227500.
  • Vladimir Volkoff, Le Berkeley à cinq heures (1993, L'Âge d'Homme), chapitre « Le Rameau d'olivier ».
  • Éric Roussel (septembre 2015). François Mitterrand : De l'intime au politique (dalam bahasa Perancis). Paris: Robert Laffont. m/s. 660. ISBN 978-2-221-13850-2. Cite has empty unknown parameter: |titre volume= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan), « L'affaire du Rainbow Warrior », Templat:Pp..

Sumber utama daripada pelaku dan saksi kejadian[sunting | sunting sumber]

  • publisher=Albin Michel, Alain (1999). Carnets secrets d'un nageur de combat : du « Rainbow warrior » aux glaces de l'Arctique (dalam bahasa Perancis). ISBN 978-2-226-10831-9. Missing pipe in: |last1= (bantuan).
  • Maniguet, Xavier (2007). French bomber : Enfin la vérité sur le Rainbow Warrior (dalam bahasa Perancis). Michalon..
  • Agent Secrète (dalam bahasa Perancis). Fayard. 1995. |first1= missing |last1= (bantuan)
  • Robie, David (1987). Eyes of Fire: The Last Voyage of the Rainbow Warrior. Philadelphia: New Society Press. Text "ISBN0-86571-114-3" ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Filem dokumentari berkaitan

Koordinat: 36°50′33″S 174°46′18″E / 36.842405°S 174.771579°E / -36.842405; 174.771579