Mil Mi-28

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mi-28 "Havoc"
Ми-28.JPG
Mil Mi-28N dalam satu pameran
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Mil
Penerbangan sulung Januari 1988
Diperkenalkan 1996 (Rusia)
Status Dalam penyerahan
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Tentera Udara Venezula
Kos seunit €12 juta [1]
Dibangunkan dari Mil Mi-24

Mil Mi-28 (nama pengenalan NATO "Havoc") merupakan sebuah helikopter penyerang buatan Rusia. Helikopter ini boleh digunakan dalam semua keadaan cuaca, siang dan malam. Ia mempunyai kokpit bagi dua orang krew dalam kedudukan sebaris dan berperanan sebagai helikopter anti armor. Helikopter ini merupakan sebuah helikopter penyerang khusus dan tidak memiliki keupayaan untuk mengangkut anggota tentera, Peranannya sebagai helikopter anti kereta kebal adalah sangat berkesan berbanding Mil Mi-24. Ia membawa meriam tunggal di bawah hidungnya, selain daripada persenjataan lain yang boleh dipasang pada pilon di bawah tunggul sayap.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pembangunannya Mi-28 bermula berikutan selesainya Mi-24, sebuah helikopter penyerang unik yang memiliki keupayaan untuk mengangkut anggota tentera, pada 1972. Rekabentuk Mi-28 diilhamkan oleh Mi-24[perlu rujukan] dengan mengurangkan keupayaan mengangkut anggota tentera daripada lapan kepada tiga orang. Dengan meninggalkan keperluan kabin, helikopter ini memiliki keupayaan keseluruhan lebih baik dan kelajuan maksimum lebih tinggi, yang mana merupakan faktor penting bagi peranan menentang kereta kebal dan helikopter musuh serta melindungi operasi pendaratan helicopter. Pada awalnya, banyak rekabentuk berbeza yang telah dipertimbangkan, termasuk projek bukan konvensional dengan dua rotor utama, memasang enjin pada sayap (dalam susunan bersudut tepat), dan dengan bebaling penolak tambahan pada ekor. Pada 1977, rekabentuk awal telah dipilih, dalam bentuk susunan klasik rotor tunggal. Ia hilang persamaan dengan Mi-24, di mana kanopinya juga lebih kecil dan permukaan rata.

Pada 1982, rekabentuk dan contohnya telah diterima. Prototaip (no. 012) telah membuat penerbangan sulung pada 10 November, 1982, diikuti dengan prototaip kedua (no. 022), yang dibina pada 1983. Pada 1984, ia telah melengkapkan tahap pertama ujian, tetapi pada Oktober 1984 Tentera Udara Soviet telah memilih helikopter Kamov Ka-50 yang lebih canggih sebagai helikopter anti kereta kebal baru. Pembangunan Mi-28 diteruskan tetapi diberi keutamaan rendah. Pada Disember 1987, pengeluaran Mi-28 di Rostov on Don, Rosvertol telah diluluskan.

Pada Januari 1988, prototaip pertama Mi-28A (no. 032) telah diterbangkan. Ia dilengkapi dengan enjin yang lebih kuat dan rotor ekor berbentuk "X" sebagai alternatif kepada bentuk standard tiga bilah. Versi bari ini membuat kemunculan pertama semasa Pertunjukan Udara Paris pada Jun 1989. Pada 1991, helikopter kedua Mi-28A (no. 042) telah dibina. Program Mi-28A telah dibatalkan pada 1993, disebabkan tidak standing dengan Ka-50, dan lebih jelas lagi tidak berupaya untuk beroperasi dalam semua keadaan cuaca. Pada 1990, biro rekabentuk telah menandatangani perjanjian bagi mengeksport bahagian-bahagian Mi-28A ke Iraq untuk dipasangkan menjadi Mi-28L [perlu rujukan], akan tetapi rancangan terganggu disebabkan oleh meletusnya Perang Teluk.

Sebuah kelainan lain, Mi-28N, telah didedahkan pada 1995, designasi N bermaksud "malam". Prototaip (no. 014) telah diterbangkan pada 14 November, 1996. Antara cirri ketara radar dalam penutup bulat yang dipasang di atas rotor utama, menyerupai pada helikopter AH-64D Longbow Apache milik Amerika Syarikat. Ia juga memiliki alat pembidik dan penglihatan Tor yang ditambahbaik pada bawah hidung, termasuk kamera TV dan pandang hadapan inframerah (FLIR). Disebabkan masalah dana, pembangunan telah terganggu. Prototaip kedua dengan rekabentuk rotor dipertingkat telah didedahkan pada Mac 2004 di Rosvertol.

Pemasangan meriam pada Mil Mi-28.

Perubahan situasi ketenteraan selepas Perang Dingin menjadikan helikopter anti kereta kebal khusus seperti Ka-50, kurang berguna. Dari segi lain, versi dua tempat duduk Ka-52 untuk semua keadaan cuaca memiliki keupayaan yang lebih buruk disebabkan penambahan berat. Kelebihannya Mi-28N, seperti kebolehan beraksi dalam semua keadaan cuaca, berkos rendah, persamaan dengan Mi-24, menjadi semakin penting. Pada 2003, Panglima Tentera Udara Rusia telah mengatakan bahawa helikopter Mi-28N akan menjadi helikopter penyerang standard bagi Rusia.[2]

Siri pertama Mi-28N telah diserahkan kepada Tentera Darat Rusia. [3] Helikopter ini mengikuti dua buah helikopter pra-siri yang telah digunakan untuk diuji oleh tentera darat. Helikopter ini telah memulakan perkhidmatan pada 2006, bersama-sama Ka-50/Ka-52.[4] Sehingga 10 buah helikopter akan dibeli pada 2006 [5] daripada sejumlah 300 buah yang akan dibeli sehingga tahun 2015.[6]

Penderia-penderia pada hidung Mil Mi-28.

