The Legend of Zelda (permainan video)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Legend of Zelda
Gambar kulit NES Amerika Utara
PembangunNintendo R&D4
PenerbitNintendo
PengarahShigeru Miyamoto
Takashi Tezuka
PengeluarShigeru Miyamoto
PerekaTakashi Tezuka
Koji Kondo
Shigeru Miyamoto Sunting ini di Wikidata
Pengatur caraToshihiko Nakago
Yasunari Soejima[1]
I. Marui[2]
PenulisTakashi Tezuka
KomposerKoji Kondo
SiriThe Legend of Zelda
PlatformFamily Computer Disk System, NES/Famicom, GameCube, Game Boy Advance, Virtual Console (Wii, Nintendo 3DS, Wii U)
Pelepasan
21 Februari 1986
  • Famicom Disk System
      NES/Famicom
          Game Boy Advance
            Virtual Console
            Wii
              Nintendo 3DS
              Ambassador Program
                Full Version
                      Wii U
                      GenreAksi-pengembaraan
                      ModPemain tunggal

                      The Legend of Zelda (Jepun: ゼルダの伝説, Hepburn: Zeruda no Densetsu), berkata tanda The Hyrule Fantasy dalam keluaran asalnya, ialah permainan video 1986 yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Nintendo, dikeluarkan di Amerika Utara pada 1987, dan direka oleh Shigeru Miyamoto dan Takashi Tezuka.[11] Permainan ini berlatartempatkan sebuah dunia fantasi Hyrule dan plotnya berpusatkan seorang budak lelaki bernama Link, watak protagonis boleh dimainkan, yang misinya mengumpul kelapan-lapan pecahan Triforce Kebijaksanaan (Triforce of Wisdom) untuk menyelamatkan Puteri Zelda daripada watak antagonis, Ganon.[12] Di sepanjang permainan, pemain melihat Link dari perspektif atas ke bawah dan perlu membawanya melalui dunia permukaan dan beberapa kurungan (dungeon), mengalahkan musuh-musuh dan mencari rahsia-rahsia yang tersembunyi sepanjang perjalanannya.[13][14]

                      Permainan video ini adalah yang pertama dalam siri The Legend of Zelda dan dikeluarkan di Jepun sebagai permainan pelancaran (launch title) bagi peranti persisian Family Computer Disk System.[15] Lebih setahun kemudian, Amerika Utara dan Eropah menerima keluaran-keluaran permainan ini untuk Nintendo Entertainment System dalam bentuk kartrij, menjadikannya permainan konsol di rumah pertama yang disertakan dengan bateri dalaman untuk menyimpan data.[16] Pada 1994, versi ini akan dikeluarkan sekali lagi di Jepun, kini dinamakan The Legend of Zelda 1 (Jepun: ゼルダの伝説1, Hepburn: Zeruda no Densetsu Wan).[6] Terdapat juga keluaran-keluaran semula permainan ini untuk Gamecube,[17] Game Boy Advance[6] dan Virtual Console.[8]

                      The Legend of Zelda ialah permainan Nintendo yang sangat laris, terjual sebanyak 6.5 juta salinan. Ia selalu dimasukkan dalam senarai permainan-permainan video yang terhebat atau paling memberi impak dan dikira sebagai pelopor rohaniah bagi permainan video berperanan. Permainan ini menghasilkan satu sekuel, beberapa prekuel, dan beberapa terbitan turunan; siri ini kini menjadi salah satu siri paling popular Nintendo.

                      Mekanik permainan[sunting | sunting sumber]

                      Link menyerang raksasa Octorok dengan pedangnya di dunia permukaan.

                      The Legend of Zelda menerapkan unsur-unsur permainan aksi, pengembaraan dan berperanan. Pemain mengawal Link daripada perspektif dari atas berskrin selak (flip-screen) sedang dia menjelajah dunia permukaan (overworld), sebuah peta luar rumah yang besar dengan persekitaran yang berlainan.[13] Link memulakan permainan dengan hanya bersenjata sebuah perisai kecil, tetapi dia boleh memperoleh sebilah pedang setelah dia memasuki sebuah gua yang boleh dicapai daripada skrin peta pertama permainan ini.[18] Di sepanjang permainan ini, saudagar-saudagar, penduduk-penduduk bandar dan mereka yang lain menunjuk arah kepada Link melalui petunjuk-petunjuk rahsia. Mereka ini bertaburan di seluruh dunia permukaan dan tersorok di dalam gua-gua, semak-semak, atau di belakang dinding atau air-air terjun.[19]

                      Beberapa makhluk menghalang kemajuan Link dan dia perlu bertempur untuk mencari pintu masuk ke sembilan kurungan bawah tanah[20] Setiap kurungan adalah sekumpulan bilik yang tersusun seperti pagar sesat yang unik, dan setiap satu bilik dihubungkan melalui pintu dan laluan rahsia, serta dikawal oleh raksasa yang berlainan daripada yang terdapat di permukaan.[14] Kurungan-kurungan turut menyembunyikan alatan-alatan berguna yang Link boleh tambahkan dalam kumpulan senjatanya, seperti sebuah bumerang yang boleh mengambil item yang jauh dan memegun musuh-musuh, dan sebuah rekorder dengan ciri-ciri ajaib.[21] Link perlu berjaya melepasi setiap satu daripada lapan kurungan pertama untuk memperoleh kesemua lapan pecahan Triforce Kebijaksanaan (Triforce of Wisdom). Setelah dia memperoleh artifak ini, Link boleh memasuki kurungan kesembilan untuk menyelamatkan Zelda.[22] Melainkan kurungan terakhir ini, pemain boleh memilih sendiri urutan untuk melengkapkan kurungan-kurungan, meskipun setiap satunya semakin bertambah kesukarannya dan sesetengah daripadanya hanya boleh dicapai atau dilengkapkan menggunakan item yang diperoleh daripada kurungan sebelumnya. Link boleh merayau-rayau di dunia permukaan, mencari dan membeli item pada bila-bila masa. Kefleksibelan ini membolehkan pemain bermain permainan ini dalam cara yang luar biasa. Misalnya, bos akhir permainan ini boleh dicapai tanpa menerima pedang di awal permainan.[23]

