Terowong Perlis-Satun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terowong Perlis-Satun di sempadan Malaysia-Thailand masih lagi di peringkat perancangan. Pintu sempadan baru di Perlis ini dibangkitkan pada mesyuarat kerjasama pertumbuhan segi tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) pada tahun 2000.

Terowong itu akan merentasi Banjaran Nakawan dan menghubungkan satu kawasan di Bintong dengan Satun. Alam sekitar tidak akan terjejas. Pembinaan mengambil masa dua tahun membabitkan jarak 4 kilometer iaitu 1.5 km di sebelah Malaysia dan 2.5 km di sebelah Thailand. Gabenor Satun, Sumeth C. Vatnikul menyatakan kos pembinaannya agak besar iaitu RM400 juta.

Buat masa ini pintu sempadan di Perlis-Satun dibuka di Wang Kelian/Wang Pranchan serta menerusi jalan laut di Kuala Perlis-Tamalang. Pembukaan pintu sempadan di Bukit Puteh, Kuala Perlis dibantah pertubuhan pencinta alam Thailand kerana akan merosakkan hutan bakau di situ.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]