Pfennig

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Duit syiling besi Empayar Jerman 10 Pfennig (1917)
Prussia: 1 pfennig (1852)
Duit syiling Deutschland 1 Pfennig (1950)
Duit syiling Jerman Timur 1 Pfennig (1979)
Reichspfennig Pemerintahan Ketiga (1937).
Duit syiling besi Empayar Jerman 25 pfennig (1918). Perkataan di atas membawa pengertian "wang masa perang".
Pfennig Rottweil yang dikeluarkan antara 1200 dan 1220

Pfennig (singkatan: Pf) ialah duit syiling atau nota lama Jerman yang wujud dari abad ke-9 sehingga pengenalan euro pada tahun 2002. Sedangkan ia merupakan duit syiling yang bernilai semasa Zaman Pertengahan, ia hilang nilainya dengan berlangsungnya masa dan menjadi sebahagian mata wang Mark yang kurang penting di dalam Reich Jerman — bekas Republik Persekutuan Jerman (FRG, Jerman Barat) dan Republik Demokratik Jerman (GDR, Jerman Timur) — serta di dalam negeri Jerman selepas penyatuan semula Jerman sehingga pengenalan euro.

Sebagai tanda mata wang, huruf 'd' yang merujuk kepada denarius dalam skrip german kurrent digunakan. Huruf kembar bagi huruf 'p' dan huruf 'f' juga wujud untuk merujuk kepada pfennig. Walau bagaimanapun, huruf kembar tersebut tidak lagi digunakan sejak dekad 1950-an, dengan penamatan lalu penghapusan Reichsmark.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Peni British yang berkait dengan Pfennig dari segi etimologi juga merupakan model kepada penni Finland (1860–2001), fenig Poland (1917–1918), dan fening Bosnia dan Herzegovina (1998–kini). Etimologi Pfennig tidak begitu jelas dan kelihatan berdasarkan cara yang duit syiling ditempa pada Zaman Pertengahan. Bahan dasarnya merupakan cakera logam yang nipis dan leper, dengan nilainya dicetak timbul dari sebelah untuk mencipta duit syiling yang seakan-akan dulang (Jerman: Pfanne).

Di sesetengah negara pra-Jerman (misalnya, Prusia dan Bavaria), duit syiling mempunyai nama yang hampir serupa tetapi berbeza, misalnya Pfenning, Penning, Pending, Pfanding, dan Penny. Ini adalah untuk memudahkan penanganan duit syiling kerana mata-mata wang yang berbeza di setiap negeri Deutscher Bund digunakan dengan serentak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-9, Charlemagne mengisytiharkan bahawa wang 240 Pfennig harus ditempa daripada satu paun perak. Oleh itu, sekeping duit syiling mengandungi 1.5 hingga 2 gram logam perak. Sehingga abad ke-13, pfennig diperbuat daripada perak benar and oleh itu, bernilai tinggi. Menjelang abad ke-12, Raja tidak lagi berkuasa untuk menempa duit-duit syiling dan oleh itu, banyak bandar dan pembesar tempatan menempa duit syiling sendiri, dengan kebanyakannya menggunakan logam yang kurang bernilai serta jumlah logam yang kurang dalam setiap duit syiling. Oleh itu, Pfennig yang berbeza memiliki nilai yang berbeza.

Sesetengah duit syiling yang terkenal termasuk:

  • Häller Pfennig yang beberapa abad kemudian dikenali sebagai Heller dan ditempa di seluruh negara; dan
  • Kreuzer (namanya berasal daripada Kreuz, salib yang ditempa pada duit syiling).

Pada akhir abad ke-17, Pfennig hilang kebanyakan nilainya. Duit syiling itu yang terakhir hanya mengandungi kesan-kesan perak. Ia ditempa pada 1805 dan kini merupakan sesuatu yang jarang didapati.

Mark emas Jerman (Goldmark) diperkenalkan pada 1873 sebagai mata wang kepada Reich Jerman yang baru diasaskan. Satu Mark dibahagikan kepada 100 Pfennig. Pembahagian ini dikekalkan merentasi semua mata wang Jerman sehingga 2001. Duit syiling Jerman Barat 1- dan 2-Pfennig yang terakhir merupakan duit syiling keluli bersalut tembaga, dengan duit syiling 5- dan 10-Pfennig merupakan duit syiling keluli bersalut loyang. Yang kedua ini digelar Groschen. Nilai untuk keempat-empat duit syiling itu dicetak pada bahagian depan syiling, dengan pokok oak dicetak pada bahagian belakang. Sebaliknya, duit syiling Mark untuk Jerman Timur (DDR) diperbuat daripada aluminium, kecuali duit syiling 20 Pfennig yang diperbuat daripada aloi aluminium dan tembaga.

Pfennig sejak euro[sunting | sunting sumber]

Selepas pengenalan euro, sesetengah orang Jerman, terutamanya mereka yang lebih tua, cenderung menggunakan istilah Pfennig sebagai ganti untuk sen bagi duit-duit syiling yang berwarna tembaga, sementara menggunakan istilah Groschen untuk duit syiling 10-sen.

Unikod[sunting | sunting sumber]

Huruf kembar pfennig ditakrifkan dan dikodkan dalam Unikod seperti yang berikut:

Unikod Piawai pengekodan aksara Antarabangsa
Aksara Unikod
Kedudukan
Unikod
Tajuk
HTML
perenambelasan
HTML
perpuluhan
U+20B0 Tanda peni Jerman ₰ ₰

Lihat juga[sunting | sunting sumber]