                      Selepas menamatkan permainan ini, pemain boleh mengakses pencarian (quest) yang lebih sukar, yang secara rasmi dirujuk dengan nama "Second Quest" ("Pencarian Kedua") (Jepun: 裏ゼルダ, Hepburn: Ura Zeruda),[24][25] di mana kurungan-kurungan dan tataletak item berbeza dan musuh-musuhnya lebih kuat.[26] Meskipun "mainan semula" yang lebih sukar ini tidak unik bagi siri Zelda sahaja, tidak banyak permainan lain memberikan tahap-tahap yang jauh berbeza untuk dilengkapkan dalam permainan kedua.[23] Pencarian Kedua boleh juga dimainkan semula setiap kali permainan tersebut dihabiskan dan boleh juga diakses pada bila-bila masa dengan memulakan fail baru dengan nama "ZELDA".[27]

                      Nota[sunting | sunting sumber]

                      1. ^ Tarikh dilaporkan bagi keluaran A.S. berbeza-beza; sesetengah sumber mengatakan ia adalah pada Julai 1987[3][4][5] manakala sesetengah lagi pada 22 Ogos 1987[6][7]

                      Rujukan[sunting | sunting sumber]

                      1. ^ http://tcrf.net/Proto:The_Legend_of_Zelda
                      2. ^ http://tcrf.net/Proto:The_Legend_of_Zelda
                      3. ^ "The Legend of Zelda - NES". IGN. IGN Entertainment, Inc. Dicapai pada 23 Ogos 2014.
                      4. ^ "'The Legend of Zelda'". NinDB. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-19. Dicapai pada 2014-08-24.
                      5. ^ "NES Games" (PDF). Nintendo. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-02-12. Dicapai pada 23 Ogos 2014.
                      6. ^ a b c "The Legend of Zelda". GameSpot. CBS Interactive Inc. Dicapai pada 24 Ogos 2014.
                      7. ^ "The Legend of Zelda". GameFAQs. CBS Interactive Inc. Dicapai pada 23 Ogos 2014.
                      8. ^ a b "The Legend of Zelda - Wii". IGN. IGN Entertainment, Inc. Dicapai pada 23 Ogos 2014.
                      9. ^ "Wii U|ゼルダの伝説|Nintendo" (dalam bahasa Japanese). Nintendo. Dicapai pada 23 Ogos 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
                      10. ^ "NINTENDO DOWNLOAD HIGHLIGHTS NEW DIGITAL CONTENT FOR NINTENDO SYSTEMS - AUG. 29, 2013". Nintendo Pressroom. Nintendo. 29 Ogos 2013. Dicapai pada 23 Ogos 2014.
                      11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan origin tidak disediakan
                      12. ^ The Legend of Zelda Instruction Booklet. Nintendo of America, Inc. m/s. 3–4.
                      13. ^ a b The Legend of Zelda Instruction Booklet. Nintendo of America, Inc. m/s 18.
                      14. ^ a b The Legend of Zelda Instruction Booklet. Nintendo of America, Inc. m/s 32–39.
                      15. ^ "放課後のクラブ活動のように". 社長が訊く. Nintendo Co., Ltd. 19 November 2009. Dicapai pada 8 Jun 2010. 1986年2月に、ファミコンのディスクシステムと同時発売された、アクションアドベンチャーゲーム。 / An action-adventure game simultaneously released with the Famicom Disk System in February 1986.
                      16. ^ Gerstmann, Jeff (22 November 2006). "The Legend of Zelda Review". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada 24 Ogos 2014.
                      17. ^ "The Legend of Zelda: Collector's Edition". GameSpot. CBS Interactive Inc. Dicapai pada 23 Ogos 2014.
                      18. ^ The Legend of Zelda Instruction Booklet. Nintendo. m/s 41.
                      19. ^ The Legend of Zelda Instruction Booklet. Nintendo of America, Inc. m/s 28.
                      20. ^ The Legend of Zelda Instruction Booklet. Nintendo of America, Inc. m/s 29–31
                      21. ^ The Legend of Zelda Instruction Booklet. Nintendo. m/s 21–26.
                      22. ^ The Legend of Zelda Instruction Booklet. Nintendo of America, Inc. m/s 39.
                      23. ^ a b Andrew Long. [https://web.archive.org/web/20070927203057/http://www.rpgamer.com/games/zelda/z1/reviews/z1strev1.html Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine "The Legend of Zelda — Retroview". RPGamer. Diperoleh 1 Oktober 2006.
                      24. ^ "Zelda Handheld History". Iwata Asks. Nintendo. 26 Januari 2010. Dicapai pada 8 Jun 2010.
                      25. ^ "『裏ゼルダ』の裏話". 社長が訊く. Nintendo. 19 November 2009. Dicapai pada 8 Jun 2010.
                      26. ^ ZELDA: The Second Quest Begins (1998), m/s 28.
                      27. ^ Tiada larik nama. "IGN: The Legend of Zelda Cheats, Codes, Hints & Secrets for NES". Diperoleh 24 Ogos 2014.