Terdapat versi eksport yang dikenali sebagai Mi-28NE, dan helikopter versi waktu siang yang lebih ringkas Mi-28D, berdasarkan rekabentuk Mi-28N, tetapi tanpa radar dan FLIR.

Huraian[sunting | sunting sumber]

Mi-28 memiliki dua kokpit yang mempunyai perisai kukuh, hidung yang penuh dengan peralatan elektronik dan rotor ekor berbentuk-X yang kecil.

Enjinnya terdiri daripada dua buah turbin gas Isotov TV-3-117VM (t/n 014) yang menghasilkan kuasa 2,200 hp. Rotor ekor berbentuk-X (55 darjah) memiliki ciri-ciri pengurangan bunyi.

Meskipun Mi-28 tidak bertujuan digunakan sebagai pengangkut, ia masih memiliki ruang penumpang kecil yang boleh membawa tiga orang penumpang. Kegunaannya adalah untuk menyelamatkan krew helikopter yang ditembak jatuh.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Muatan persenjataan Mil Mi-28.
  • Mi-28A – Helikopter pengeluaran anti kereta kebal asal. Pembangunannya selesai pada 1998, penerbangan sulung pada 2003.
  • Mi-28N/MMW Havoc – Helikopter untuk semua keadaan cuaca, siang dan malam. Ia dilengkapi dengan stesyen radar gelombang milimeter pemasangan atas, IR-TV, dan pengukur laser. Siri Mi-28N akan memiliki dua enjin TV3-117V MA-SB3 (2500 hp setiap satu), yang dikeluarkan oleh Motor-Sich dari Ukraine. Berat berlepas maksimum adalah 11,500 kg, berata muatan maksimum adalah 2,350 kg.
    • Mi-28N telah memasuki perkhidmatan di bawah nama "Pemburu Malam" (Bahasa Rusia: Ночной охотник). Satu skuadron Mi-28N dari bandar Torzhok telah mengambil bahagian dalam latihan bersama tentera darat di Belorussia pada Jun 2006.
  • Mi-28D – versi ringkas operasi waktu siang. Menyamai Mi-28N, tetapi tanpa radar pemasangan di atas rotor dan pembidik saluran TV. Harga bagi sebuah adalah AS$ 15 -17 juta.
  • Mi-28NAe – versi eksport yang ditawarkan kepada Korea Utara.
  • Mi-40 – versi pengangkut bersenjata.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Flag of Russia.svg Rusia
  • Tentera Udara Rusia – 43 buah dalam perkhidmatan.[perlu rujukan] (325 buah pada 2015)[7]
    • Pusat Latihan Tempur dan Penerbangan Perseorangan ke-344, Torzhok
    • Rejimen Helikopter Merdeka ke-55, Korenovsk, dilaporkan merupakan unit operasi terancang pertama[8]
    • Rejimen Helikopter ke-118 - Dmitriyevka, Oblast, menggunakan 21 buah Mi-28 dengan lebih daripada 80 buah akan diserahkan sehingga 2013.
 Venezuela

Spesifikasi (Mi-28A, 1987)[sunting | sunting sumber]

Mi-28-Havoc-schema.png

Ciri umum

  • Anak kapal: 1 juruterbang (belakang), 1 juru navigasi/operator senjata (depan)
  • Panjang: 17.01 m (55 kaki 9 in)
  • Diameter rotor: 17.20 m (56 kaki 5 in)
  • Tinggi: 3.82 m (12 kaki 7 in)
  • Berat kosong: 8,095 kg (17,845 lb)
  • Berat berisi: 10,400 kg (22,930 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 11,500 kg (25,705 lb)
  • Loji kuasa:Klimov TV3-117VMA turboshaft, 1,450 kW (1,950 hp) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

  • 1x meriam Shipunov 2A42 berkaliber 30 mm di pasang pada dagu dengan 300 butir peluru (tembakan pada garis mendatar 220°)
  • Sehingga 2,300 kg persenjataan pada empat tenggekan, termasuk bom, roket, peluru berpandu dan pod meriam.

Spesifikasi (Mi-28N)[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri umum[sunting | sunting sumber]

  • Crew: 2, juruterbang dan operator senjata
  • Length: 17.01 m (55 kaki 10 in)
  • Main rotor diameter: 17.20 m (56 kaki 5 in)
  • Height: 3.82 m (12 kaki 6 in) (tanpa radar)
  • Main rotor area: 232.4 m² (2,500 kaki²)
  • Empty: 7,890 kg (17,394 lb)
  • Loaded: 10,400 kg (22,930 lb)
  • Maximum takeoff: 12,100 kg (26,700 lb)
  • Powerplant: 2x Klimov TV3-117VM turboshaft, 1,640 kW (2,200 shp) setiap enjin

Prestasi[sunting | sunting sumber]

  • Maximum speed: 324 km/j (201 bsj)
  • Range: 460 km (286 batu)
  • Service ceiling: 5,750 m (18,900 kaki)
  • Rate of climb: 816 m/min (2,680 kaki/min)
  • Main rotor loading: 45 kg/m² (9 lb/kaki²)
  • Power/Mass: 0.31 kW/kg (0.19 hp/lb)

Persenjataan[sunting | sunting sumber]

  • 1x meriam Shipunov 2A42 berkaliber 30 mm dengan 300 butir peluru (tembakan pada satah mendatar 220°)
  • Sehingga 2,400 kg (4,400 lb) persenjataan pada empat tenggekan termasuk bom, roket, pod meriam, peluru berpandu anti kereta kebal dan anti udara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]