Tentera Udara Rusia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Военно-воздушные cилы России Voyenno-vozdushnye sily Rossii Tentera Udara Rusia |
|
|---|---|
|
|
|
| Aktif | sejak 12 Ogos, 1912 |
| Negara | Persekutuan Rusia (dulunya Kesatuan Soviet dan Empayar Rusia) |
| Peranan | Mengalahkan unit musuh, mengawasi, mempertahankan unit tentera dan kemudahan utama. |
| Keanggotaan | 184,600 anggota 2,800 pesawat[1] |
| Ulang tahun | 12 Ogos |
| Komander | |
| Komander semasa |
Kolonel Jeneral Aleksandr Zelin |
Tentera Udara Rusia (Rusia: Военно-воздушные cилы России, atau: Voyenno-vozdushnye sily Rossii) merupakan tentera udara bagi Angkatan Tentera Rusia. Ia terletak pada kedudukan kedua atau ketiga dari segi angkatan tentera udara terbesar di dunia, bergantung kepada kepada saiz sama ada jumlah pesawat atau jumlah anggota tentera berbanding Tentera Udara Tentera Pembebasan Rakyat.[2] Tentera Udara Rusia kini di bawah pemerintahan Kolonel Jeneral Aleksandr Zelin. Tentera Laut Rusia memiliki pasukan udara mereka sendiri, iaitu Penerbangan Laut Rusia, yang mana merupakan pasukan yang diwarisi daripada bekas Soviet, Aviatsiya Voyenno Morskogo Flota ("Penerbangan Laut"), atau AV-MF).
Rujukan [sunting]
- ↑ Moscow Defense Brief 1/2008 Retrieved on 10 June 2008.
- ↑ Keseimbangan Ketenteraan IISS 2007, menyatakan Tentera Udara Rusia memiliki sehingga 4,000+ buah pesawat, 833 buah dalam simpanan, tetapi hanya 160,000 anggota, menurun kepada 148,000, dan 1,650 buah pesawat tempur tersedia. Tentera Udara Tentera Pembebasan China pula disenaraikan memiliki 400,000 anggota dan 2,643 pesawat tempur tersedia. Keseimbangan Ketenteraan IISS 2007, m/s.200, 350.
Pautan luar [sunting]
- Russian Air Force Unofficial (Bahasa Rusia)
- REDSTARS News, analyses and reports about the Russian Defense and the Russian Air Force (Perancis)
- VVS Order of Battle courtesy of Scramble.nl
- Russian-language VVS site
- Photos Russian Air Force
- Globalsecurity.org on Russian air arms
- Dictatorship of the Air Website and blog devoted to Russian aviation history